Majlis Daerah Tumpat

Majlis Daerah Tumpat

Share

Photos from Majlis Daerah Tumpat's post 02/06/2026

𝗣𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿𝘀𝗶𝗵𝗮𝗻 𝗦𝗶𝘀𝗮 𝗦𝗮𝗺𝗽𝗮𝗵 𝗱𝗶 𝗧𝗮𝗽𝗮𝗸 𝗧𝗼𝗻𝗴 𝗦𝗮𝗺𝗽𝗮𝗵 𝗕𝗲𝗿𝗱𝗲𝗸𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗷𝗮𝗯𝗮𝘁 𝗣𝗼𝘀 𝗣𝗲𝗻𝗴𝗸𝗮𝗹𝗮𝗻 𝗞𝘂𝗯𝗼𝗿

2 Jun 2026 (Selasa) - Kerja-kerja pembersihan sisa sampah telah diadakan di tapak tong sampah berdekatan Pejabat Pos Pengkalan Kubor.
Sebagaimana biasa, sisa pukal masih lagi dibuang di sini. MDT akan menggiatkan lagi pemerhatian dan pemantauan untuk memastikan pelaku akan dikenakan tindakan. Sisa pukal mesti dibuang terus ke tapak pelupusan.

Photos from Majlis Daerah Tumpat's post 02/06/2026

𝗣𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿𝘀𝗶𝗵𝗮𝗻 𝗦𝗶𝘀𝗮 𝗦𝗮𝗺𝗽𝗮𝗵 𝗱𝗶 𝗣𝗮𝗻𝘁𝗮𝗶 𝗚𝗲𝘁𝗶𝗻𝗴

2 Jun 2026 (Selasa) - Kerja-kerja pembersihan sisa sampah diteruskan di kawasan Pantai Geting pada hari ini. Ini merupakan hari kedua pembersihan dilakukan pada minggu ini.

Jika pembuangan sisa pukal masih berulang, pihak MDT akan mengenakan kompaun bagi individu yang telah melanggar arahan yang telah ditetapkan.

Photos from Majlis Daerah Tumpat's post 27/05/2026

𝗞𝗶𝘁𝗮 𝗕𝗲𝗿𝘀𝗮𝗺𝗮-𝘀𝗮𝗺𝗮 𝗠𝗲𝗺𝗮𝘀𝘁𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗿𝘀𝗲𝗸𝗶𝘁𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗧𝘂𝗺𝗽𝗮𝘁 𝗦𝗲𝗻𝘁𝗶𝗮𝘀𝗮 𝗕𝗲𝗿𝘀𝗶𝗵

27 Mei 2026 (Rabu) - Bahagian Kebersihan Majlis Daerah Tumpat telah mengadakan pembersihan tong sampah dan persekitaran tapak tong dalam kawasan pentadbiran Majlis. Operasi kebersihan yang berakhir jam 4.00 pagi semalam melibatkan keseluruhan tapak tong. MDT berharap ahli komuniti menggunakan kemudahan tong sampah dengan baik sepanjang musim perayaan. Kita mampu bersama-sama memastikan persekitaran Tumpat; Bersih, Sihat & Ceria.

27/05/2026

𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐑𝐀𝐘𝐀 𝐀𝐈𝐃𝐈𝐋𝐀𝐃𝐇𝐀 𝟭𝟰𝟰𝟳𝗛/𝟮𝟬𝟮𝟲𝗠

10 Zulhijjah 1447H | 27 Mei 2026

Semoga Aidiladha membawa keberkatan,
keikhlasan pengorbanan dan kebahagiaan
buat seluruh umat Islam.

Ikhlas Daripada:
Yang Dipertua, Ketua Whip, Ahli-Ahli Majlis,
Setiausaha serta seluruh warga kerja
Majlis Daerah Tumpat

Photos from Majlis Daerah Tumpat's post 24/05/2026

𝗞𝗲𝗿𝗷𝗮-𝗸𝗲𝗿𝗷𝗮 𝗠𝗲𝗻𝗮𝗶𝗸𝘁𝗮𝗿𝗮𝗳 𝗟𝗮𝗹𝘂𝗮𝗻 𝗠𝗮𝘀𝘂𝗸 𝗸𝗲 𝗧𝗮𝗽𝗮𝗸 𝗧𝗼𝗻𝗴 𝗦𝗮𝗺𝗽𝗮𝗵 𝗗𝘂𝘀𝘂𝗻 𝗟𝗮𝗻𝗴𝗴𝗮𝗿

24 Mei 2026 (Ahad) - Majlis Daerah Tumpat sedang menjalankan kerja-kerja menaiktaraf laluan masuk ke tapak tong sampah Dusun Langgar bagi memastikan kelancaran pengurusan sisa pepejal di kawasan tersebut

Want your organization to be the top-listed Government Service in Kuala?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address

Jalan Tanjung Kuala
Kuala
16200