APM Miri
28/04/2026
𝐎𝐏 𝐒𝐀𝐑 𝐎𝐑𝐀𝐍𝐆 𝐇𝐈𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄-𝟓 (𝐌𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀 𝐓𝐄𝐋𝐀𝐇 𝐃𝐈𝐉𝐔𝐌𝐏𝐀𝐈)
𝐌𝐈𝐑𝐈, 𝟐𝟖 𝐀𝐏𝐑𝐈𝐋 𝟐𝟎𝟐𝟔| Hari ke - 5 SAR seorang warga emas hilang di Kebun Sawit Jalan Miri Bypass telah dijumpai. Jarak radius penemuan mayat diantara 1KM dari PKTK. Mayat yang dijumpai telah dibawa ke Hospital Miri untuk Post mortem. Operasi mencari dan menyelamat orang hilang telah ditamatkan. Keadaan selamat dan terkawal, Team bergerak balik ke PKOD, Miri.
𝑺𝒆𝒏𝒕𝒊𝒂𝒔𝒂 𝑲𝒓𝒆𝒂𝒕𝒊𝒇, 𝒃𝒆𝒓𝒌𝒂𝒓𝒚𝒂 𝒅𝒂𝒏 𝒑𝒆𝒓𝒇𝒐𝒓𝒎 𝒔𝒆𝒑𝒂𝒏𝒋𝒂𝒏𝒈 𝒎𝒂𝒔𝒂
"𝐀𝐏𝐌 𝐌𝐢𝐫𝐢, 𝐍𝐚𝐧𝐠 𝐒𝐭𝐞𝐚𝐝𝐲"
"𝐀𝐝𝐚 𝐌𝐮𝐬𝐢𝐛𝐚𝐡, 𝐂𝐚𝐥𝐥 𝐀𝐏𝐌"
Jabatan Perdana Menteri
RTM Sarawak
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
APM Sarawak
LATIHAN MINGGUAN KADET PERTAHANAN AWAM PISPA ILP MIRI. Silibus pada minggu ini adalah MK (Asas Melawan Kebakaran dan Pengenalan Peralatan Memadam Kebakaran )
Jabatan Perdana Menteri
RTM Sarawak
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
APM Sarawak
16/04/2026
𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐈 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐍𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐊𝐄 𝐏𝐔𝐒𝐀𝐓 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 (𝐏𝐊𝐎𝐃) 𝐌𝐈𝐑𝐈
𝐌𝐈𝐑𝐈, 𝟏𝟔 𝐀𝐏𝐑𝐈𝐋 𝟐𝟎𝟐𝟔| YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) telah mengadakan lawatan kerja ke Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Miri bagi meninjau tahap kesiapsiagaan serta operasi semasa pengurusan bencana di daerah ini.
Ketibaan beliau telah disambut dan diiringi oleh YS TPj. ( PA) Mohtar Bin Samat,Pengarah Pertahanan Awam Negeri Sarawak, Mejar (PA) Zulfaituri Bin Ramli , Penolong Pengarah Pertahanan Awam Negeri Sarawak , Mejar ( PA ) Bonnie Bin Madisun, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Miri bersama pegawai-pegawai kanan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).
Lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan gambaran sebenar situasi di lapangan serta memastikan segala aspek pengurusan kecemasan dan bantuan kepada masyarakat berjalan dengan lancar dan berkesan.
Sepanjang lawatan, Menteri turut diberikan taklimat mengenai operasi semasa, kekuatan anggota, aset logistik serta cabaran yang dihadapi oleh pihak APM dalam melaksanakan tugas-tugas penyelamatan dan bantuan kemanusiaan.
Lawatan ini diharap dapat memperkukuhkan lagi koordinasi antara agensi serta meningkatkan kecekapan sistem pengurusan bencana di negeri Sarawak khususnya di bahagian Miri .
𝑺𝒆𝒏𝒕𝒊𝒂𝒔𝒂 𝑲𝒓𝒆𝒂𝒕𝒊𝒇, 𝒃𝒆𝒓𝒌𝒂𝒓𝒚𝒂 𝒅𝒂𝒏 𝒑𝒆𝒓𝒇𝒐𝒓𝒎 𝒔𝒆𝒑𝒂𝒏𝒋𝒂𝒏𝒈 𝒎𝒂𝒔𝒂
"𝐀𝐏𝐌 𝐌𝐢𝐫𝐢, 𝐍𝐚𝐧𝐠 𝐒𝐭𝐞𝐚𝐝𝐲"
"𝐀𝐝𝐚 𝐌𝐮𝐬𝐢𝐛𝐚𝐡, 𝐂𝐚𝐥𝐥 𝐀𝐏𝐌"
Jabatan Perdana Menteri
RTM Sarawak
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
APM Sarawak
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
Miri