Jabatan Kebajikan Masyarakat W.P Labuan
08/04/2026
Sesi Libat Urus bersama Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Masyarakat (JKM) & Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) W.P Labuan
Satu sesi libat urus telah diadakan bersama Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Masyarakat (JKM) W.P Labuan yang melibatkan Pengarah JKM Labuan, pegawai-pegawai daripada Bahagian OKU dan Warga Emas, serta wakil Ahli Jawatankuasa Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE). Pihak PERKESO p**a diwakili oleh Talent Lead, Pegawai SFG2 serta Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan Negeri Sabah.
Tujuan utama sesi ini adalah untuk meneroka peluang kerjasama strategik dalam membantu golongan OKU dan warga emas, khususnya dari aspek sokongan serta penempatan pekerjaan.
Hasil daripada perbincangan yang dijalankan, pihak JKM memberikan maklum balas yang sangat positif dan menyatakan sokongan terhadap usaha yang digerakkan oleh PERKESO. Antaranya, pihak JKM bersetuju memberi keizinan kepada PERKESO untuk meletakkan bahan promosi serta maklumat berkaitan perkhidmatan pekerjaan di kaunter setiap Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) bagi meningkatkan capaian maklumat kepada kump**an sasar.
Selain itu, perbincangan turut merangkumi cadangan pelaksanaan Seminar Advokasi yang akan diadakan di W.P Labuan, dengan perincian lanjut akan dibincangkan dari semasa ke semasa.
Dalam masa yang sama, perancangan turut dibuat untuk melaksanakan program taklimat berkaitan PERKESO serta sesi profiling di Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE). Tarikh pelaksanaan program akan dimaklumkan oleh Pengerusi PAWE W.P Labuan.
Secara keseluruhannya, sesi libat urus ini membuka ruang kerjasama yang lebih kukuh antara PERKESO, JKM dan PAWE dalam memperluaskan akses kepada peluang pekerjaan serta sokongan berterusan kepada golongan OKU dan warga emas.
19/03/2026
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,
Dengan penuh rasa kesyukuran, sempena kedatangan Hari Raya Aidilfitri 1447H / 2026M, kami warga kerja Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Labuan ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua.
Semoga Syawal yang mulia ini membawa keberkatan, kebahagiaan dan kesejahteraan kepada kita semua, serta mengeratkan lagi silaturahim yang sedia terjalin.
PROGRAM JATI (Jalinan, Amal, Tolong-Menolong, Ihsan) UNIT PERINTAH KHIDMAT MASYARAKT (PKM) JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT W.P. LABUAN 2026
π
Tarikh: 07 Mac 2026 (Sabtu)
β° Masa: 8.00 pagi β 5.00 petang
π Tempat: Dewan Nur JKM Labuan, Surau Al-Mubarak Kg. Sungai Bangat & PPS JKM Labuan
π₯ Anjuran: Unit Perintah Khidmat Masyarakat (PKM) JKM W.P. Labuan
Program JATI 2026 telah berjaya dilaksanakan dengan kerjasama Unit PKM, Pasukan Kebajikan Kanak-Kanak (PKKK) dan Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak (JPKK). Program ini melibatkan 2 pegawai PKM, 6 ahli PKKK, 5 pegawai JPKK, 4 pelatih PKM serta 10 pesalah akhlak kanak-kanak di bawah seliaan JPKK.
Antara pengisian program ialah sesi ice breaking yang dikendalikan oleh Puan Amilisah Laisang Penyelia Lapangan PKM bagi mewujudkan suasana mesra serta meningkatkan interaksi antara peserta, diikuti ceramah agama bertajuk βAl-Quran Pedoman Kehidupan dan Transformasi Diriβ serta sesi Tadarus dan Tadabbur Al-Quran yang disampaikan oleh Ustaz Syazreel bin Junit dari Pusat Koreksional Labuan.
Seterusnya, pelatih PKM menjalankan aktiviti khidmat bakti membersihkan Surau Al-Mubarak Kampung Sungai Bangat. Dalam masa yang sama, pelatih PKM dan pesalah akhlak kanak-kanak mengikuti saringan kesihatan remaja oleh KafeTEEN LPPKN Labuan serta sesi perkongsian ilmu oleh Encik Ahmad Radzi bin Abd Halim.
Pada sebelah petang, pelatih PKM bersama ahli PKKK melaksanakan aktiviti memasak bubur jagung sebelum dibungkus dan diagihkan kepada 5 buah surau dan masjid terpilih. Program diakhiri dengan penyerahan bubur jagung, kuih raya dan makanan berbuka kepada pelatih PKM serta pesalah akhlak kanak-kanak.
Program ini bertujuan memperkukuh jaringan kerjasama komuniti, memupuk nilai kerjasama dan tanggungjawab sosial serta menyokong proses pemulihan dan reintegrasi sosial pelatih agar dapat kembali ke masyarakat sebagai individu yang lebih positif dan bertanggungjawab.
Disediakan oleh:
Unit Perintah Khidmat Masyarakat
JKM W.P. Labuan.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the organization
Telephone
Website
Address
Labuan
87022
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 17:00 |
| Tuesday | 08:00 - 17:00 |
| Wednesday | 08:00 - 17:00 |
| Thursday | 08:00 - 17:00 |
| Friday | 08:00 - 17:00 |