JKKP / DOSH WP Labuan
21/05/2026
[ MAKLUMAN ] ⚠️
🪑 Apa itu ergonomik?
Ergonomik ialah penyesuaian persekitaran kerja mengikut keselesaan dan keupayaan pekerja bagi mengurangkan risiko kecederaan, keletihan serta gangguan kesihatan semasa bekerja.
💻 Konsep Peraturan 20-20-20
Penggunaan komputer atau telefon dalam tempoh yang lama boleh menyebabkan keletihan mata dan gangguan penglihatan.
📌 Cara amalan 20-20-20:
⏱️ Setiap 20 minit
👀 Alihkan pandangan ke objek sejauh 20 kaki (±6 meter)
⌛️ Selama 20 saat
Amalan ini membantu merehatkan otot mata serta mengurangkan keletihan semasa bekerja.
✅ Pastikan posisi duduk yang betul
✅ Laraskan kerusi dan skrin komputer dengan sesuai
✅ Elakkan duduk terlalu lama tanpa melakukan regangan
⚠️ Jangan abaikan isu ergonomik di tempat kerja!
Persekitaran kerja yang selesa dan ergonomik dapat membantu meningkatkan kesihatan, fokus serta produktiviti pekerja.
📖 Sumber:
Garis Panduan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Bagi Kerja Dengan Peralatan Skrin Paparan 2024 boleh didapati melalui:https://dosh.gov.my/wp-content/uploads/2026/04/Garis-Panduan-KKP-Bekerja-Dengan-Peralatan-Skrin-Paparan.pdf
Dunia pekerjaan semakin berubah, dan pekerja gig kini memainkan peranan penting dalam ekonomi negara.
Akta Pekerja Gig 2025 diperkenalkan bagi memperkukuh perlindungan, kebajikan dan hak pekerja gig supaya masa depan mereka lebih terjamin.
Daripada aspek keselamatan sosial, kebajikan, hingga ke hak pekerjaan yang lebih jelas, akta ini menjadi langkah penting dalam memastikan pekerja gig mendapat pengiktirafan dan perlindungan yang sewajarnya selari dengan perkembangan ekonomi digital masa kini.
Ketahui lebih lanjut mengenai Akta Pekerja Gig 2025 di: https://www.mohr.gov.my/aktapekerjagig2025/
20/05/2026
Click here to claim your Sponsored Listing.
Contact the hotel
Telephone
Website
Address
Labuan
87000
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 17:00 |
| Tuesday | 08:00 - 17:00 |
| Wednesday | 08:00 - 17:00 |
| Thursday | 08:00 - 17:00 |
| Friday | 08:00 - 17:00 |