Matlan Sukudat
Monintak Sigal
31/05/2026
SELAMAT MENYAMBUT PESTA KAAMATAN 2026
Sempena sambutan Pesta Kaamatan bagi tahun 2026, Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) Sabah menzahirkan ucapan selamat menyambut perayaan ini kepada semua yang meraikannya, khususnya warga Sabah.
Selaras dengan tema pada tahun ini, "Kaamatan: Menuai Perpaduan, Meraikan Keharmonian", sambutan ini menjadi manifestasi penting dalam memperkukuh ikatan kesepakatan serta menyemai nilai kebersamaan yang utuh dalam kalangan masyarakat pelbagai etnik di negara kita.
Semoga perayaan ini terus membawa limpahan kemakmuran, kedamaian, dan kesejahteraan yang berpanjangan buat kita semua.
Ikhlas daripada:
Mohd. Yusni bin Mohamed Ali ʙ.ᴄ.ᴍ
Pengarah Penyiaran Sabah & Seluruh Warga Kerja RTM Sabah
Click here to claim your Sponsored Listing.