PSB FC Official

PSB FC Official

Share

22/03/2026

SALAM AIDILFITRI 1447H / 2026M 🕌✨

​Pihak pengurusan dan seluruh keluarga besar Kelab Bola Sepak Penjara Sungai Buloh (PSB FC) mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua umat Islam, khususnya seluruh warga kerja Penjara Sungai Buloh.
​Semoga kedatangan Syawal pada tahun ini membawa seribu kebahagiaan, keberkatan, dan mengeratkan lagi ukhuwah di antara kita semua. Selamat bercuti!

28/02/2026

KEPUTUSAN PENUH: AKSI INTEGRASI BERAKHIR SERI! ⚽️🤝

​Baru sahaja melabuhkan tirai sebentar tadi di Padang EV Elmina. Pertembungan 'derby' dalaman yang cukup sengit dan menghiburkan antara rakan-rakan staf Penjara Sungai Buloh.
​Keputusan penuh:

🔥 PSB Borneo ( 1 ) - ( 1 ) PSB Peninsula 🔥

​Kalah menang bukan ukuran malam ini. Yang menang adalah semangat ukhuwah, integrasi nasional, dan kesukanan yang terjalin erat sesama warga jabatan. Terima kasih kepada semua pemain yang mempamerkan aksi bertenaga!
​Majulah sukan untuk Penjara Sungai Buloh. 💪🏼

28/02/2026

[INTERNAL FRIENDLY MATCH] ⚽️🚨

​Aksi persahabatan antara staf Penjara Sungai Buloh:

​PSB BORNEO 🆚 PSB PENINSULA

​🗓 28 FEBRUARI 2026 (SABTU)
🕘 KICK OFF 9.00 MALAM
🏟 PDG EV ELMINA

​Ayuh turun memberikan sokongan kepada pasukan pilihan anda! Semoga perlawanan ini dapat mengeratkan lagi silaturahim sesama kita.

18/02/2026

RAMADAN: MEDAN 'LATIHAN' TERBAIK! 🌙⚽️

​Segenap barisan pengurusan dan pemain PSB FC ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadan Al-Mubarak buat seluruh umat Islam, khususnya warga Penjara Sungai Buloh.

​Jika di padang kita melatih fizikal, di bulan mulia ini kita melatih jiwa, disiplin, dan kesabaran. Semoga ibadah puasa kita tahun ini menjadi 'perlawanan' yang paling berjaya buat kita semua.
​Selamat berpuasa dan jaga kesihatan!

17/02/2026

PLAN 'LAST MINUTE' PUN TETAP ON! ⚽️🔥

​Siapa kata perancangan saat akhir tak menjadi? Selesai sudah sesi futsal santai antara kakitangan Penjara Sungai Buloh petang tadi di Sport Centre 88, Puncak Alam.
​Walaupun dirancang secara spontan, sambutan rakan-rakan tetap padu! Terima kasih kepada semua yang hadir memeriahkan aktiviti kolaborasi PSB FC X PSB FT. Yang penting, ukhuwah dan kesihatan tetap terjaga. 🤝

17/02/2026

GONG XI FA CAI! 🍊🐎⚽️

​Segenap barisan pengurusan dan pemain Kelab Bola Sepak Penjara Sungai Buloh (PSB FC) mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua warga kerja, penyokong, dan rakan sukan yang meraikannya.
​Sesuai dengan Tahun Kuda 2026, semoga kita semua dikurniakan semangat, stamina, dan kelajuan seperti kuda untuk terus memburu kejayaan di dalam dan di luar padang!

​马到成功 (Mǎ dào chéng gōng) - Semoga kejayaan pantas menjelma!
新年快乐 (Xīn nián kuài lè) - Selamat Tahun Baru!

11/02/2026

DERBY SUNGAI BULOH MILIK KITA! 🦅

​PSB FC (4) - (2) Hospital Sg Buloh
​Terima kasih semua pemain atas komitmen. Terima kasih Hospital Sg Buloh atas saingan. Jutaan terima kasih KSDK Penjara Sungai Buloh atas tajaan perlawanan.

​Majulah sukan untuk jabatan!

09/02/2026

PERLAWANAN PERSAHABATAN: DERBY SUNGAI BULOH ⚽🤝🚑

​Satu perlawanan santai bagi mengeratkan hubungan kerjasama dan semangat kesukanan antara dua jabatan jiran tetangga, Penjara Sungai Buloh dan Hospital Sungai Buloh.
​Setinggi-tinggi penghargaan kepada Kelab Sukan & Kebajikan (KSDK) Penjara Sungai Buloh atas tajaan penuh bagi perlawanan ini. Terima kasih kerana sentiasa menyokong aktiviti riadah staf!

​Butiran perlawanan:
🏟 Padang RRI Sungai Buloh
🗓 10 Februari 2026 (Selasa)
🕠 Kick-off: 5:30 Petang

​Ayuh turun berikan sokongan! Majulah sukan untuk jabatan. 💪🏻

Photos from PSB FC Official 's post 21/01/2026

FT: SGB COPS 0 - 2 PSB FC ✅

​Tahniah pasukan PSB FC! Skuad yang dibarisi majoriti pemain Borneo mempamerkan aksi mantap di XFOX Sports Arena, Subang Bestari malam tadi (20 Jan 2026).
​Suasana perlawanan bertambah meriah dengan kehadiran tetamu kehormat; YM TKP Raja Nazril Azman bin Raja Azam Iskandar Shah (Pengarah), PKK Nazarman bin Haidzir (Timb. Pengarah), serta tuan rumah YDH Supt. Mohd Hafiz bin Muhammad Nor (KPD Sungai Buloh).
​Terima kasih atas sokongan padu tuan-tuan! Ukhuwah terjalin, sukan dijunjung. 🤝

31/12/2025

[ SELAMAT TAHUN BARU 2026 ]
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada seluruh keluarga besar PSB FC, barisan pemain, staf Penjara Sungai Buloh, serta rakan-rakan yang sentiasa menyokong kami.
Tahun 2025 telah melabuhkan tirainya dengan pelbagai kenangan. Kini, tiba masa untuk kita buka buku baru. Azam baru, semangat baru, dan tekad yang lebih jitu! 🔥
Marilah kita jadikan tahun 2026 ini sebagai tahun kebangkitan dan kecemerlangan buat pasukan kita, sama ada di atas padang mahupun dalam tugas hakiki.
Terima kasih kerana terus setia bersama kami.

"Satu Pasukan, Satu Keluarga, Satu Misi." ⚽👮‍♂️

Ikhlas daripada,
Barisan Pengurusan PSB FC

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Kuala?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Website

Address

Penjara Sungai Buloh
Kuala
47000