DPPK Pagoh
12/04/2026
SIMPAN SEDIKIT
Firman Allah SWT (maksudnya):
"Wahai Yusuf, orang yang benar! Tafsirkanlah kepada kami akan sebuah mimpi;
Tujuh ekor lembu yang gemuk dimakan oleh tujuh ekor lembu yang kurus, dan tujuh tangkai biji-bijian yang hijau serta tujuh tangkai lagi yang kering;
Tafsirkanlah supaya aku kembali kepada orang-orang yang mengutusku itu, semoga mereka dapat mengetahui tafsirannya.
Yusuf menjawab: Hendaklah kamu menanam bersungguh-sungguh tujuh tahun berturut-turut, kemudian apa yang kamu tuai, biarkanlah dia pada tangkai-tangkainya, kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makan.
Kemudian akan datang selepas tempoh itu, tujuh tahun kemarau yang besar, yang akan menghabiskan makanan yang kamu sediakan baginya, kecuali sedikit dari apa yang kamu simpan.
Kemudian akan datang p**a sesudah itu tahun yang padanya orang ramai beroleh rahmat hujan, dan padanya mereka dapat memerah hasil". (Surah Yusuf: 46-49)
Pengajaran mengurus ekonomi dengan bijaksana daripada kisah Nabi Yusuf:
1. Membuat perancangan.
2. Berusaha.
3. Beroleh hasil.
4. Nikmati hasil.
5. Simpan sedikit.
6. Bersedia masa depan.
7. Tawakkal
Teladan pengurusan kewangan peribadi, isi rumah, syarikat, negeri, dan negara.
SS, Bachok
Click here to claim your Sponsored Listing.