Kulliyyah Pengurusan dan Informatik Uniqsaas

Kulliyyah Pengurusan dan Informatik Uniqsaas

Share

Photos from Kulliyyah Pengurusan dan Informatik Uniqsaas's post 12/05/2026

πŸ“Œ SEMINAR CELIK KEWANGAN ISLAM: PENGURUSAN RISIKO KEWANGAN MERENTAS GENERASI

Kuantan, 9 Mei 2026 – Pelajar program Sarjana Kewangan Islam (MIF), Kuliyyah Pengurusan dan Informatik (KMI) telah berjaya menganjurkan Seminar Celik Kewangan Islam: Membentuk Budaya Pengurusan Harta Pusaka Merentas Generasi yang berlangsung dengan jayanya di Dewan Perkim, Bangunan PERKIM, cawangan Ktn.

Penganjuran seminar ini bertujuan memberi pendedahan dan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan pengurusan kewangan Islam serta perancangan harta pusaka yang sistematik, berhemah dan mematuhi prinsip syariah. Program ini turut menjadi platform perkongsian ilmu kepada peserta berkaitan kepentingan perancangan kewangan dalam menjamin kesejahteraan keluarga dan masyarakat pada masa hadapan.

Seminar ini telah mendapat sambutan yang amat memberangsangkan daripada para peserta yang terdiri daripada golongan mualaf dan saudara baharu serta masyarakat setempat. Pelbagai pengisian ilmiah telah diketengahkan sepanjang program berlangsung melalui sesi ceramah dan perkongsian oleh pelajar Sarjana Kewangan Islam Semester 4 dalam bidang kewangan Islam dan pengurusan pusaka.

Program ini merupakan hasil inisiatif dan komitmen pelajar Sarjana dalam menjayakan aktiviti akademik dan kemasyarakatan yang memberi impak positif kepada masyarakat.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih turut dirakamkan kepada rakan kolaborasi iaitu Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), PERKIM Kuantan serta Kelab Belia Muafakat Islam atas sokongan Dari bentuk Kewangan, kerjasama dan penglibatan yang diberikan dalam menjayakan seminar ini.

Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai usaha berterusan dalam memperkasakan kefahaman masyarakat terhadap pengurusan kewangan Islam dan pengurusan harta pusaka yang lebih efektif demi kesejahteraan ummah disamping memperkenalkan UnIPSAS yg kini dikenali sebagai Universiti Al Quran Al sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang. (UNIQSAAS).

Photos from Kulliyyah Pengurusan dan Informatik Uniqsaas's post 27/04/2026

Pensyarah Kulliyyah Pengurusan dan Informatik Uniqsaas telah menyertai Pahang International East Coast Entrepreneurial Summit (PIECES) 2026 sempena Malaysia East Coast and Entrepreneurial Expo (MECTEE) 2026 yang diadakan pada 17 dan 18 April 2026 bertempat di Grand Darulmakmur Hotel, Kuantan.

Sidang Kemuncak PIECES 2026 ini memberikan fokus perbincangan mengenai ASEAN dan Ekonomi Halal, FinTech, Kewangan Islam, Pelaburan Halal, Rantaian Bekalan Halal, Dasar Ekonomi Halal, Keusahawanan Perkhidmatan Halal dan Negeri Pahang sebagai Hab Keusahawanan Halal.

PIECES dan MECTEE 2026 telah dirasmikan penutupannya oleh YAB. Dato' Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang.

πŸ€πŸ’ΌπŸ’΅βœ…β˜ͺ️

Want your school to be the top-listed School/college in Kuantan?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang (UNIQSAAS), Bangunan Canselori, KM. 8 Jalan Gambang
Kuantan
25150

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00