Pusat Advokasi Rakyat
26/01/2026
PENYEDIAAN DOKUMEN BAGI TUJUAN TUNTUTAN ATAU ADUAN RASMI
TUNTUTAN DI TRIBUNAL TUNTUTAN PENGGUNA (TTPM)
Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) sesuai untuk kes seperti:
•Pinjaman wang berlesen
•Caj berlebihan/pelanggaran perjanjian
•Barangan rosak atau perkhidmatan tidak memuaskan
•Penipuan pengguna
DOKUMEN ASAS YANG WAJIB DISEDIAKAN:
✅ Salinan MyKad Pengadu
✅ Perjanjian/kontrak bertulis (jika ada)
✅ Bukti bayaran (resit rasmi/penyata bank/rekod transaksi online/mesin)
✅ Rekod komunikasi (WhatsApp/SMS/E-mail)
✅Surat tuntutan
✅ Kronologi bertulis kes (ringkas dan berfakta serta susunan tarikh yang jelas)
KESILAPAN BIASA ORANG RAMAI DI e-TRIBUNAL
❌ Fakta bercampur emosi
❌ Kronologi melompat-lompat
❌ Dokumen tidak dinamakan dengan betul
❌ Tuntutan (remedi) tidak jelas atau bercanggah
❌ Tidak selaraskan fakta dengan bukti dokumen
Akibatnya:
Kes ditolak awal, ditangguhkan, atau pengadu kalah walaupun dizalimi.
ADUAN RASMI MELALUI SISPAA & CKAPS
SISPAA
Digunakan untuk aduan terhadap:
•Agensi kerajaan
•Kelemahan pentadbiran
•Salah laku pegawai
•Kegagalan tindakan
•PinjamanbWang Berlesen (KPKT)
CKAPS
Digunakan untuk aduan berkaitan:
•Hospital swasta
•Klinik swasta
•Salah laku profesional kesihatan
•Isu caj perubatan / pengurusan pesakit
DOKUMEN PENTING UNTUK ADUAN RASMI:
✅ Maklumat pengadu lengkap
✅ Kronologi aduan yang jelas
✅ Bukti sokongan (dokumen / mesej / resit)
✅ Isu yang spesifik, bukan umum
✅ Permohonan tindakan yang munasabah
PERANAN PUSAT ADVOKASI RAKYAT (PAR)
Pusat Advokasi Rakyat (PAR) membantu orang awam dengan:
🔹 Penyediaan dokumen tuntutan TTPM
🔹 Penyusunan kronologi kes mengikut piawaian e-Tribunal
🔹 Penyediaan:
•Pernyataan tuntutan
•Afidavit (jika perlu)
•Remedi yang selaras dengan undang-undang pengguna
🔹 Semakan dokumen supaya:
•Tidak bercanggah fakta
•Tidak melanggar syarat sistem e-Tribunal
•Mudah difahami oleh pihak Tribunal
Bagi aduan SISPAA & CKAPS, PAR juga membantu:
✅ Menstrukturkan aduan secara profesional
✅ Pastikan aduan tidak ditolak atas isu teknikal
✅ Selaraskan isu, bukti & permohonan tindakan
INGAT PERKARA INI
✔️ Sistem online bukan menilai emosi, tapi fakta & dokumen
✔️ Dokumen yang kemas = peluang menang lebih tinggi
✔️ Jangan tunggu sampai kes ditolak baru nak betulkan
PERLUKAN BANTUAN?
Jika anda:
•Keliru nak mula tuntutan atau aduan
•Tak pasti dokumen cukup atau ikut piawaian
•Perlukan bantuan penyediaan dokumen tuntutan, kronologi atau semakan kes
Pusat Advokasi Rakyat sedia membantu orang ramai.
Hubungi/WhatsApp kami : 011-6964 4364
Hak pengguna bukan untuk disimpan, tapi untuk dituntut. ✊🏼
18/01/2026
Penganiayaan Terhadap OKT Dalam Tahanan Polis: Hak Undang-Undang, Tindakan Mangsa & Peranan Pusat Advokasi Rakyat
Penganiayaan terhadap Orang Kena Tuduh (OKT) semasa dalam tahanan polis merupakan satu isu serius yang menyentuh hak asasi manusia, kedaulatan undang-undang dan integriti sistem keadilan jenayah. Walaupun pihak polis mempunyai kuasa untuk menahan dan menyiasat, kuasa tersebut bukan lesen untuk mencederakan, menyeksa atau melayan OKT secara tidak berperikemanusiaan. Di Malaysia, perlindungan terhadap OKT bukan sekadar moral, malah dijamin secara jelas di bawah Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang bertulis.
