Sukri And Najaa

Sukri And Najaa

Share

04/07/2024

BUAT PERKARA YANG BETUL

Dalam hidup ini kita sudah terbiasa lakukan sesuatu perkara itu tanpa menyedari atau kita sedar yang ia tidak betul dan tidak boleh diteruskan.

Maka bukalah seluas-luasnya minda kita untuk tekad berhijrah melakukan sesuatu perkara yang betul. Ini supaya ia menjadi kebiasaan dan amalan dalam kehidupan seharian.

01/07/2024

KETIAK BERBAU

Masalah ini pastinya akan membuatkan anda hilang keyakinan diri, walaupun secara hakikatnya hampir kebanyakan individu pasti pernah berdepan dengan situasi seperti ini.

Keadaan ini adalah termasuk dalam masalah badan berbau yang secara istilah teknikalnya dirujuk sebagai bromhidrosis dan ia bukanlah satu masalah yang mendatangkan kebimbangan berkaitan masalah kesihatan.

Kombinasi peluh dan bakteria pada permukaan kulit anda akan menyebabkan wujudnya bau. Inilah yang dipanggil sebagai bau badan atau B.O untuk body odor. Itu jugalah keadaan yang berlaku kepada bahagian ketiak anda.

Berpeluh adalah sesuatu yang normal. Tetapi terdapat individu yang berpeluh lebih daripada biasa dan keadaan ini dipanggil hyperhidrosis. Individu dengan masalah ini akan mengalami peluh secara berlebihan terutama pada bahagian tangan, kaki serta ketiak.

Jika anda merasakan anda mungkin menghidapi hyperhidrosis, doktor akan menjalankan beberapa ujian untuk mengesahkan diagnosis dan memberikan rawatan yang sewajarnya kepada anda.

01/07/2024

Perjalanan Seribu Batu Bermula Dengan Langkah Yang Pertama

Suatu perkara yang dirancang perlu dijalankan.
Suatu perubahan yang hendak dibuat perlu ada permulaan.
Sebuah cita-cita bukan sekadar angan-angan sahaja.

Semua ini memerlukan langkah pertama.

Memang s**ar untuk melangkah dalam membuat perubahan
atau perancangan. Ini disebabkan terdapat rasa kurang selesa atau takut kepada perubahan.

Kurang selesa kerana mungkin perubahan yang dilakukan akan membawa kesan negatif kepada perancangan.

Rasa takut, kerana takut kepada kegagalan yang mungkin berlaku kepada apa yang dirancangkan.

Ada yang mempunyai rasa rendah diri terhadap cita-cita yang hendak dicapai. Takut dicemuh dan takut diketawa.

Ada juga yang hanya masih mampu berangan-angan kepada apa yang dicita-citakan. Tiada usaha untuk bermula walaupun hanya langkah pertama.

Tanpa langkah pertama tidak mungkin perjalanan beribu batu akan
bermula.

Tanpa langkah pertama tiada kejayaan akan dicapai.

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Meru?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Website

Address

Jalan Meru Tambahan
Meru
41050