CULOURED
11/06/2021
Tips berkaitan berniaga online dengan 5J
1. *Jangan malu*
🌺sebagai peniaga online jangan malu utk kita perkatakan produk yang kita jual..jika kita yakin dan percaya dengan apa yang kita jual.. maka kita akan menjadi semakin bersemangat.
🌺jika keyakinan tinggi.. maka peluang utk kita up *live fb produk kita* atau *post gambar produk* kita tanpa rasa segan
2. *Jangan mudah mengalah*
🌺Normal bila produk kita jual kadang-kadang tidak dapat dijual peringkat awal kerana tidak ramai lagi yang tahu.. tapi kita boleh kembangkan supaya ramai orang tahu apa kita jual. Jadi jangan mengalah untuk cari jalan/usaha utk naikkan produk kita semakin dikenali
3. *Jangan Dengki*
🌺Penyakit hati adalah salah 1 ciri orang yang *gagal* kerana sikap dengki boleh menyebabkan hati kita jd tidak tenang dan mudah prasangka pada peniaga lain.. jadi *jaga hati* kerana kejayaan juga berpunca dari hati
4. *Jangan Malas*
🌺Bila kita berniaga online.. jangan ada istilah malas lah update, malaslah nak up status..kerana kemalasan tu boleh menyekat peluang berniaga kita .
🌺Jika rasa malas cuba lawan sekurang2nya up status /post sekurang2nya 3 post sehari..biar socmed mainkan peranan utk iklan kan produk kita ..
5. *Jangan cepat berpuashati*
🌺kita kena ingat setiap hari berpuluh, beratus, beribu produk akan berlegar legar dlm online..jadi kita kena sentiasa menaikkan rating produk kita..kerana persaingan tetap ada. Jadi pastikan kita jangan mudah berpuas hati dgn apa kita buat..kena lebih momentum dan kena lebih naikkan rating produk kita utk bersaing secara sihat
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
Kuching
93250