Apa Yang Dimaksudkan Dengan Penganiayaan Dalam Tahanan Polis
Penganiayaan merangkumi apa-apa perbuatan yang menyebabkan penderitaan fizikal atau mental ke atas OKT, termasuk tetapi tidak terhad kepada:
•Pukulan, tendangan, cekikan atau kecederaan fizikal lain.
•Soal siasat secara kasar atau memaksa pengakuan.
•Ugutan, intimidasi atau tekanan psikologi.
•Penafian rawatan perubatan walaupun terdapat kecederaan.
•Layanan tidak berperikemanusiaan semasa tahanan.
Perbuatan-perbuatan ini boleh merupakan satu kesalahan jenayah, bukan sekadar isu disiplin dalaman.
Hak OKT Di Bawah Undang-Undang Malaysia
1. Perlembagaan Persekutuan
•Perkara 5(1)
Tiada seorang pun boleh diambil nyawanya atau dilucutkan kebebasan dirinya kecuali menurut undang-undang. (Merangkumi perlindungan daripada kekerasan dan layanan tidak sah).
•Perkara 8(1)
Semua orang adalah sama di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama.
2. Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593)
•Seksyen 28A
Memberi hak kepada OKT untuk:
•Dimaklumkan sebab penangkapan
•Mendapat khidmat peguam.
•Berhubung dengan ahli keluarga atau rakan.
Sebarang soal siasat yang disertai paksaan atau keganasan adalah bercanggah dengan prinsip keadilan jenayah.
3. Kanun Keseksaan (Akta 574)
•Seksyen 330
Penalti terhadap penjawat awam yang mencederakan seseorang untuk memaksa pengakuan.
•Seksyen 331
Hukuman lebih berat jika kecederaan parah berlaku akibat perbuatan tersebut.
Ini bermaksud pegawai polis juga boleh dikenakan tindakan jenayah jika terbukti melakukan penganiayaan.
4. Akta Polis 1967
•Menetapkan bahawa tugas polis adalah menjaga keselamatan awam dan melaksanakan undang-undang tanpa penyalahgunaan kuasa.
•Salah laku boleh membawa kepada tindakan tatatertib dan siasatan jenayah.
Apa Yang Perlu & Patut Dilakukan Oleh Mangsa atau Keluarga
1. Kumpul & Lindungi Bukti
•Ambil gambar kecederaan sebaik mungkin.
•Dapatkan laporan perubatan rasmi (hospital/klinik).
•Catat tarikh, masa, lokasi dan nama pegawai (jika diketahui).
•Simpan pakaian atau barang yang menunjukkan kesan kecederaan.
2. Buat Aduan Rasmi
Aduan boleh dibuat kepada:
•Ketua Polis Daerah (OCPD)/Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK).
•Bahagian Integriti & Pematuhan Standard (JIPS).
•Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM).
•Biro Pengaduan Awam (BPA).
3. Dapatkan Bantuan Undang-Undang
Mangsa dinasihatkan untuk:
•Mendapatkan khidmat peguam.
•Mendapatkan bantuan advokasi bagi mengelakkan kes “disenyapkan” atau dilengah-lengahkan.
Peranan Pusat Advokasi Rakyat
Pusat Advokasi Rakyat berperanan sebagai pembela orang awam, khususnya mangsa penyalahgunaan kuasa dan penindasan dalam sistem keadilan.
Antara peranan utama kami ialah:
✅ Nasihat & Panduan Undang-Undang
•Penerangan hak OKT secara jelas dan praktikal.
•Penilaian awal kes dan kebolehgunaan undang-undang.
✅ Penyediaan Dokumen & Aduan
Kronologi kes
•Surat aduan rasmi kepada agensi berkaitan.
•Penyusunan bukti agar lengkap dan berkesan.
✅ Advokasi & Perantara
•Membantu komunikasi dengan pihak berkuasa.
•Mengelakkan mangsa daripada diugut atau ditekan.
