Azlan Omar

Azlan Omar

Share

(TERKINI) DUN JOHOR DIBUBAR HARI INI 01/06/2026

Akhirnya DUN Johor dibubarkan. Awal sedikit dari Melaka. Tahniah dan pastikan UMNO dan Barisan Nasional bergerak solo.

Azlan Omar
Ab Rauf Yusoh
Rais Yasin

(TERKINI) DUN JOHOR DIBUBAR HARI INI JOHOR BAHRU, 1 Jun - Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor dibubarkan berkuat kuasa hari ini bagi memberi laluan kepada pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN). Perka

Photos from Azlan Omar's post 27/05/2026

Salam Aidiladha

Semangat gotong royong tetap disematkan dalam setiiap diri penduduk Kampung Paya Rumput Tangga Batu.

Tahniah kepada semua AJK yang terlibat sepanjang proses program korban.

Azlan Omar
Ab Rauf Yusoh
Rais Yasin

26/05/2026

Alhamdulillah atas keprihatinan dan rasa tanggungjawab pihak yang berkaitan.

Semoga usaha murni ini akan dapat dilaksanakan dalam masa segera demi pengguna yang membayar bil tapi rangkaian telefon dan capaian internet masih lemah.

Semoga rangkaian 5G dapat dinikmati bersama tak kira di bandar mahupun di luar bandar.

Azlan Omar
Ab Rauf Yusoh
Kerajaan Negeri Melaka

Usaha memperkukuh capaian internet rakyat terus dipergiat apabila Melaka bakal menerima pembinaan 24 menara telekomunikasi baharu di kawasan liputan lemah.

▪️ 24 lokasi dikenal pasti mempunyai capaian internet lemah
▪️ 11 menara telah siap beroperasi
▪️ 13 lagi sedang dalam pembinaan secara berperingkat
▪️ Projek dijangka siap sebelum suku kedua 2027
▪️ Sebanyak 390 menara telekomunikasi telah siap dibina di Melaka setakat April 2026

Inisiatif ini dijangka membantu meningkatkan kualiti komunikasi dan akses internet rakyat di seluruh negeri.

26/05/2026

📍*WRUR TURUN TELOK MAS!* 📍

Warga DUN Telok Mas dan seluruh warga Negeri Melaka, anda bersedia tak?
Program Wakil RAKYAT Untuk RAKYAT (WRUR) akan berlangsung dari 14 Jun hingga 20 Jun 2026 di Telok Mas, Melaka.

Inilah masa untuk kita duduk semeja, bincang isu sebenar, dan cari jalan bersama. Takde protokol, takde wayang. Hanya rakyat dengan wakil rakyat.

Jom ramai-ramai hadir. Suara anda penting ✊

Azlan Omar
Ab Rauf Yusoh
Abdul Razak Abdul Rahman
Kerajaan Negeri Melaka

25/05/2026

📢 Warga Serkam & kawasan sekitar. 📢
Jangan lupa hadir beramai-ramai ke Jualan Agro Madani Selasa ini! 🛒✨

📅 Tarikh/Hari : Selasa | 26 Mei 2026
⏰ Masa : 8.00 pagi hingga selesai
📍 Lokasi : Kompleks Japerun Serkam

🔥 Antara tawaran menarik menanti anda:
🐔 Ayam Segar RM7.00/kg
🥩 Daging Segar RM28.00/kg
🥚 Telur Gred C RM8.00/papan
🥬 Sayur-sayuran RM2.00/pek
🛍️ Kombo Madani (Minyak, Tepung & Santan) RM10.00/set

💚 Jom rebut peluang dapatkan barangan segar pada harga berpatutan untuk seisi keluarga. Datang awal sementara stok masih ada!

Azlan Omar
Ab Rauf Yusoh
Akmal Saleh
Dira Abu Zahar

Photos from Azlan Omar's post 23/05/2026

Kempen Perangi Aedes 🦟 | Jom Jaga Kampung Kita!

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada seluruh penduduk Kampung Paya Rumput, Tangga Batu, Melaka.

Nyamuk Aedes bukan musuh biasa. Ia kecil, tetapi boleh membawa maut melalui virus Denggi. Dalam masa seminggu ini sahaja, kes demam denggi di kawasan sekitar Melaka menunjukkan peningkatan. Kita tidak mahu keluarga, jiran, atau anak-anak kecil menjadi mangsa seterusnya, bukan?

Oleh itu, mari kita amalkan langkah proaktif 10 minit setiap hari di rumah masing-masing:

✅ Periksa tempat-tempat ini:

- Bekas air tandas (tangki & dalaman)

- Pasu bunga & alas pasu

- Titisan air di dalam peti sejuk (dripping tray)

- Baldi, tong air, dan bekas di tandas luar

- Mainan lama, tayar terpakai, atau botol kosong di halaman rumah

✅ Tukar air dalam bekas terbuka sekurang-kurangnya seminggu sekali.

✅ Tutup semua bekas penyimpanan air dengan rapat.

✅ Buang barang-barang terpakai yang tidak diperlukan yang boleh mengumpul air hujan.

✅ Gunakan ubat jentik-jentik (abate) di tempat-tempat yang sukar dikeringkan.

📍 Peringatan dari Kementerian Kesihatan:
*Jika ada ahli keluarga demam secara tiba-tiba, sakit sendi, sakit belakang mata, ruam, atau demam tinggi lebih 2 hari – segera ke klinik atau hospital berdekatan. Jangan tunggu lama.*

Mari kita pastikan Kampung Paya Rumput bebas Aedes.






Azlan Omar
Ab Rauf Yusoh
Rais Yasin

Photos from AADK Negeri Melaka's post 20/05/2026

Hebahan maklumat melalui akar umbi.
Perjumpaan dan perkongsian maklumat untuk masyarakat setempat untuk menolak sepenuhnya DURJANA DADAH.

Ab Rauf Yusoh
Rais Yasin
AADK Negeri Melaka
NGWE HEE SEM
Mohd Noor Helmy

Photos from Azlan Omar's post 16/05/2026

Program Libat Urus
Agensi Anti Dadah Kebangsaan Negeri Melaka bersama JPKK
Peringkat Melaka Tengah

Mohd Noor Helmy NGWE HEE SEM AADK Negeri Melaka

Want your business to be the top-listed Media Company in Malacca City?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Website

Address

Malacca City