PSM Kampar
02/06/2026
๐ SEMBANG SOSIALIS โ SIRI KE-12
MENUJU PRU16
Apa yang menanti rakyat Malaysia menjelang PRU16? Perubahan nyata atau sekadar pengulangan acuan yang sama?
Ayuh sertai sembang santai politik bersama PSM Perak ๐ช
๐ Khamis, 4 Jun 2026
โฐ 10.00 malam
๐ LIVE di TikTok PSM Perak: https://www.tiktok.com/
๐ฒ Ikuti TikTok PSM Perak untuk lebih banyak kupasan isu semasa
14/05/2026
๐ฃ๐๐๐๐ก๐ง๐๐๐๐ก ๐๐๐จ๐ก ๐ง๐๐ก๐ฃ๐ ๐ ๐๐ก๐๐๐ง ๐ฅ๐๐๐ฌ๐๐ง ๐ฆ๐๐ง๐จ ๐ฃ๐๐ก๐๐๐๐๐๐ก๐๐ง๐๐ก ๐ง๐๐ฅ๐๐๐๐๐ฃ ๐๐๐ ๐ข๐๐ฅ๐๐ฆ๐
Kenyataan media | 14 Mei 2026
Parti Sosialis Malaysia (PSM) Johor mengecam keras tindakan kerajaan negeri Johor meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) untuk melantik lima ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) tanpa melalui proses pilihan raya.
Langkah ini merupakan satu tamparan hebat terhadap prinsip demokrasi yang menjadi asas kepada sistem pemerintahan negara.
Dalam sistem demokrasi berparlimen, kuasa memilih wakil rakyat adalah hak mutlak rakyat. Wakil rakyat seharusnya dipilih melalui pilihan raya yang bebas dan adil, bukannya dilantik oleh kerajaan yang memegang kuasa.
Tindakan mewujudkan ADUN lantikan membuka ruang kepada budaya politik elit dan โpintu belakangโ yang selama ini ditolak oleh rakyat Malaysia.
๐๐น๐ฎ๐๐ฎ๐ป ๐ฝ๐ผ๐น๐ถ๐๐ถ๐ธ
PSM Johor berpandangan bahawa alasan kononnya pelantikan ini bertujuan membawa masuk golongan profesional atau individu berpengalaman hanyalah alasan politik untuk memperkukuhkan kuasa pemerintah dalam Dewan Undangan Negeri.
Jika benar kerajaan ingin mendapatkan pandangan pakar, terdapat banyak saluran lain seperti jawatankuasa penasihat, majlis perundingan atau sesi libat urus awam tanpa perlu memberikan kuasa mengundi dalam DUN kepada individu yang tidak dipilih rakyat.
Lebih membimbangkan, ADUN lantikan ini bakal menikmati kuasa, gaji dan elaun yang sama seperti wakil rakyat yang bertanding dan dipilih melalui pilihan raya. Ini jelas mencabul prinsip keadilan demokrasi.
๐๐ฎ๐ฟ๐ถ ๐ถ๐ป๐ถ ๐น๐ถ๐บ๐ฎ ๐๐๐จ๐ก, ๐ฒ๐๐ผ๐ธ?
Rakyat yang berpenat lelah turun mengundi kini melihat suara mereka semakin dipinggirkan oleh permainan politik kuasa.
PSM Johor juga melihat tindakan ini sebagai satu precedent berbahaya. Jika amalan ini diteruskan, tidak mustahil pada masa hadapan lebih ramai wakil yang tidak dipilih akan dimasukkan ke dalam DUN atas alasan โkepakaran,โ sedangkan hakikatnya ia boleh digunakan untuk mengukuhkan dominasi politik sesebuah kerajaan.
Demokrasi bukan sekadar soal kestabilan politik. Demokrasi bermaksud kuasa berada di tangan rakyat.
Sebarang usaha melemahkan hak rakyat memilih wakil mereka sendiri adalah satu langkah ke belakang bagi negara yang kononnya mahu bergerak ke arah politik matang dan reformasi institusi.
PSM Johor menyeru seluruh rakyat Johor tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik untuk bangkit mempertahankan prinsip demokrasi.
Hari ini lima ADUN dilantik. Esok mungkin lebih banyak suara rakyat akan diketepikan.
Kerajaan negeri Johor harus menarik balik pindaan ini dan menghormati prinsip asas demokrasi: โTiada wakil tanpa mandat rakyat.โ
๐๐๐ ๐๐ฐ๐ฉ๐ฐ๐ณโ๐๐ฏ๐ต๐ถ๐ฌ ๐ฌ๐ฆ๐ข๐ฅ๐ช๐ญ๐ข๐ฏ, ๐ฅ๐ฆ๐ฎ๐ฐ๐ฌ๐ณ๐ข๐ด๐ช ๐ฅ๐ข๐ฏ ๐ฌ๐ถ๐ข๐ด๐ข ๐ณ๐ข๐ฌ๐บ๐ข๐ต
๐๐ฟ๐ฎ๐ป๐ด๐ธ๐ฎ๐ป๐ป๐ฎ๐น ๐ฅ๐ฎ๐ท
Pengerusi PSM Johor
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the organization
Website
Address
Perak
31900