Kesuda MPB 2024
05/06/2024
KARNIVAL SUKAN KESUDA 2024
Pada 7 hingga 8 Jun 2024 ini, KESUDA akan mengadakan Karnival Sukan KESUDA di Pejabat MPB Cawangan Sarikei yang mana sukan yang akan dimainkan adalah sukan bola sepak dan dart.
Sukan dart (kategori Lelaki & Perempuan) akan dilaksanakan di Pejabat MPB Cawangan Sarikei, manakala sukan bola sepak akan dijalankan di Padang Bola Sepak IPD Sarikei.
Sebanyak 3 pasukan bola sepak yang akan menyertai karnival pada kali ini termasuklah pasukan Pepper FC, MPB Sibu FC dan MPB Sarikei FC.
"Semangat dan Sepakat Teras Kejayaan"
05/06/2024
SALAM TAKZIAH
Kelab KESUDA Sesi 2024-2026 ingin menzahirkan rasa dukacita dan takziah di atas pemergian Encik Hazman bin Wahab, staf di Pejabat MPB Cawangan Sri Aman pada 4 Jun 2024 akibat kemalangan jalan raya.
Semoga pemergian arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama golongan orang beriman.
05/06/2024
PENYERAHAN TUGAS KELAB KESUDA KEPADA SESI 2024-2026
Pada tarikh 18 Mac 2024, Jawatankuasa Kelab Sukan dan Sosial (KESUDA) Lembaga Lada Malaysia Sesi 2022-2024 telah menyerahkan tugas kepada ahli Jawatankuasa Kelab KESUDA yang baru. Kelab KESUDA MPB bagi Sesi 2024-2026 telah dipengerusikan oleh Encik Roland Le.
Bertepatan dengan slogan "Semangat Dan Sepakat Teras Kejayaan", KESUDA Sesi 2024-2026 akan terus berusaha untuk mencapai objektif-objektif kelab berdasarkan penglibatan dan penganjuran aktiviti serta program yang merangkumi bidang sukan, kebajikan, sosial dan rekreasi.
Jawatankuasa KESUDA Sesi 2024-2026 ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Sesi 2022-2024 di bawah kepimpinan Encik William Sze dan barisan AJK yang lain atas komitmen dan perjuangan dalam pengurusan Kelab KESUDA MPB ini.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
93050