JAMU RATU beauty
11/01/2021
Minyak serai wangi sangat sesuai untuk wanita dalam pantang. Digunakan sebagai minyak urut. Minyak serai wangi ni tak panas.. Suam-suam kuku je.
Ia juga boleh dijadikan sebagai minyak urut bayi. Lepas sapu dengan minyak serai ni, bayi anda pasti akan terkentut-kentut, buang angin..😉
Bukan tu saja, minyak serai wangi ni boleh digunakan untuk semua golongan. Lenguh2 badan,kaki, cepat sangat hilang lepas sapu & urut-urut manja.
Nyamuk pun taknak dekat tau lepas sapu minyak ni. Baby pun tido lena.
Banyak sangat manfaat & khasiat minyak serai wangi suzyhoney ni. HARGA PUN RM16.90 SAHAJA. SEISI KELUARGA BOLEH GUNA.
Tak percaya...? Tengok la testimoni yg kami dapat dari pengguna kami.
😍
11/01/2021
⭐CONTEST kasih sayang ⭐
Hani nak bagi MINYAK SERAI kepada 2 orang ibu yang bertuah. 😍
SYARAT MUDAH SAHAJA ⤵️
1. Follow Fb hani
2. Like Page 👉
https://www.facebook.com/Agentsuzyhoney/
3. Set SEE FIRST dan screenshot letak kat komen..
4. Komen (saya perlukan minyak serai kerana...... (sambung ayat)
Dan tag seberapa ramai rakan
4.SHARE post ni
Pemenang akan dipilih alasan yang menarik dan tag paling ramai
Pemenang akan di umumkan kat page jamu ratu beauty.
Selamat Mencuba ! 🥰
06/01/2021
بسم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm
Khasiat Kecantikan Daun Pandan
👉Detoks 👇
Teh yang dibuat dari rebusan daun pandan atau daun pandan yang direndam boleh digunakan untuk detoks. Daun pandan memiliki kemampuan untuk membersihkan hati dari racun. Hasilnya boleh dilihat dari kulit yang lebih sehat dan berseri.
Untuk membuat satu gelas besar teh pandan, gunakan satu helai pandan berukuran besar yang sudah dicuci dan diikat simpul. Minumlah airnya dalam keadaan panas-panas. Jangan ditambah gula.
👉Kulit Kering, Berminyak dan Kusam 👇
Minyak esensial yang terkandung di dalam pandan boleh membantu meredakan pusing dan menenangkan pikiran. Selain itu wapnya juga boleh membantu membuka pori-pori yang tersumbat dan menghaluskan kulit.
Sediakan sebekas mangkuk kecil air rebusan pandan yang masih panas. Kemudian ikatkan kain di sekeliling kepala. Pastikan wajah sudah bersih dari makeup, kemudian tempatkan wajah di atas mangkuk kecil. Kira-kira 10 cm di atas mangkuk selama 2 sampai 3 minit.
👉Menghilangkan Komedo👇
Singkirkan komedo yang menebal dengan masker yang dibuat dari 1/2 sudu teh air perahan daun pandan, 1 sudu teh madu, 1 buah pisang, dan 1/4 sudu teh minyak zaitun. Boleh juga ditambahkan 1/2 sudu makan air limau nipis.
Haluskan semua bahan dan campur hingga menjadi pasta pekat. Terapkan pada wajah yang sudah dibersihkan dari makeup. Setelah itu biarkan selama 15 minit dan bilas dengan air sejuk.
👉Mengangkat Kulit Mati👇
Daun pandan yang sudah dihaluskan boleh difungsikan sebagai body scrub yang cukup efektif untuk mengangkat kulit mati. Cuci bersih pandan, kemudian dikisar atau tumbuk hingga lumat. Setelah itu campur dengan madu atau minyak zaitun. Gunakan untuk menggosok kulit tubuh yang perlu eksfolias. Gosok dengan gerakan melingkar, kemudian biarkan selama 3 minit. Setelah itu bilas tubuh dengan air biasa. Kulit akan terasa lebih lembut dan bercahaya dalam waktu singkat.
👉Membantu Pengubatan Panu👇
panu adalah yang ditandai dengan bercak putih di permukaan kulit. Masalah kulit ini boleh mengakibatkan rasa gatal dan mengurangi nilai estetika penampilan. Daun pandan boleh membantu mengatasinya.
Tumbuk daun pandan sampai benar-benar halus. Kemudian perah patinya dan tambah sedikit garam. Minum airnya sehari sekali sampai tiga hari.
👉Mengatasi Kelemumur👇
Haluskan 10 helai daun pandan segar yang sudah dicuci, kemudian campur dengan 100 ml air. Sapukan campuran tersebut ke seluruh kulit kepala. Biarkan selama 30 menit sebelum dibilas dengan air.
Lakukan perawatan rambut dengan air daun pandan secara teratur. Ramuan ini juga boleh membantu menyuburkan rambut.
👉Menghitamkan Rambut👇
Potong 7 helai daun pandan dan rebus dengan 1 gelas air. Biarkan airnya mengembun sepanjang malam.
Jika Anda memiliki buah mengkudu/buah noni, Anda campurkannya dengan air pandan diwaktu pagi semasa nak gunakan dan gosok ke kulit kepala Anda. Lakukan secara teratur agar hasilnya terlihat.
👉Mencegah Gugur👇
Anda hanya perlu menyiapkan 1 helai daun pandan, 10 daun bunga raya, 10 bunga melati, dan 1 bunga mawar. Semua bahan dicuci, kemudian dimasukkan ke dalam bekas aluminium. Tambahkan setengah cawan minyak kelapa, minyak bijan dan minyak buah keras. Rebus campuran sampai mendidih dan kemudian tapis. "Biarkan sejuk"
Gosokkan ramuan ke rambut dan kulit kepala biar rata dan bungkus dengan kain. Lakukan malam sebelum tidur. Keesokan harinya bilas dengan air biasa dan ramas dengan sampo seperti biasa. Lakukan perawatan ini secara teratur, 2-3 kali seminggu.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Website
Address
Malacca City
75450