Maktab Adabi Maharani - Fast Track SPM

Maktab Adabi Maharani - Fast Track SPM

Share

01/05/2026

πŸŽ“πŸ‘¨πŸ»β€πŸŽ“TAHNIAH CALON SPM 2025

Tarikh tutup pendaftaran SPM 2026 berakhir secara rasmi semalam 30 April 2026 untuk calon persendirian. Doakan calon kami tahun ini melakar lebih banyak kejayaan seperti tahun sebelum ini.

Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada semua calon SPM 2025 Maktab Adabi Maharani πŸŒŸπŸ‘

Usaha, dedikasi dan kerja keras anda membuahkan hasil yang membanggakan. Teruskan kecemerlangan pada masa hadapan! 🀍

Photos from Maktab Adabi Maharani - Fast Track SPM's post 18/02/2026

Program Analisis Ujian Psikometrik Calon SPM 2026

Pada Jumaat, 13 Februari 2026, para pelajar telah menghadiri Program Analisis Ujian Psikometrik susulan ujian yang telah dijawab pada 30 Januari yang lalu. Ujian Psikometrik ini merupakan antara komponen penting dalam penilaian holistik murid di Malaysia, merangkumi aspek kognitif, afektif dan psikomotor secara berterusan.

Pihak sekolah sekali lagi berbesar hati menerima kehadiran Prof. Sidek Mohd Noah, pakar dalam bidang psikologi kaunseling serta penggubal ujian IPS dan IMKS, sebagai penceramah bagi sesi tahun ini. Beliau telah memberikan penerangan yang jelas dan menyeluruh berkaitan komponen-komponen ujian tersebut bagi membantu pelajar mengenal pasti potensi, kecenderungan serta kebolehan diri masing-masing.

Semoga pemahaman profil diri membantu pelajar merancang hala tuju akademik dan kerjaya dengan lebih yakin. Tahniah kepada semua calon SPM yang menyertai ujian ini. Terima kasih atas kerjasama semua.

Telephone

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00