Hub Commerce PTSB

Hub Commerce  PTSB

Share

Photos from Hub Commerce  PTSB's post 19/11/2025

Konsultasi JP di KK Bayan Baru telah dijalankan pada 19 November 2025. Pegawai dari JP Puan Norisah Ahmad Shaffie dan Puan Sabariah Othman telah berjaya memberikan pendekatan untuk pelajar KKBB untuk melanjutkan pelajaran di PTSB dalam bidang pemasaran atau pengurusan perniagaan. Diharapkan ia memberikan informasi yang boleh membantu mereka membuat pilihan.

Tahniah team promosi.

13/11/2025

Tahniah Puan Nur Eliza Mokhtar

MESYUARAT KOLABORASI ANTARA PTSB DAN KOPERASI PENYAYANG BAKTI BERHAD

2 November 2025 | Satu mesyuarat kolaborasi antara Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) dan Koperasi Penyayang Bakti Berhad telah diadakan di PTSB bagi membincangkan pelbagai inisiatif ke arah memperkukuh kerjasama strategik dalam bidang keusahawanan.

Mesyuarat tersebut dihadiri oleh Pengarah PTSB, Puan Hajah Norlili Juwita binti Arshad, Encik Ahmad Syammil bin Zurkarnain (Pengerusi Koperasi Penyayang Bakti Berhad), Dr. Mohd Nor Azam bin Mohd Dali (Timbalan Pengarah Akademik), Dr. Hj. Samsul bin Abd Rashid (Timbalan Pengarah Sokongan Akademik), Puan Wan Norsariza binti Wan Husin (Ketua Unit Keusahawanan dan Kerjaya Siswa – KUKES), Sr Norhayati binti Yusof (Wakil Kolaborasi UKES), Puan Nur Eliza binti Mokhtar (Pengerusi Koperasi PTSB), Puan Nurhaida binti Abdullah Hadi (Ketua Unit CISEC), serta Encik Md. Ashraf bin Mohamed (Wakil CISEC).

Hasil perbincangan turut merujuk kepada perkembangan terkini, di mana kedua-dua pihak telah menandatangani Letter of Intent (LoI) pada 22 September 2025 sebagai tanda persetujuan awal untuk menjalin kerjasama rasmi pada masa akan datang.

Walau bagaimanapun, program usahasama antara kedua-dua pihak masih berada pada peringkat perbincangan dan belum dimuktamadkan secara rasmi. Kedua-dua pihak bersetuju untuk mengadakan sesi perbincangan lanjut pada tarikh yang akan dimaklumkan kemudian bagi memperincikan bentuk pelaksanaan dan strategi kolaborasi yang lebih menyeluruh.

Mesyuarat ini mencerminkan komitmen bersama dalam memperkukuh ekosistem keusahawanan serta membuka ruang kepada lebih banyak peluang kolaborasi strategik antara institusi pendidikan dan industri ke arah pembangunan modal insan yang berdaya saing dan holistik.

Foto & Pemakluman:
SR NORHAYATI BINTI YUSOF
Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA)

Photos from Trash Hero Langkawi's post 13/11/2025
Want your organization to be the top-listed Government Service in Kulim?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Address

Kulim Hi-tech Park
Kulim
09000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00