12 RAMD Mekanize
11/04/2026
𝐒𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐓𝐀𝐊𝐙𝐈𝐀𝐇
Pegawai Memerintah Batalion Kedua Belas Rejimen Askar Melayu Diraja (Mekanize), Lt Kol Mohamed Haezade bin Mohd Jumat serta seluruh warga Tangkas Gempur mengucapkan salam takziah kepada Allahyarham Muhammad Amirul Raziq bin Rosafindi.
Senoga roh Allahyarham ditempatkan dikalangan orang beriman.
15/03/2026
𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐁𝐄𝐑𝐁𝐔𝐊𝐀 𝐏𝐔𝐀𝐒𝐀 𝐖𝐈𝐒𝐌𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐖𝐈𝐑𝐀 𝐓𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐒 𝐆𝐄𝐌𝐏𝐔𝐑
KUANTAN, 14 MAC 2026 – Dalam usaha mengimarahkan bulan Ramadan yang penuh keberkatan, Wisma Perwira 12 RAMD (Mek) telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa Wisma Perwira bersama keluarga pada 14 Mac 2026 bersamaan 24 Ramadhan 1447H yang berlangsung di Wisma Perwira.
Majlis tersebut telah disempurnakan dengan kehadiran Pegawai Memerintah 12 RAMD (Mek), Lt Kol Mohamed Haezade bin Mohd Jumat bersama Pengerusi BAKAT 12 RAMD (Mek), Puan Ain Nabilah binti Kapli yang turut meluangkan masa untuk bersama-sama meraikan majlis berbuka puasa bersama ahli serta staf Wisma Perwira dan keluarga masing-masing.
Atur cara majlis dimulakan dengan penyampaian cenderahati kepada staf dan anggota Wisma Perwira sebagai penghargaan atas komitmen serta sumbangan mereka dalam mengurus dan menyelia Wisma Perwira. Majlis kemudiannya diteruskan dengan jamuan berbuka puasa yang diadakan di perkarangan Wisma Perwira dalam suasana penuh kemesraan bersama ahli serta keluarga. Selesai berbuka puasa, para tetamu turut bersama-sama menunaikan solat Maghrib secara berjemaah di Surau Wisma Perwira.
Penganjuran majlis seumpama ini bukan sahaja bertujuan menghidupkan suasana Ramadan, malah turut menjadi wadah dalam mengukuhkan hubungan silaturahim serta semangat kekeluargaan dalam kalangan warga Wisma Perwira. Majlis kemudiannya diakhiri dengan sesi bergambar sebagai simbolik kenangan keluarga Wisma Perwira Tangkas Gempur.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Kuantan