APM Lahad Datu

APM Lahad Datu

Share

Photos from Angkatan Pertahanan Awam Malaysia - APM Negeri Sabah's post 05/05/2026

Tahniah dan syabas diucapkan 👏🏻👏🏻👏🏻🫡

01/05/2026

YAS KPj. (PA) Mohammad Abiddin bin Abd Rahman, Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan seluruh warga kerja APM mengucapkan Selamat Menyambut Hari Pekerja kepada seluruh rakyat Malaysia terutamanya bagi pegawai dan anggota APM yang sentiasa bersedia berkhidmat dalam menjalankan tugas.

Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua pegawai dan anggota APM atas usaha dan komitmen yang tinggi dalam memberikan perkhidmatan dalam landasan yang terbaik kepada seluruh rakyat Malaysia.

"PEKERJA MADANI KESUMA BANGSA"

Jabatan Perdana Menteri

**

Photos from APM Lahad Datu's post 09/04/2026

TAHNIAH & SYABAS: APM LAHAD DATU TERIMA PENGHARGAAN ESSCOM

: 9 April 2026 | Satu detik bermakna buat warga Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Lahad Datu apabila dijemput hadir memeriahkan Sambutan Ulang Tahun Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) yang ke-13.

Majlis yang penuh gilang-gemilang ini telah berlangsung di Dewan Markas Operasi Pasukan Polis Marin (PPM), Lahad Datu.

Dalam majlis tersebut, APM Lahad Datu telah dianugerahkan Sijil Penghargaan sebagai tanda pengiktirafan atas komitmen yang tidak berbelah bahagi serta kerjasama erat yang diberikan kepada pihak ESSCOM dalam memastikan kesejahteraan dan keselamatan komuniti terus terpelihara. Sijil tersebut telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Dr. Haji Jamaluddin bin Mohd. Ali, Ketua Eksekutif ESSCOM bersama YDH DCP Datuk Victor Sanjos, Komander ESSCOM.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pihak ESSCOM atas kepercayaan dan pengiktirafan ini. Semoga sinergi antara APM dan ESSCOM terus utuh demi kedaulatan dan keharmonian Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE).

​"Sedia, Pantas, Berintegriti"

Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia - APM Negeri Sabah

07/04/2026

CARA-CARA UNTUK ANAK ANDA ELAK DARI DIJANGKITI STROK HABA

Berikut adalah maklumat mengenai cara-cara yang boleh anda lakukan bagi mengelakkan anak anda dijangkiti strok haba. Antaranya seperti berikut :-

1. Pastikan anak anda minum air secukupnya
2. Jangan tinggalkan anak anda di dalam kereta
3. Elakkan melakukan aktiviti berat di waktu tengah hari
4. Pilih pakaian yang sesuai
5. Pantau tanda-tanda awal anak anda jika dijangkiti strok haba

Teruskan bersama kami bagi mendapatkan maklumat yang sahih dan tepat.

Disediakan oleh :
Cawangan Perhubungan Awam dan Dokumentasi,
Ibu Pejabat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)

Want your organization to be the top-listed Government Service in Lahad Datu?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Address

Lahad Datu