Majlis Perbandaran Muar

Majlis Perbandaran Muar

Share

01/06/2026

📢 HEBAHAN PROGRAM PEMUTIHAN LADANG PENTERNAKAN UNGGAS

Majlis Perbandaran Muar (MPM) mempelawa pengusaha ladang ternakan unggas yang beroperasi dalam kawasan MPM untuk menyertai Program Pemutihan Ladang Penternakan Unggas.

✅ Program ini memberi peluang kepada pengusaha yang telah membina dan mengusahakan ladang tanpa kelulusan bangunan yang lengkap untuk mendapatkan kelulusan sementara dan menguruskan lesen secara sah.

Perkara Penting:
📌 Permohonan dibuka sehingga 31 Disember 2026
📌 Tindakan penguatkuasaan akan dilaksanakan selepas tamat tempoh moratorium
📌 Pemohon perlu mendapatkan Permit Bangunan Sementara daripada MPM
📌 Lesen operasi dan perniagaan hanya akan dipertimbangkan selepas permit sementara diluluskan
📌 Pengusaha perlu mematuhi garis panduan dan syarat yang ditetapkan oleh pihak berkuasa

📞 Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
Jabatan Bangunan, Majlis Perbandaran Muar
☎️ 069597100

Jangan lepaskan peluang ini untuk mengesahkan status operasi ladang anda sebelum 31 Disember 2026.

KEPADA ALLAH BERSERAH

KAMI

01/06/2026

DIRGAHAYU TUANKU!

Merafak sembah dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.

Sembah takzim daripada Yang Dipertua dan Seluruh Warga Majlis Perbandaran Muar

DAULAT TUANKU!

KEPADA ALLAH BERSERAH

KAMI

01/06/2026

🪷 Selamat Menyambut Hari Wesak 🪷

MPM mengucapkan Selamat Hari Wesak kepada seluruh penganut Buddha yang meraikan.

Semoga perayaan ini membawa kedamaian, keharmonian dan memperkukuh semangat perpaduan dalam masyarakat majmuk negara.

Ingatan Tulus Ikhlas daripada Yang Dipertua dan seluruh warga Majlis Perbandaran Muar

KEPADA ALLAH BERSERAH

KAMI

Photos from Mohd Jafni Md Shukor's post 30/05/2026
Photos from Onn Hafiz Ghazi's post 28/05/2026
Want your organization to be the top-listed Government Service in Muar?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address

Karung Berkunci No. 516
Muar
84009

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00