Public Gold Labuan

Public Gold Labuan

Share

15/02/2026

APA ITU AUTO DEBIT GAP?

Ia merupakan kaedah yang sesuai bagi mereka yang mahu menyimpan emas secara KONSISTEN tetapi kerap TERLUPA untuk buat pembelian.

Kelebihan auto debit GAP ialah:

1️⃣ Forgotten savings. Simpan dan lupakan. Tahu-tahu dah banyak gram dalam akaun. Boleh fizikalkan, jual ataupun gadai mengikut keperluan.

2️⃣ Mudah. Set sekali, sistem akan buat secara automatik selama minimum 12 bulan. Nak lagi lama pun boleh.

3️⃣ Paksa diri menyimpan dahulu, baru berbelanja. Amat digalakkan untuk mereka yang boros.

4️⃣ Gram emas dalam akaun pasti bertambah setiap bulan. Penyimpan emas yang berjaya adalah yang menambah simpanan emas secara konsisten.

5️⃣ Tidak perlu bazir emosi dengan naik turun harga emas, sebab lebih fokus pada penambahan gram. Kalau harga emas rendah dan ada duit lebih, boleh saja tambah gram emas pada bila-bila masa.

6️⃣ Berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah setiap bulan. Kalau bulan ni tak menang, penyertaan akan ditambah ke bulan hadapan bererti bulan hadapan akan ada 2 penyertaan kalau buat auto debit sebanyak RM200. Penerangan lanjut di Terma dan Syarat cabutan bertuah auto debit GAP Public Gold.

11/02/2026

Gold Bar 20gm ini saya beli pada tahun 2012 dengan harga RM3,160.

Hari ini, harga 20gm emas ialah RM13,759 ❤️

📈 Kenaikan: RM10,599

Namun, itu bukan sebab utama saya menyimpan emas.

🎯 Tujuan sebenar saya menyimpan emas, ialah supaya duit saya tidak susut nilai dimakan inflasi.

💡 Jika RM3,160 itu saya simpan dalam bentuk duit kertas sejak 2012,
hari ini kuasa belinya mungkin tinggal separuh atau lebih rendah.

➡️ Emas melindungi nilai duit kita.

Untung kenaikan harga itu bonus,
tetapi yang jauh lebih penting —
kuasa beli saya masih kekal.

Dan ya,
masa beli dahulu pun saya pernah rasa:
“Macam mahal dah… harga emas ni rasanya tak naik lagi.”

Hakikatnya?
📊 Harga emas terus naik saban tahun.

Bukan kerana spekulasi,
tetapi kerana emas ialah penyimpan nilai sebenar sepanjang zaman.

Culinary Team

Attire

Telephone

Website