Andansura Rabu

Andansura Rabu

Share

Photos from Andansura Rabu's post 30/06/2026

Bila sebut pasal memukat, bukan sekadar ikan yg kita kejar, tapi yg paling mahal ialah kemesraan dan ukhuwah yg terjalin.

Bila sama-sama tarik pukat, tak kira pangkat atau usia, semuanya berganding bahu. Yang tak kenal jadi ramah, yg jarang jumpa berjabat mesra.

Inilah indahnya bila masyarakat kita bersatu hati.

​Saya sendiri rasa amat kerdil tapi dalam masa yg sama cukup teruja dapat menyinsing seluar berkaki ayam turun ke pantai bersama-sama ahli-ahli masyarakat.

Begitulah keseronokan program memukat bersama masyarakat pada petang Ahad baru-baru ini di Pantai Kg Sg Ular.

Sembang santai, usik-mengusik, gelak ketawa, hilang kejap penat dan lelah.

Inilah momen yg saya sentiasa hargai - dapat dekat dgn denyut nadi masyarakat.

​Hubungan kemasyarakatan ini ibarat pukat.

Kalau seutas tali sahaja, ia takkan mampu menahan badai atau menangkap hasil. Tetapi bila jalinannya erat, bersimpul kemas, ditarik bersama-sama, hasil yg berat pun mampu kita daratkan.

Semoga kebersamaan ini terus kekal dan kita jaga keharmonian komuniti kita ini sampai bila-bila.

​Tahniah kepada semua pemenang cabutan bertuah. Acara sampingan yg menjadikan suasana lebih gamat dan meriah.

​Terima kasih yg tak terhingga kpd Pemuda PAS Indera Mahkota yg mengusahakan program ini, semua yg terlibat menjayakannya, serta ahli-ahli masyarakat yg hadir memeriahkan suasana.

Ada cadangan kita nak buat aktiviti apa p**a lepas ni?

Photos from Andansura Rabu's post 14/06/2026

Majlis tahunan meraikan guru-guru SRITI, PASTI seluruh Parlimen Indera Mahkota.

Alhamdulillah, kira-kira 200 orang guru dan kakitangan pentadbiran diraikan dlm Majlis Sambutan Hari Guru 2026 di BCIC Lodge, Indera Mahkota malam tadi.

Ia majlis tahunan yg diadakan sebagai menghargai khidmat bakti guru-guru di bawah Sektor Pendidikan Dewan Pemuda PAS Indera Mahkota.

Saya sanjung tinggi peranan dan sumbangan semua anggota di bawah sektor ini; kecil atau besar, secara langsung atau tidak langsung.

Komitmen yg diberikan khususnya kpd pendidikan ukhrawi dan duniawi anak-anak serta pembinaan masyarakat yg berilmu amnya sangat membanggakan.

Majlis diserikan dgn penyampaian anugerah dan penghargaan kpd mereka yg terpilih.

Turut hadir, Ketua Pemuda PAS Pahang, Ustaz Zulfadli Zakariah, Ketua Pemuda PAS Indera Mahkota, Sdr Wan Ridzwan, dan Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Indera Mahkota, Puan Hajjah Salawati Salleh.

Syabas dan tahniah kpd Sektor Pendidikan DPPIM atas majlis yg dianjurkan.

Semoga segala jasa, pengorbanan dan khidmat bakti semua yg terlibat dlm pendidikan anak-anak diberkati Allah SWT diberikan ganjaran berlipat ganda di akhirat kelak.

Semoga Allah merahmati kita semua.

Want your public figure to be the top-listed Public Figure in Kuantan?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Address

1/1069C Kampung Balok
Kuantan
26100