KHTP Skills Centre

KHTP Skills Centre

Share

Photos from KHTP Skills Centre's post 12/06/2026

๐Ÿ๐Ÿ•๐Ÿ ๐๐„๐‹๐€๐“๐ˆ๐‡ ๐‡๐€๐ƒ๐ˆ๐‘๐ˆ ๐’๐„๐’๐ˆ ๐“๐„๐Œ๐”๐ƒ๐”๐†๐€ ๐๐„๐Š๐„๐‘๐‰๐€๐€๐

๐Ÿ๐Ÿ ๐‰๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” | ๐Š๐‡๐“๐ ๐’๐Š๐ˆ๐‹๐‹๐’ ๐‚๐„๐๐“๐‘๐„

Seramai 172 orang pelatih telah menghadiri sesi temuduga pekerjaan yang berlangsung pada 11 Jun 2026 di Learn Lab, KHTP Skills Centre.

Tahniah atas kesungguhan yang ditunjukkan sepanjang sesi berlangsung. Semoga segala usaha yang dicurahkan membuahkan hasil dan membuka lembaran baharu dalam perjalanan kerjaya masing-masing.

10/06/2026

๐ŸŽฅ ๐‘๐š๐ง๐ ๐ค๐ฎ๐ฆ๐š๐ง ๐‹๐š๐ฐ๐š๐ญ๐š๐ง ๐’๐Œ๐Š ๐‹๐š๐›๐ฎ ๐๐ž๐ฌ๐š๐ซ ๐ค๐ž ๐Š๐‡๐“๐ ๐’๐ค๐ข๐ฅ๐ฅ๐ฌ ๐‚๐ž๐ง๐ญ๐ซ๐ž

KHTP Skills Centre berbesar hati menerima kunjungan 36 orang pelajar dari SMK Labu Besar pada 10 Jun 2026.

Lawatan ini memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai bidang TVET, kemudahan latihan serta peluang kerjaya melalui sesi taklimat dan lawatan ke fasiliti latihan KHTP Skills Centre.

Terima kasih kepada pihak SMK Labu Besar dan guru pengiring atas kunjungan ini. Semoga pengalaman yang diperoleh menjadi inspirasi untuk masa depan para pelajar.

Photos from KHTP Skills Centre's post 10/06/2026

๐‹๐€๐–๐€๐“๐€๐ ๐’๐„๐Š๐Ž๐‹๐€๐‡ ๐Œ๐„๐๐„๐๐†๐€๐‡ ๐Š๐„๐๐€๐๐†๐’๐€๐€๐ ๐‹๐€๐๐” ๐๐„๐’๐€๐‘ ๐Š๐„ ๐Š๐‡๐“๐ ๐’๐Š๐ˆ๐‹๐‹๐’ ๐‚๐„๐๐“๐‘๐„

๐Ÿ๐ŸŽ ๐‰๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” | ๐Š๐‡๐“๐ ๐’๐Š๐ˆ๐‹๐‹๐’ ๐‚๐„๐๐“๐‘๐„

KHTP Skills Centre berbesar hati menerima kunjungan seramai 36 orang pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Labu Besar (SMKLB) pada 10 Jun 2026 (Rabu).

Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai peluang pendidikan dan kerjaya dalam bidang TVET serta memperkenalkan kemudahan latihan yang terdapat di KHTP Skills Centre. Para pelajar turut berpeluang melawat beberapa fasiliti utama termasuk Makmal Simulator CNC, Makmal Robotik dan Fasiliti Production bagi melihat sendiri suasana pembelajaran dan aplikasi teknologi dalam industri.

Sesi taklimat dan pengenalan program telah disampaikan oleh Encik Suhardi bin Mohd, yang berkongsi maklumat berkaitan program latihan, laluan kerjaya serta peluang yang ditawarkan kepada lepasan sekolah.

KHTP Skills Centre merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak SMKLB, para guru pengiring serta semua pihak yang terlibat dalam menjayakan lawatan ini. Semoga lawatan ini dapat memberi inspirasi dan membuka lebih banyak peluang kepada para pelajar dalam merancang masa depan mereka.

