HELWI Unipsas
31/08/2022
✿ Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh ✿
Merdeka !
Merdeka !
Merdeka !
🇲🇾Salam 31 Ogos 2022🇲🇾
Kami barisan kepimpinan Hal Ehwal Wanita Islam UnIPSAS berbesar hati mengucapkan
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke-65!
Alhamdulillah syukur pada yang Maha Esa atas nikmat kebebasan dan keselesaan hidup pada hari ini dan tidak dilupakan juga kepada para pejuang negara yang berkorban bermatian dahulu demi generasi Islam pada hari ini.
Semoga Malaysia sentiasa menjadi negara yang harmoni serta diberkati oleh Allah Swt.
•MENJANA PARADIGMA GENERASI SOLEHAH•
24/08/2022
[ HAFLATUL QUDUM ]
🌸 20 Ogos 2022 | DEWAN SULTAN AHMAD SHAH 🌸
Alhamdulilah program Haflatul Qufum mendapat sambuatan yang amat meriah dari kalangan mahasiwi dan berjalan dengan baik.
Tahniah kepada para pemenang dan terima kasih kepada siswi-siswi serta pensyarah, Ustazah Nora' Aeshah binti Zakaria yang sudi hadir pada program yang diadakan🫶🏻
Semoga kita dapat berkumpul lagi pada suatu masa nanti, inshaa Allah✨
' MENJANA PARADIGMA GENERASI SOLEHAH '
29/07/2022
Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.
🌹Salam Awal Muharram 1444H🌹
•Doa Awal Tahun Baru Islam•
Kini tiba awal Muharram 1444 Hijrah,
Hendaknya menyinari hidup kita,
Dengan memperbaiki diri,
Meningkatkan lagi keimanan juga ketakwaan kepada Allah Swt,
Jadikanlah tahun ini lebih baik daripada tahun sebelumnya.
Kami barisan kepimpinan Hal Ehwal Wanita Islam UnIPSAS berbesar hati mengucapkan
Selamat menyambut tahun baharu Islam iaitu pada 1 Muharram 1444 Hijrah.
Semoga amalan akan sentiasa ditambah dan diperbaharui kita semua untuk mencapai redha Allah Swt Insha Allah .
Ucapan tulus ikhlas daripada : Hal Ehwal Wanita Islam ( HELWI ) UnIPSAS
•Menjana Paradigma Generasi Solehah•
09/07/2022
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh.
🌹Salam 10 Zulhijjah 1443 Hijrah🌹
Kami barisan kepimpinan Hal Ehwal Wanita Islam UnIPSAS mengucapkan
Selamat Hari Raya Aidil Adha buat semua. Semoga ibadah korban yang dilakukan pada tahun ini diberkati oleh Allah Swt dan diberikan ganjaran yang tidak terhitung nilai disisi-Nya Insha Allah .
“Sesungguhnya Kami telah memberikan kurniaan yang sangat banyak kepadamu, maka solat lah untuk Tuhanmu dan sembelih lah korban” - Surah al-Kautsar : 1-2 .
Ucapan tulus ikhlas daripada : Hal Ehwal Wanita Islam ( HELWI ) UnIPSAS