Slimme

Slimme

Share

Amalkan ‘Trik Mudah’ Ini Secara Rutin, Pasti Berjaya Turun 20 Kg Hanya Dalam 7 Hari! 08/04/2019

Kehilangan 20 kg dalam tujuh hari!
Fuhhh jiwa kental jer yang mampu buat ni 😁

Amalkan ‘Trik Mudah’ Ini Secara Rutin, Pasti Berjaya Turun 20 Kg Hanya Dalam 7 Hari! Seorang netizen kongsikan rahsia bagaimana dia kehilangan 20 kg dalam tujuh hari! Bagaimana? Menu makanan penuh dengan sajian telur dan timun! Minggu pertama

06/07/2018

BUAT INI JIKA INGIN BERJAYA DALAM BISNES!

1. Buat Kerana Minat Yang Amat Mendalam!

Semestinya kita mulakan perniagaan kerana mahukan wang. Wang merupakan motivasi utama dalam memulakan perniagaan. TETAPI, jangan jadikan wang sahaja sebagai sebab utama menjalankan perniagaan. Lakukan perniagaan kerana MINAT. Minat terhadap produk yang ingin dijual, minat terhadap perkhidmatan yang ingin diniagakan dan juga MINAT pada prospek menjalankan perniagaan untuk tahun-tahun yang akan datang tanpa jemu!

Minat akan membuatkan kita s**a pada apa yang kita lakukan. Alangkah “best”nya sekiranya kita menjana pendapatan menerusi perniagaan dengan melakukan apa yang kita s**a? Sekiranya kita s**a bidang kesihatan, maka bidang makanan kesihatan patut dijadikan konsep perniagaan kita.

Namun harus ingat, bahawa minat pada sesuatu bidang sahaja tidak mencukupi tanpa adanya minat dalam bidang perniagaan. Minat dalam bidang perniagaan akan memberi motivasi kepada kita untuk terus belajar selok belok perniagaan. Pelajari strategi dan teknik perniagaan untuk memastikan perniagaan yang kita minat dapat terus maju pada tahun-tahun yang akan datang.

2. Fokus, Fokus, dan FOKUS!

Jangan cepat berubah hati. Situasi ini selalu terjadi kepada kita semua sebenarnya, lebih-lebih lagi apabila perniagaan kita agak lembab dan tidak berhasil. Selalunya ini berlaku pada peringkat awal perniagaan.

Jadi bagi mereka yang tidak tahan sabar, saat ini dirasakan gagal. Lalu, mereka membuat keputusan, ‘Sebelum gagal lebih lagi, baiklah mereka menukarkan kepada perniagaan lain!’

Jangan bimbang, bukan anda saja yang merasainya begitu. Ramai usahawan yang baru-baru terlibat di dalam perniagaan akan berpendapat sedemikian.

Sebenarnya, ini terjadi kerana kurang keyakinan dan tidak fokus. Anda hanya perlu fokus dan teruskan usaha anda. Usaha dengan lebih gigih lagi dan fokus pada satu perniagaan dulu sehingga berjaya. Jangan cepat-cepat menukar perniagaan lain.

3. Tambahkan Prospek Melalui Promosi, Promosi dan PROMOSI!

prospek

Tanpa promosi, perniagaan akan gagal. Itu sahaja! Perniagaan yang tidak melakukan promosi tidak akan mendapat prospek. Dan usaha menambahkan prospek adalah langkah pertama dalam mendapatkan jualan. Lebih ramai prospek yang kita perolehi, lebih besar kemungkinannya perniagaan kita akan berjaya.

Usaha mendapatkan prospek adalah melalui promosi dan pengiklanan. Promosi dan pengiklanan perlu dilakukan secara berterusan- setiap hari. Sekiranya kita berhenti melakukan sebarang promosi perniagaan, mungkin kita akan dapat lihat penurunan jumlah prospek berkurangan dalam minggu atau bulan yang akan datang. Begitu juga usaha promosi anda hari ini, mungkin hanya akan melihat prospek bertambah, minggu atau bulan yang akan datang.

4. Rancang dan Atur Perniagaan Anda.

Setelah promosi dijalankan secara berturutan, semakin hari semakin ramai pelanggan anda, semakin banyak tanggungjawab anda. Di waktu ini, perancangan yang teliti, teratur dan jelas, boleh memberi anda kelebihan.

Tuliskan semua, rancangan anda agar anda dapat melihat “progress” perniagaan anda setakat ini. Jangan terus-terusan menerima pelanggan tanpa sebarang catatan. Ini amat penting untuk anda memiliki sebuah perniagaan yang boleh bertahan lama. Anda mesti ada fail-fail stok, jualan, perbelanjaan, keluar masuk wang ringgit. Semua ini akan menentukan kejayaan atau kegagalan anda dalam menguruskan sebuah perniagaan.

Photos from Slimme's post 27/06/2018

Pengambilan air kosong adalah sangat bagus bukan sebab nak kurus je. Tapi kulit yang sihat dan cantik juga adalah disebabkan air yang cukup dalam badan.

Umpama penuh tangki,senang flush,senang nak proses. Lagi lagi kalau uols ambil supplement tambahan.

Boleh folow cth ni utk memudahkan uols amalkan air kosong✌️

25/06/2018

Jenuh diet tapi berat ni lambat sungguh nak turun. Cuba check sama ada anda masih dok amalkan perkara di bawah:

⤵️⤵️⤵️

1. Minum air berkarbonat/gas. Tau tak segelas air gas mengandungi 65 kalori???
2. Kurang tidur. Lagi banyak masa anda jaga, lagi tinggi anda cenderung untuk makan.
3. Skip sarapan - risiko 4 kali ganda mengalami obesiti
4. Makan terlalu cepat
5. Asal stress makan
6. Kurang minum air putih
7. Kurang bersenam

Kalau ada segera bertindak ya!

14/06/2018

Tips sesuai untuk mereka yang nak turunkan berat badan, tapi tak tahu nak mula dari mana. Make it simple and easy.

Belum cukup kurus? Bersyukurlah dengan kesedaran yang telah ada untuk kurus, untuk sihat. Cuba istiqamah dengan tabiat pemakanan yang sihat melalui tips di bawah.

Moga impian kurus anda tercapai 🎉🎉🎉

Coach ina fitlife

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Meru?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Website

Address

Meru
42200