PAPISMA Sarawak
20/03/2026
🌙 Selamat Hari Raya Aidilfitri 🌙
Dalam keheningan takbir yang bergema, hadirnya Syawal membawa seribu makna tentang pengorbanan, keikhlasan, kehambaan dan kasih sesama insan.
PAPISMA Sarawak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh ahli PAPISMA baik di Sarawak ataupun dimana-mana anda berada.
Di sebalik senyuman dan kemeriahan, marilah kita terus memaknai Aidilfitri dengan memperkukuhkan ukhuwah, menyantuni yang memerlukan, dan mengekalkan semangat memberi tanpa henti.
Semoga setiap amal dan pengorbanan sepanjang Ramadan diterima serta menjadi asbab keberkatan dalam kehidupan kita semua.
رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا صِيَامَنَا فِى رَمَضَان وَقِيَامَنَا وَرُكُوْعَنَا وَسُجُوْدَنَا بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحمِين
“Wahai Tuhan kami terimalah puasa kami dalam bulan Ramadan, solat kami, rukuk kami, sujud kami, Dengan rahmat-Mu wahai Dzat yang paling mengasihi di antara orang-orang yang mengasihi.”
Ikhlas daripada,
PAPISMA Sarawak
18/01/2026
SELAMAT MAJU JAYA
Selamat maju jaya PAPISMA Sarawak ucapkan kepada Puan Syahirah yang akan berpindah ke Semenanjung bagi menyambung pengajian PHD. Pengerusi PAPISMA Sarawak, Dr Shazrina mewakili PAPISMA Sarawak menyampaikan cenderahati tanda kenang-kenangan di Airport Kuching pagi ini sebelum beliau bertolak ke destinasi.
Untuk pengetahuan, Pn Syahirah merupanya MT PAPISMA Sarawak yang memegang jawatan Bendahari dan Dana Kemanusiaan PAPISMA (DAKAP) PAPISMA Sarawak sesi 2025-2027.
Selamat maju jaya dan terima kasih atas jasa serta bakti kepada PAPISMA Sarawak.
18/12/2025
PEMERIKSAAN KESIHATAN DI KAMPUNG IBAN SIOL KANDIS
Alhamdulillah PAPISMA Sarawak dijemput bagi menjalankan pemeriksaan kesihatan bersama penduduk Iban Siol Kandis. Suasana sangat meriah dengan pelbagai aktiviti menarik oleh orang kampung dan pihak penganjur.
Beberapa aktivitis PAPISMA Sarawak turut serta bagi membantu untuk slot kesihatan dalam masa yang sama memeriahkan lagi suasana program.
PAPISMA Sarawak komited dalam melaksanakan pemeriksaan kesihatan dan juga kesedaran tentang penjagaan kesihatan untuk masyarakat Sarawak khususnya.
Moga tahap kesedaran tentang kesihatan masyarakat kita semakin bertambah.
PAPISMA Sarawak
Click here to claim your Sponsored Listing.