Elisa Razman
28/05/2025
02/10/2024
𝗕𝗮𝗴𝗮𝗶𝗺𝗮𝗻𝗮 𝗠𝗲𝗻𝗴𝗵𝗮𝗱𝗮𝗽𝗶 𝗥𝗮𝘀𝗮 𝗦𝗮𝗸𝗶𝘁 𝗔𝗽𝗮𝗯𝗶𝗹𝗮 𝗗𝗶𝘀𝗮𝗸𝗶𝘁𝗶 𝗱𝗮𝗻 𝗗𝗶𝗿𝗲𝗻𝗱𝗮𝗵𝗸𝗮𝗻 💔
Pernah rasa terluka bila disakiti atau direndahkan oleh orang lain? Sakit lagi, bila orang itu dikalangan individu yang paling dekat dengan kita iaitu pasangan.
Normal, jika anda merasakan perasaan seperti itu. Sebagai manusia biasa yang mempunyai hati yang lembut. Kepedihan itu akan dirasai sehingga ke ulu hati. Sebak, kesal, sesak, kecewa dan pelbagai perasaan lain.
Stop menangis. Bangkit.Tarik nafas dalam-dalam. Pejamkan mata dan cuba beberapa tips mudah yang ingin saya kongsikan.
1️⃣ 𝗣𝗶𝗹𝗶𝗵 𝗨𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗕𝗲𝗿𝗱𝗶𝗮𝗺 𝗗𝗶𝗿𝗶:
Bila seseorang menyakiti atau merendahkan kita, kadang-kadang tindakan terbaik adalah berdiam diri. Tidak perlu membalas dengan marah, kerana ia hanya akan menambahkan api kemarahan dalam diri kita.
2️⃣ 𝗠𝗮𝗮𝗳𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗟𝗲𝗽𝗮𝘀𝗸𝗮𝗻:
Maafkan orang yang menyakiti kita, bukan untuk mereka, tetapi untuk diri kita sendiri. Dengan memaafkan, kita melepaskan beban emosi yang mengikat hati kita dan memberi ruang untuk kebahagiaan masuk.
Tak salah, untuk berterima kasih atas setiap kritikan yang dilemparkan. Feedback mereka sangat berguna untuk merubah diri.
3️⃣ 𝗣𝗲𝗿𝗯𝗮𝗶𝗸𝗶 𝗗𝗶𝗿𝗶:
Jangan biarkan penghinaan orang lain mempengaruhi keyakinan kita. Gunakan kritikan sebagai motivasi untuk memperbaiki diri. Ingat, apa yang orang lain fikirkan tentang kita bukan urusan kita; yang lebih penting adalah apa yang kita fikirkan tentang diri kita sendiri.
Dalam Universiti Ketenangan dan Kebahagiaan (UKK) Bonda Prof Muhaya selalu ulang-ulang mengingati bahawa "Emosi itu Bohong". Apa sahaja negatif respond yang diterima, perlu disertai dengan memikirkan apa hikmah disebaliknya. Bukannya blame orang lain.
Buat lah pilihan yang tepat untuk diri sendiri, sama ada nak kekal dalam emosi yang tenang, cool dan tidak cepat melatah atau memilih untuk stress, tak tenang, dan marah.
Ingat, letakkan hubungan kebergantungan penuh hanya kepada Allah sebagai keutamaan. Tanpa Allah, semua perbuatan itu sia-sia dan tersangatlah rugi. Nauzubiilllah. 🌸
"Jangan biarkan perkataan atau perbuatan orang lain mencorakkan siapa kita. Fokus pada hubungan kita dengan Allah dan bagaimana kita melihat diri kita sendiri." – Prof. Muhaya
Contact the business
Telephone
Website
Opening Hours
| Monday | 17:00 - 22:00 |
| Tuesday | 17:00 - 22:00 |
| Wednesday | 17:00 - 22:00 |
| Thursday | 17:00 - 22:00 |
| Friday | 12:30 - 14:00 |
| 17:00 - 22:00 | |
| Saturday | 09:00 - 17:00 |
| Sunday | 09:00 - 17:00 |