Laman Rasmi SK Lahad Datu II

Laman Rasmi SK Lahad Datu II

Share

11/03/2026

Jemputan kepada ibu bapa/penjaga murid SK Lahad Datu II untuk menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK Lahad Datu II yang akan berlangsung hari sabtu ini (14 Mac 2026) bermula jam 8.00 pagi bertempat di Dewan Kiranasari.

Photos from Laman Rasmi SK Lahad Datu II's post 07/03/2026

7 MAC 2025

PROGRAM INFAQ RAMADAN SK LAHAD DATU II TAHUN 2026

Lebih kurang 1000 bekas bubur kacang hijau berjaya diagihkan kepada masjid-masjid sekitar kawasan sekolah dan pengguna jalan raya di hadapan kawasan sekolah pada Program Infaq Ramadan SK Lahad Datu II anjuran Kelab Guru dan Staf SK Lahad Datu II dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Lahad Datu II pada tahun ini.

Program tahunan kali kedua yang dianjurkan pada hari ini dibuat bagi mencapai objektif dalam usaha mengeratkan hubungan silaturahim melalui amalan gotong-royong melibatkan semua warga sekolah dan AJK PIBG bagi memastikan proses penyediaan sehingga pengagihan berjalan lancar.

Selain itu, program ini juga dibuat bagi menggalakkan amalan bersedekah pada bulan Ramadan yang mulia ini melalui amalan berkongsi rezeki dengan penduduk setempat di sekitar kawasan sekolah.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua guru-guru, staf sokongan, AJK PIBG, orang perseorangan dan semua yang terlibat dari segi sumbangan wang ringgit dan tenaga dalam memastikan program pada hari berjalan lancar. Kepada yang menerima, selamat menikmati bubur kacang hijau yang telah kami sediakan. Salam Ramadan daripada kami warga SK Lahad Datu II ☺️❤️

03/02/2026

SK LAHAD DATU II menyokong & menjayakan Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026-2035 ✨✨✨✨

SK LAHAD DATU II ber “MATLAMAT”


11/12/2025

📣 SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK SK LAHAD DATU II 🦸‍♂️✨

Semua warga SK Lahad Datu II dijemput hadir ke Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia yang akan diadakan:

📅 Hari/Tarikh: Sabtu, 13 Disember 2025
⏰ Masa: 6:40 pagi – 1:00 petang
📍 Tempat: SK Lahad Datu II
🦸🏻 Tema Pakaian: Adiwira

Pelbagai aktiviti dan booth menarik disediakan kepada semua termasuk mini games hub, rumah hantu, belon buih & belon dart serta macam-macam lagi 🎪🤹🏻‍♂️🎟️

Jom datang memeriahkan majlis dengan kostum adiwira anda 🥷🏻🦸🏻🦹🏻‍♂️ Hadiah menarik turut menanti anda 🎁🪅

Photos from Laman Rasmi SK Lahad Datu II's post 15/11/2025

14 NOVEMBER 2025

MAJLIS APRESIASI KHATAM AL-QURAN MURID TAHUN 6 BAGI TAHUN 2025

Pada hari ini, seramai 84 orang murid tahun 6 yang telah berjaya khatam Al-Quran diraikan dalam majlis gilang gemilang yang dirasmikan oleh Encik Mardi bin Arifin, Pegawai Tadbir Agama JHEAINS Daerah Lahad Datu.

Majlis ini bertujuan untuk memberi penghargaan kepada murid yang telah berjaya khatam Al-Quran sebelum tamat sesi persekolahan pada tahun ini. Turut diraikan ialah barisan guru-guru tasmik tahun 6 yang merupakan tulang belakang di sebalik kejayaan ini.

Pihak JHEAINS turut berbesar hati menyampaikan sumbangan kepada murid-murid terpilih dalam golongan asnaf yang berjaya khatam Al-Quran pada tahun ini. Majlis turut diserikan dengan buah tangan daripada pihak ibu bapa murid yang membawa bunga telur dan beraneka jenis makanan untuk dinikmati bersama semua tetamu yang hadir.

Turut hadir dalam majlis ini ialah Encik Samsuddin bin Sabirin, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Lahad Datu ; Encik Roslan bin Kiling, Yang Dipertua PIBG ; Encik Alimin bin Sarip, Guru Besar; semua barisan pentadbir sekolah, ibu bapa murid khatam Al-Quran dan pegawai daripada JHEAINS Lahad Datu.

15/11/2025

Training Recap RSAC x SKLD2 (Oktober 2025)

Venue : Sk Lahad Datu II
Jurulatih : Coach Jezron, Coach Ipah & Coach Ambali
Lawatan dari : Coach Benedict, Coach Eizlan & Coach Ken

Sekolah projek Juara RSAC (Sekolah Rendah)

10/11/2025

PEMAKLUMAN KEPADA IBU BAPA BERKENAAN WAKTU BALIK MURID SIDANG PETANG

Tempoh masa mengambil murid : 5.30 - 6.00 petang

Marilah kita bersama-sama dalam menjaga keselamatan, kebajikan dan disiplin murid ke arah sekolah yang ber MatLamat

10/11/2025

PEMAKLUMAN LARANGAN MELETAKKAN KENDERAAN DI HADAPAN SEKOLAH & PROSEDUR URUSAN IBU BAPA

📍Ibu bapa/penjaga dilarang sama sekali meletakkan kenderaan atau motorsikal di hadapan pagar sekolah semasa waktu pulang murid.

📍Pihak polis trafik boleh mengeluarkan saman mengikut peraturan lalulintas yang berkuatkuasa.

📍Ibu bapa/penjaga yang menghantar atau menjemput anak hanya dibenarkan di luar pagar sekolah sahaja.

📍Mana-mana ibu bapa yang ingin berurusan dengan pihak sekolah diwajibkan untuk mengisi borang memo yang disediakan di Pondok Keselamatan SK Lahad Datu II

Mari kita bersama dalam mengutamakan kesejahteraan dan keselamatan murid dan anak-anak kita di sekolah

Yang benar,
ROSLAN BIN KILING
YDP PIBG SK Lahad Datu II

03/11/2025

MAKLUMAN TARIKH PEMULANGAN DAN PENGAGIHAN BUKU TEKS MURID BAGI TAHUN 2025

📌 Pastikan buku teks yang telah dipinjam dipulangkan semula dalam keadaan yang baik.

📌 Buku teks yang hilang dan rosak perlulah diganti semula atau dibayar mengikut harga buku yang telah ditetapkan.

Photos from Laman Rasmi SK Lahad Datu II's post 03/11/2025

BERIKUT DILAMPIRKAN SENARAI NAMA MURID TAHUN 1 SK LAHAD DATU II BAGI SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2026

SENARAI NAMA TAHUN 1 INI BOLEH JUGA DIRUJUK DI SEBELAH PONDOK PENGAWAL KESELAMATAN SEKOLAH BERMULA PADA TARIKH 04.11.2025

UNTUK MAKLUMAN, PENDAFTARAN MURID TAHUN 1 SESI 2026 AKAN DIADAKAN PADA 18.12.2025

SEBARANG PERTANYAAN BOLEH TERUS BERHUBUNG DENGAN PUAN DAYANG DI PEJABAT AM SEKOLAH.

Photos from Laman Rasmi SK Lahad Datu II's post 03/11/2025

JADUAL LATIHAN RUMAH SUKAN SEMPENA KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN (KOT) SK LAHAD DATU II TAHUN 2025

Want your school to be the top-listed School/college in Lahad Datu?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Website

Address

Peti Surat, 91119
Lahad Datu
61047