Hanif Rafiee
12/01/2023
Coretan 10/365
Nak tanya sikit ni, ada tak kat sini yang minat ikan masin, petai dan cili api?
Nak bagitahu, Rumah Sambal ada bawakan koleksi sambal terbaru dengan gabungan ikan masin, petai dan cili api. Lagi padu rasanya.
Kalau nak cuba boleh sahaja beli disini ya 👉🏻 https://rumahsambal.onpay.my/order/form/ordersini/HanifRafiee
05/01/2023
Coretan 4/365
Dari taucu di dalam botol, ditambah hirisan bawang merah, cili padi dan sesudu asam jawa. Ditumis hingga sebati.
Disalutkan dengan ikan goreng garing, terhasil lah juadah ikan goreng taucu. Sedap di makan bersama nasi panas.
Untuk extra kick, boleh padankan dengan Sambal Hitam Saribong daripada Rumah Sambal 😄.
Apa apa pun, sebelum makan, baca bismillah dulu ya. Boleh gitu?
https://rumahsambal.onpay.my/order/form/ordersini/HanifRafiee
02/01/2023
Coretan 2/365
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ
Bulan Oktober 2022 tarikh yang sama pada harini 2hb, aku dan keluarga diuji dengan kembalinya adik bongsu ku Nuh Helmi ke pangkuan Ilahi.
Jika diimbas kembali, pagi 2hb pulangnya ke rumah dengan hajat untuk mengemas rumah sementara ayah dan mak menunaikan umrah bersama adik perempuan ku. Tetapi tiada siapa sangka, niat untuk mengemas rumah rupa - rupanya untuk menyambut jenazah Nuh Helmi buat kali terakhir di rumah.
Alhamdulillah dengan perkembangan teknologi terkini, ayah dan mak dapat menatap wajah arwah Nuh buat kali terakhir melalui panggilan video walaupun jauh di Madinah.
Dalam keadaan sebak dan sayu, alhamdulillah segala pengurusan jenazah dapat disempurnakan dengan begitu lancar bersama adik ku, Lukman, isteri, serta saudara mara.
Sesungguhnya setiap hidup pasti akan mati, in shaa Allah along juga akan menyusul juga nanti ya Nuh.
Marilah kita sama - sama sedekah kan al-Fatihah kepada ahli keluarga kita yang telah kembali ke rahmatullah. Semoga roh mereka sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang beriman. Aaminn.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the public figure
Telephone
Address
81700