Hijau Subur
01/06/2026
Kami ingin mengucapkan Selamat Hari Gawai kepada sahabat kami yang meraikannya 🌾✨
Semoga perayaan ini membawa kegembiraan, kesejahteraan dan rezeki yang melimpah.
Gayu Guru Gerai Nyamai 🎉
28/05/2026
Alhamdulillah 🌱🐔
Satu penghargaan besar buat kami apabila perjalanan kecil ini diberi ruang dalam keratan akhbar. Terima kasih yang tidak terhingga kepada team “Sarawak Tribune” kerana sudi datang berkunjung ke kebun kecil kami.
Dari kebun kecil ini, banyak yang kami pelajari — tentang kehidupan, proses mendidik diri, serta pelbagai ujian dan rahmat yang datang silih berganti.
Daripada tanaman sayur, cili, terung, tembikai hinggalah ke kandang ayam kampung, semuanya dibina sedikit demi sedikit dengan usaha, minat dan semangat untuk kembali mendekati alam 🌿
Terima kasih kepada semua yang sentiasa menyokong perjalanan kami. Semoga ini menjadi permulaan untuk kami terus memberi manfaat kepada alam 💚
27/05/2026
Kami mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha 1447H
Taqabbalallah minna wa minkum
Semoga segala amalan kita diterima Allah SWT.
21/05/2026
Manfaatkan apa yang ada..
11/05/2026
Geng Semangkarian yang nak next level..
Tunggu update terbaru dari kami nanti 🌱🔥
09/05/2026
Geng Semangkarian, santai dolok…
06/05/2026
Semoga membesar dengan jayanya…
Watak utama musim ini 🤍🐣”
03/05/2026
Retakan kecil itu bukan untuk dipaksa terbuka…
cukup sekadar dibantu jika perlu.
Selebihnya, biar kehidupan baru itu lahir dengan kekuatannya sendiri.
Tugas baru menanti minggu depan 😅
01/05/2026
Hari-hari terakhir penantian. 🐣🥚
Keadaan telur eram menjelang saat menetas.
Hari ke-18 hingga ke-21 menjadi penentu, saat kehidupan baru bakal muncul ke dunia. ✨
29/04/2026
Rutin pagi Rabu 🌱
Menyemai Sawi Kerinting untuk bekalan beberapa kedai makan, dihantar selang sehari.
Alhamdulillah, sudah 2 tahun kami diberi kepercayaan untuk membekalkan hasil segar kepada mereka.
Semoga semua urusan dipermudahkan dan para peniaga terus maju jaya, terutama dalam waktu yang mencabar ini.