IKRAM Health Melaka
07/04/2026
π *MISI WIRA SIBER*
*Klik Bijak, Diri Selamat*
Ibu bapa memainkan peranan penting dalam melindungi anak-anak daripada risiko dunia digital hari ini.
Jom sertai sesi khas Misi Wira Siber yang membincangkan:
* Pendidikan seksual anak
* Perlindungan diri kanak-kanak
* Ancaman siber & pornografi
* Peranan ibu bapa dalam keselamatan digital
π€ Panel penceramah berpengalaman dalam bidang keselamatan siber, perubatan dan pendidikan seksualiti ibu bapa.
π
*Tarikh*: 18 April 2026 (Sabtu)
π*Lokasi*: Dewan Peperiksaan, MMU (https://maps.app.goo.gl/eyDge87dTp5V3xd19)
π° *Yuran*: Percuma
π¨βπ©βπ§ Terbuka kepada semua ibu bapa
β οΈ *Tempat adalah terhad!*
π Daftar Sekarang! :
Imbas kod QR pada poster atau klik link berikut:
https://tinyurl.com/4en9rjnp
Tarikh tutup pendaftaran : *11 April 2026 (Sabtu)*
π Sebarang pertanyaan:
Dr Shikin - 013-2768212
Mari kita bentuk generasi yang celik digital dan selamat β bermula hari ini. π»π‘οΈ
18/02/2026
Salam Ramadan Al-Mubarak 1447H π
IKRAM Health Malaysia mengucapkan selamat menyambut 1 Ramadan 1447H kepada seluruh umat Islam.
Semoga Ramadan kali ini menjadi medan penyucian jiwa, pengukuhan ukhuwah dan peningkatan amal soleh.
Marilah kita memanfaatkan bulan penuh rahmat ini dengan menjaga kesihatan, memperkukuh disiplin diri serta memperbanyakkan amal kebajikan.
Ramadan Kareem. Semoga setiap amal diterima dan setiap doa dimakbulkan. π
26/12/2025
Alhamdulillah pada 20/12/2025 telah selesai Program Remaja Sihat Tanpa Rokok dan V**e yang dihadiri hampir 50 peserta(remaja dan para ibu) penduduk sekitar PPR Bandar Hilir.
Program ini dianjurkan oleh IKRAM Health Melaka dan IKRAM Bandaraya Melaka dengan kerjasama YADIM dan Jabatan Kesihatan Negeri Melaka. Majlis telah dirasmikan oleh Pengarah Yadim Melaka-Negeri Sembilan Ustaz Abdul Halim bin Ismail disusuli dengan ceramah berkenaan rokok/v**e dan aktiviti interaktif-kuiz serta ditutup dengan pengisian tarbawi oleh Saudari Nurul Iman. Program kali ini telah mendapat sambutan baik dan diharap menjadi pemangkin untuk kerja-kerja amal kita yang seterusnya. Insya-Allah.
12/12/2025
π£ JEMPUTAN PROGRAM REMAJA SIHAT TANPA ROKOK & V**E!
Cuti sekolah tak tahu nak buat apa? Jom join program khas untuk remaja 10β17 tahun βΌοΈ
Penuh aktiviti best, fun, bermanfaat dan paling pentingβ¦ FREE! π
π₯ Antara yang menanti anda:
β¨ Makanan
β¨ Aktiviti Games & Quiz
β¨ Hadiah
β¨ Sijil Penyertaan
β¨ Pameran Kesihatan
β¨ Slot motivasi bersama Muhammad Aiman Muhaimin, Penolong Pegawai Kesihatan
π
Tarikh: 20 Disember 2025 (Sabtu)
π£ Masa: 8:30 pagi β 11:00 pagi
π Lokasi: Balai Raya Bukit Tempurung, Rumah Pangsa Bandar Hilir, Melaka
π DAFTAR DI SINI:
https://tinyurl.com/2fwjvjmy
π Pertanyaan & pendaftaran manual:
Puan Rosni Ab Samad β 012-913 7810
Jom ajak adik, abang, kakak & kawan-kawan!
Kita bina generasi remaja sihat TANPA rokok & v**e ππ
Jumpa anda di sana!
06/10/2025
π₯ 4 HARI LAGI! π₯
Jom sertai RUN FOR HUMANITY: Bersamamu Palestin 2025 π΅πΈ
π
25 Oktober 2025 (Sabtu)
π 7.00 pagi
π Bukit Serindit, Melaka
πββ 5KM Fun Run β Lari dengan hati, bukan sekadar kaki!
π Yuran: RM50 sahaja
π Termasuk: Event Tee, Medal, Goodies Bag, E-Cert, Lucky Draw & Refreshments
π Setiap tiket = sumbangan untuk Palestin!
Mari kita lari bersama harapan & kemanusiaan π
π² Daftar sekarang!
https://mycare.qrd.by/runhumanity atau
Imbas QR pada poster atau hubungi π 011-11912029
28/09/2025
Alhamdulillah, pada 27 September 2025 (Sabtu) telah berlangsung Program Basic Life Support (BLS) anjuran IKRAM Health Melaka bersama MyCPR Malaysia.
Program ini diadakan di Afamosa, Alor Gajah Melaka dari jam 4.30 hingga 6.30 petang, dengan penyertaan seramai 15 orang kanak-kanak berusia 7β15 tahun dari Ashrani Ramli Badminton Academy (ARBA).