Photos from KHTP Skills Centre's post 09/06/2026

๐๐”๐‘๐“๐”๐‘๐„ ๐ƒ๐„๐•๐„๐‹๐Ž๐๐Œ๐„๐๐“ ๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ๐Œ๐„ (๐๐ƒ๐)

๐Ÿ“-๐Ÿ• ๐‰๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” | ๐“๐‡๐„ ๐‰๐„๐‘๐€๐ˆ ๐‡๐Ž๐“๐„๐‹, ๐’๐”๐๐†๐€๐ˆ ๐๐„๐“๐€๐๐ˆ

Program Nurture Development Programme (NDP) telah berjaya dilaksanakan di The Jerai Hotel dengan penyertaan seramai 70 orang pelatih KHTP Skills Centre.

Sepanjang program berlangsung, para pelatih telah mengikuti pelbagai aktiviti yang menarik, interaktif dan mencabar bagi memperkukuh keyakinan diri, memupuk semangat kerja berpasukan serta meningkatkan kemahiran pembangunan diri.

Program ini bukan sahaja memberi pendedahan baharu kepada para pelatih, malah turut menjadi platform untuk membina hubungan yang lebih erat, meningkatkan kemahiran insaniah dan melahirkan individu yang lebih bersedia menghadapi cabaran masa hadapan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga segala pengalaman, ilmu dan nilai positif yang diperoleh sepanjang program menjadi bekalan serta inspirasi kepada para pelatih dalam mencapai kecemerlangan pada masa hadapan.

Photos from KHTP Skills Centre's post 08/06/2026

๐Š๐‡๐“๐ ๐’๐Š๐ˆ๐‹๐‹๐’ ๐‚๐„๐๐“๐‘๐„ ๐๐€๐๐†๐†๐€ ๐Œ๐„๐๐‰๐€๐ƒ๐ˆ ๐’๐„๐๐€๐‡๐€๐†๐ˆ๐€๐ ๐ƒ๐€๐‘๐ˆ๐๐€๐ƒ๐€ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐“๐•๐„๐“ ๐๐„๐†๐€๐‘๐€ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

๐Ÿ“-๐Ÿ• ๐‰๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” | ๐ƒ๐€๐“๐€๐‘๐€๐ ๐๐”๐“๐‘๐€๐‰๐€๐˜๐€

KHTP Skills Centre berbesar hati menyertai sambutan Hari TVET Negara 2026 sebagai salah satu pempamer yang berlangsung di Dataran Putrajaya pada 5 hingga 7 Jun 2026. Penyertaan ini menjadi platform penting untuk memperkenalkan program latihan kemahiran TVET yang ditawarkan di samping mengetengahkan hasil projek serta inovasi yang dihasilkan oleh para pelatih kepada masyarakat umum dan pihak industri.

Antara detik yang paling membanggakan sepanjang program ini ialah apabila Cik Aida binti Zainol Abidin, Pengarah Eksekutif KHTP Skills Centre, berpeluang menyampaikan plak penghargaan kepada YAB Datoโ€™ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia, sempena sambutan Hari TVET Negara 2026.

Selain itu, reruai KHTP Skills Centre turut menerima kunjungan YAB Datoโ€™ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Pengerusi Majlis TVET Negara (MTVET). Kunjungan tersebut memberikan peluang kepada pihak KHTP Skills Centre untuk berkongsi maklumat mengenai program latihan yang ditawarkan serta mempamerkan hasil projek dan inovasi yang dibangunkan oleh para pelatih.

KHTP Skills Centre merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Sekretariat Majlis TVET Negara, barisan jawatankuasa penganjur, serta semua pihak yang telah memberikan peluang dan sokongan dalam menjayakan penyertaan di Hari TVET Negara 2026.

Semoga usaha memperkasa pendidikan dan latihan teknikal serta vokasional (TVET) terus diperkukuhkan bagi melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi yang mampu memenuhi keperluan industri serta menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan kemajuan negara.

