LindungDuit.com

LindungDuit.com

Share

03/06/2026

Pagi ini, sebelum kita meneruskan langkah mencari rezeki dan menguruskan kehidupan, marilah kita titipkan doa buat mereka yang sedang berjuang dalam cara mereka sendiri. Mungkin ada yang sedang berjuang dengan kesusahan, kesakitan, kerinduan, atau ujian yang tidak terlihat oleh mata manusia.

Semoga setiap doa yang dipanjatkan menjadi asbab turunnya rahmat, ketenangan dan pertolongan daripada Allah SWT.

🌷 Doa Buat Pejuang Kehidupan

Ya Allah, kuatkanlah hati mereka yang sedang berjuang dalam kehidupan. Lapangkan dada mereka, permudahkan urusan mereka dan gantikan setiap lelah dengan ketenangan serta keberkatan.

🌷 Doa Buat Yang Sedang Berjuang Untuk Sihat

Ya Allah, kurniakanlah kesembuhan kepada mereka yang sedang diuji dengan kesakitan. Angkatlah segala penyakit, ringankan penderitaan dan berikan kesihatan yang berpanjangan.

🌷 Doa Buat Ibu dan Ayah

Ya Allah, rahmatilah ibu dan ayah kami. Ampunkan dosa-dosa mereka, panjangkan umur mereka dalam kebaikan dan tempatkan mereka dalam kalangan hamba-Mu yang Engkau kasihi.

🌷 Doa Buat Anak-Anak

Ya Allah, peliharalah anak-anak kami. Jadikan mereka penyejuk hati, anak yang soleh dan solehah, berjaya di dunia serta akhirat dan sentiasa berada dalam lindungan-Mu.

🌷 Doa Buat Seluruh Umat Islam

Ya Allah, satukan hati umat Islam di seluruh dunia. Kurniakan keamanan, kesejahteraan dan rahmat-Mu kepada kami semua. Ampunkan dosa kami dan matikan kami dalam husnul khatimah.

Aamiin Ya Rabbal ’Alamin🤍

27/05/2026

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 1447H

Di kesempatan yang penuh keberkatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua pelanggan, sahabat, kenalan serta insan-insan yang sentiasa menyokong perjalanan kerjaya saya selama ini.

Semoga Aidiladha ini mengajar kita erti keikhlasan dalam pengorbanan, memperkuatkan iman, serta mengeratkan kasih sayang bersama keluarga dan insan tersayang.

Terima kasih atas segala kepercayaan, doa dan sokongan yang diberikan. Semoga Allah SWT melimpahkan rezeki, kesihatan, kebahagiaan dan keberkatan buat kita semua.

Ikhlas daripada,
Rusmanidar Rozali
Founder lindungduit.com

25/05/2026

Kadang orang nampak kita diam, mereka ingat kita dah mengalah.

Padahal kita cuma sedang penat bercakap dan memilih untuk fokus pada usaha.

Tak semua perjuangan perlu diumumkan.
Ada masa, kita kerja dalam diam menang pun dalam diam.

Result lambat? Teruskan.
Orang tak percaya? Teruskan.
Diuji berkali-kali? Tetap teruskan.

Sebab yang benar-benar berjaya bukan yang laju, tapi yang tetap berjalan walau perlahan.

Assalamualaikum dan selamat hari isnin🤍

19/05/2026

Malam ni hujan, suasana tenang.
Sebelum tidur, saya nak share sikit tentang pentingnya ada medical card.

Kadang-kadang orang rasa takaful tu mahal.
Tapi bila tengok harga ubat untuk pesakit kanser, baru faham kenapa perlindungan tu penting.

Ada ubat yang sebulan sahaja sudah cecah ribuan ringgit. Belum masuk kos rawatan, ulang alik hospital, susu khas dan lain-lain keperluan.

Sakit tak pernah minta izin untuk datang.
Sebab tu sementara masih sihat dan masih boleh memohon, cubalah sediakan perlindungan untuk diri dan keluarga.

Semoga Allah pelihara kita semua daripada sakit yang berat🤍

Rusmanidar Rozali
19 Mei 2026

Want your business to be the top-listed Finance Company in Mentakab?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address

Mentakab