Sesi ini telah disampaikan oleh Dr Nur Zawani Mohd Zain dari Jabatan Anestesiologi, Hospital Melaka, yang berkongsi ilmu serta kemahiran asas bantuan kecemasan yang sangat penting untuk diketahui semua peringkat umur.
Semoga ilmu yang diperoleh dapat menjadi bekal bermanfaat, membina keyakinan anak-anak untuk bertindak pantas dalam situasi kecemasan.
Tahniah kepada semua peserta dan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program ini!
19/09/2025
Lindungi kesihatan keluarga anda- restoran bukan tempat merokok.
KENYATAAN MEDIA
RESTORAN BUKAN TEMPAT MEROKOK: DEMI KESIHATAN AWAM, LINDUNGI GOLONGAN RENTAN
19 SEPTEMBER 2025 | 26 RABIUL AWAL 1447
Persatuan Kesihatan IKRAM Malaysia (IKRAM Health) memandang serius insiden yang berlaku di sebuah restoran baru-baru ini, apabila seorang wanita hamil dan suaminya menjadi mangsa kekasaran setelah menegur seorang individu yang merokok di kawasan larangan.
Perbuatan merokok di premis makanan bukan sahaja melanggar undang-undang, malah jelas membahayakan kesihatan awam, khususnya ibu mengandung, bayi dalam kandungan, dan kanak-kanak kecil. Kajian menunjukkan asap rokok pasif meningkatkan risiko kelahiran pramatang, berat lahir rendah serta penyakit pernafasan seperti asma. Kesihatan dan nyawa mereka tidak wajar digadai akibat keingkaran segelintir pihak.
IKRAM Health menggesa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk memperkukuh penguatkuasaan larangan merokok di semua premis makanan dengan tindakan yang lebih tegas dan konsisten. Pada masa yang sama, pengusaha restoran, para pekerja serta masyarakat umum perlu bersama-sama memainkan peranan dengan menegur secara berhemah dan melaporkan sebarang pelanggaran larangan merokok melalui talian aduan WhatsApp 010-8608949 atau jomlapor.com.
IKRAM Health menegaskan bahawa melindungi kesihatan awam, terutamanya terhadap golongan rentan seperti ibu mengandung dan kanak-kanak, adalah amanah bersama.
Justeru, marilah seluruh masyarakat berganding bahu memastikan premis makanan bebas daripada asap rokok dan v**e. Sikap berani menegur, melapor, dan menolak normalisasi merokok adalah kunci kepada perubahan demi kesejahteraan dan masa depan yang lebih sihat untuk rakyat Malaysia.
βMembina Negara yang Sihat dengan Rahmahβ
IKRAM Health Malaysia
14/09/2025
π Program Rawatan Kecemasan: 1 Keluarga 1 Penyelamat
Alhamdulillah, syukur pada 13 September 2025 (Sabtu) program anjuran Hidayah Centre Foundation dan IKRAM Health Melaka dengan kerjasama BAKPIS (Badan Kebajikan Persaudaraan Islam Negeri Melaka) telah berlangsung dengan jayanya di Surau Balai Islam MAIM, Tengkera.
π¨ββοΈ Pengisi program:
Dr. Muhammad Huzaifah bin Hassan, Pegawai Perubatan Jabatan Kecemasan & Trauma Hospital Melaka merangkap Certified BLS Trainer.
π 2.00 β 3.15 petang
π₯ Kehadiran: 86 orang mualaf sekitar Melaka
Selama lebih sejam, para peserta didedahkan dengan teori dan praktikal asas rawatan kecemasan untuk dewasa dan kanak-kanak β termasuk teknik bantuan pernafasan serta langkah awal menyelamat.
Suasana cukup interaktif, peserta teruja mencuba sendiri teknik yang diajar dan ramai meluahkan rasa lebih yakin untuk bertindak jika berlaku kecemasan dalam keluarga.
Tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan program ini. Semoga ilmu yang diperoleh menjadi manfaat besar buat komuniti mualaf dan masyarakat Melaka.
13/09/2025
βMak, kenal siapa ni?β
suara anak bergetar, menggenggam tangan ibunya erat. Mak tersenyum lembut⦠tapi matanya kosong. Nama anak sendiri sudah hanyut entah ke mana.
Tengah malam disangka pagi.
Kata-kata tersekat, ayat tak pernah selesai.
Aktiviti yang dulu jadi kegembiraan, kini tidak lagi membangkitkan rasa.
Begitulah Alzheimer (nyanyuk) merayap senyap, merampas sedikit demi sedikit kenangan, hingga seseorang tidak lagi menjadi dirinya yang dulu.
Kalau tanda-tanda ini mula kelihatan pada orang tersayang, jangan tunggu.
Temani mereka buat pemeriksaan awal , kerana lebih cepat dikesan, lebih besar peluang untuk melambatkan kemerosotan.
Hidupkan semula minda mereka dengan senaman ringan, makanan sihat, buku, perbualan, atau sekadar kenangan lama yang dibuka kembali.
Jadikan rumah mereka syurga yang selamat susun atur teratur, labelkan ruang, mudahkan mereka rasa tenang.
Jangan abaikan hati & sokongan emosi untuk mereka, dan untuk kita yang menjaga.
Alzheimer memberi amaran. Jika kita peka, kita masih boleh menjaga ingatan itu daripada padam terlalu cepat.
13/09/2025
Click here to claim your Sponsored Listing.
Website
Address
Melaka
75450