Dewan Muslimat PAS Muar
01/06/2026
JANGAN LUPA PENGAJARAN 13 MEI 1969, DETIK SEJARAH HITAM NEGARA - YANG DI-PERTUAN AGONG
KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bertitah mengingatkan seluruh lapisan rakyat bahawa perpaduan adalah asas kekuatan negara.
“Bagi menjamin kemajuan ekonomi, keharmonian kaum dan kestabilan negara, rakyat haruslah bersatu hati, bertolak ansur, dan saling hormat menghormati, serta berpegang teguh kepada prinsip Rukun Negara.
“Jangan kita lupa sejarah hitam negara, peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969 yang tercetus apabila ada pihak yang bertindak keterlaluan, menghina orang lain, dan hilang rasa hormat kepada bangsa dan ketuanan negara ini,” titah Seri Paduka Baginda pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, hari ini (1 Jun).
Sultan Ibrahim bertitah menegaskan bahawa pengenalan Rukun Negara pada 31 Ogos 1970 sebagai aku janji dan ikrar seorang warga Malaysia bagi membina semula perpaduan kaum dan menjamin keharmonian masyarakat.
“Saya menyeru semua pihak agar menghayati prinsip Rukun Negara dan menjadikannya amalan dan garis panduan hidup rakyat Malaysia. Malah sejak di bangku sekolah lagi, semua pelajar telah dididik untuk membaca ikrar ini.
“Oleh yang demikian, jika ada mana-mana rakyat Malaysia yang tidak mahu mengikut prinsip tersebut, maka dia tidak layak digelar sebagai warganegara Malaysia,” titah Yang di-Pertuan Agong.
28/05/2026
Program Korban PAS Kawasan Muar dengan kerjasama Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Adun Maharani YB Abd Aziz Talib telah diadakan di Pusat Komuniti PAS Muar Parit Tarom.
Tiga ekor lembu dan seekor kambing telah disembelih. Terima kasih kepada semua peserta korban, petugas program korban daripada DPPK Muar, DMPK Muar, Dewan Ulama, ARC Muar dan Jabatan Amal Muar.
Turut hadir, YB Abd Aziz Talib dan Timbalan Yang Dipertua PAS Muar, Ust Mohamad Anuar Hayan.
Agihan daging telah diedarkan kepada golongan asnaf di kampung-kampung sekitar Parit Jawa.
24/05/2026
Rebutlah peluang keemasan dalam 10 hari Zulhijjah dengan memperbanyakkan amalan soleh.
Puasa Tarwiyah dan Arafah bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, bahkan medan meraih keampunan serta rahmat Allah SWT.
Semoga setiap amal diterima dan dosa-dosa kita diampunkan. Aamiin.”
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Muar