Harukah Daily

Harukah Daily

Share

10/06/2026

Ramai yang masih tertanya-tanya tentang fungsi sebenar OSC Khas dalam proses kelulusan pembangunan.

Secara asasnya, setiap permohonan pembangunan akan dinilai melalui OSC (One Stop Centre) yang dipengerusikan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur berdasarkan pelan tempatan, ulasan teknikal serta peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

Sebelum ini, bagi pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan OSC, rayuan boleh dibawa ke OSC Khas yang dipengerusikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan.

Namun, pendekatan ini kini tidak lagi diteruskan. Ini kerana terdapat pandangan bahawa kewujudan OSC Khas boleh menimbulkan persepsi campur tangan dalam proses keputusan teknikal pembangunan.

Keputusan berkaitan pembangunan bandar seharusnya berasaskan penilaian profesional pegawai teknikal serta dokumen dasar yang jelas, tanpa lapisan tambahan yang boleh menimbulkan keraguan terhadap integriti sistem.

Sehubungan itu, OSC Khas tidak lagi akan dipanggil bersidang dan cadangan pemansuhannya akan dibawa ke Jemaah Menteri.

Langkah ini diambil bagi memastikan proses yang lebih telus, kurang birokrasi dan meningkatkan akauntabiliti dalam sistem kelulusan pembangunan bandar.

Video Asal : Hannah Yeoh

10/06/2026

PH Pertahan Prinsip Integriti Demi Malaysia MADANI

Video Asal : MalaysiaPMO

Want your business to be the top-listed Media Company in Machang?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Website

Address

Machang