•Memastikan kes tidak ditutup tanpa siasatan wajar.
✅ Kesedaran & Perlindungan Awam
•Pendidikan hak orang awam.
•Pencegahan penyalahgunaan kuasa melalui advokasi berterusan.
Penganiayaan terhadap OKT dalam tahanan polis bukan perkara remeh dan bukan isu dalaman semata-mata. Ia adalah pelanggaran undang-undang yang menjejaskan keadilan, maruah manusia dan kepercayaan rakyat terhadap institusi negara. Mangsa tidak bersendirian dan tidak perlu berdiam diri.
Jika anda atau ahli keluarga mengalami penganiayaan semasa dalam tahanan polis, segera hubungi kami. Pusat Advokasi Rakyat bersedia membantu, membimbing dan memperjuangkan hak anda. Hubungi Pusat Advokasi Rakyat melalui talian nombor rasmi kami di 011-6964 4364 dengan segera untuk tindakan lanjut.
Selamat petang semua. Post ini di buat bagi tujuan menjawab segala tuduhan dan tohmahan yang kami terima sejak kebelakangan ini yang mengatakan kami sebagai scammer, penipu dan lain-lain lagi. Baik, kami terangkan secara terperinci yang kami merupakan sebuah pusat bantuan perundangan (baca: advokasi) yang membantu memberikan kefahaman kepada orang awam terutamanya pengguna mengenai hak-hak mereka yang dilindungi oleh undang-undang bagi setiap kes dan masalah berkaitan undang-undang yang dihadapi.
Kami juga merupakan pusat konsultasi dengan menawarkan perkhidmatan nasihat & konsultasi berkaitan perundangan, masalah kewangan terutamanya berkait rapat dengan masalah pinjaman wang berlesen, ahlong dan scammer dan setiap perkhidmatan yang disediakan oleh pihak kami ADA caj perkhidmatan yang akan dikenakan. Kami tidak pernah mengatakan bahawa kami ini pusat bantuan kerajaan atau memberikan bantuan secara percuma dan jika anda menghubungi kami, sebetulnya anda perlu tanya terlebih dahulu sebelum meminta bantuan.
Sejak kebelakangan ini, terdapat beberapa pihak yang cuba menjatuhkan kami dengan menuduh kami sebagai scammer, ejen ahlong dan sebagainya yang sememangnya satu tuduhan yang tidak berasas dan dengan tujuan yang jahat dan keji jadi kepada anda semua yang ragu akan kami, sila hubungi kami di talian yang tertera dibawah atau boleh terus berhubung dan berjumpa langsung dengan kami. Base kami di Sungai Udang, Melaka dan kami juga akan memberikan akses kepada firma guaman yang mempunyai kerjasama dengan kami yang sememangnya wujud, sah dan berlesen berlokasi di Klang, Selangor.
Kami tidak pernah melantik mana-mana pihak sebagai wakil kami dan kami cuma ada SATU SAHAJA nombor telefon yang boleh dihubungi di mana ianya tertera di page kami jadi jika anda dihubungi oleh mana-mana individu/pihak yang mengaku sebagai wakil daripada Pusat Advokasi Rakyat yang menggunakan profil dan nombor lain, maka jangan ragu dan tunggu terus sahaja block dan laporkan kepada kami dan pihak berkuasa. Akhir kata, jangan mulakan tuduhan melulu jika anda tidak mengenali atau mengetahui akan perkhidmatan kami dan kami mohon maaf jika terdapat kekeliruan yang berlaku sebelum ini, mungkin kesalahfahaman terjadi kerana kesilapan dalam komunikasi dan sila lawati page kami terlebih dahulu sebelum menghubungi dan memohon bantuan perundangan daripada kami.
Jadi, jika anda mempunyai masalah berkaitan dengan undang-undang, pinjaman wang berlesen atau haram atau sebarang pertanyaan dan nasihat, boleh hubungi kami segera dan SILA TANYA DULU SEBELUM MINTA BANTUAN KERANA KAMI BUKAN PUSAT BANTUAN KERAJAAN DAN ADA CAJ PERKHIDMATAN YANG DIKENAKAN BAGI SETIAP BANTUAN DAN PERKHIDMATAN, HARAP MAKLUM. Sekian, terima kasih.
Hubungi kami di talian :
Click here to claim your Sponsored Listing.