TVET Pilihan Utama Kerjaya!

Photos from KHTP Skills Centre's post 05/06/2026

Aktiviti senaman aerobik bersama pelatih dan kakitangan KHTP Skills Centre berlangsung dengan penuh semangat dan tenaga positif ๐Ÿ’ชโœจ

Terima kasih dan tahniah kepada semua yang memberikan kerjasama serta komitmen terbaik sepanjang aktiviti dijalankan.

Photos from KHTP Skills Centre's post 05/06/2026

๐Ÿ๐Ÿ ๐๐„๐‹๐€๐“๐ˆ๐‡ ๐Œ๐„๐Œ๐”๐‹๐€๐Š๐€๐ ๐๐„๐‘๐‰๐€๐‹๐€๐๐€๐ ๐ƒ๐€๐‹๐€๐Œ ๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐“๐„๐Š๐๐Ž๐‹๐Ž๐†๐ˆ ๐๐„๐Œ๐๐”๐€๐“๐€๐

๐Ÿ’ ๐‰๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” | ๐Š๐‡๐“๐ ๐’๐Š๐ˆ๐‹๐‹๐’ ๐‚๐„๐๐“๐‘๐„

Pada 4 Jun 2026, telah berlangsung sesi pendaftaran dan taklimat program Teknologi Pembuatan di LearnLab, KHTP Skills Centre yang melibatkan seramai 22 orang pelatih bersama waris masing-masing.

Program dimulakan dengan sesi pendaftaran sebelum diteruskan dengan ucapan aluan dan sesi taklimat berkaitan perjalanan program, peraturan, disiplin, kemudahan yang disediakan serta persediaan yang perlu dilakukan oleh para pelatih sepanjang tempoh latihan.

Turut hadir menyampaikan ucapan dan amanat kepada para pelatih ialah Cik Aida Zainol Abidin, Pengarah Eksekutif Kulim Advanced Technologies Sdn. Bhd (KTechno) dan YBrs. Puan Nordina Haron, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Kebajikan Negara (YKN). Para pelatih turut diberi pendedahan mengenai peluang pembangunan kemahiran serta prospek kerjaya dalam bidang teknologi pembuatan.

Diharapkan program ini menjadi langkah permulaan yang baik dalam melahirkan tenaga kerja mahir, berdisiplin dan berdaya saing, selaras dengan keperluan industri masa kini.

Selamat maju jaya kepada semua 22 orang pelatih dalam memulakan perjalanan baharu ke arah kecemerlangan kemahiran dan kerjaya.

26/05/2026

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1447H โœจ
Semoga Aidiladha kali ini membawa keberkatan, ketenangan serta mengeratkan silaturahim sesama kita.

26/05/2026

Salam Hari Arafah 1447 Hijrah ๐ŸŒ™

Semoga amal ibadah kita diterima serta dipenuhi keberkatan dan rahmat daripada Allah SWT. ๐Ÿค

KHTP Skills Centre 25/05/2026

๐Ÿ”ฅ KHAS UNTUK ANAK PERAK! ๐Ÿ”ฅ

Nak belajar skill industri & terus ada peluang kerja? ๐Ÿ‘จ๐Ÿปโ€๐Ÿญโš™๏ธ

Jom sertai Program Teknologi Pembuatan di KHTP Skills Centre!

โœ… Ditaja 100%
โœ… Elaun bulanan
โœ… Penginapan disediakan
โœ… Penempatan pekerjaan

Latihan hanya 3 bulan untuk masa depan yang lebih cerah โœจ

๐Ÿ“ KHTP Skills Centre, Kulim Hi-Tech Park

KHTP Skills Centre

Want your school to be the top-listed School/college in Kulim?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Address

1st Floor, KHTP Techno Centre, Kulim Hi-Tech Park
Kulim
09090

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:30
Tuesday 08:30 - 17:30
Wednesday 08:30 - 17:30
Thursday 08:30 - 17:30
Friday 08:30 - 17:30