APB HEP
13/04/2026
*ISNIN | 13 APRIL 2026*
Assalamualaikum WBT,
Salam sejahtera,
Salam UiTM di Hatiku,
Salam Malaysia Madani.
*π
PENDAFTARAN CALON ATLET KEJOHANAN SUKAN ANTARA FAKULTI (SAF) UiTM 2026 π
*
Merujuk perkara di atas, sukacita dimaklumkan kepada seluruh warga Akademi Pengajian Bahasa, UiTM Shah Alam bahawa pendaftaran calon atlet bagi *Kejohanan Sukan Antara Fakulti (SAF)* UiTM 2026 kini dibuka! π₯
Sehubungan itu, semua pelajar yang berminat serta berpotensi adalah dialu-alukan untuk mendaftar sebagai calon atlet APB, tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
π Penyertaan adalah terbuka kepada semua pelajar APB
π Pelajar disarankan menyertai *maksimum dua (2) jenis acara sukan sahaja*
π Pendaftaran boleh dibuat melalui pautan berikut:
https://linktr.ee/2025152343
Marilah kita bersama-sama menyumbang bakat dan tenaga demi mengharumkan nama Akademi Pengajian Bahasa di peringkat universiti! πͺπ»π₯
πSebarang pertanyaan, sila hubungi:
π² *SMF SARAH:*
https://wa.me/601121941015
π² *SMF QISTINA:*
https://wa.me/60123480109
Sekian, terima kasih.
*βAspirasi Kita, Masa Depan Bersamaβ*
Yang menjalankan amanah,
*Jabatan Hal Ehwal Pelajar*
Sekretariat Mahasiswa Fakulti
Akademi Pengajian Bahasa
Sesi 2025/2026
Universiti Teknologi MARA
Shah Alam
SAF2026
06/02/2026
Assalamualaikum W.B.T.
Salam Sejahtera
Salam Malaysia MADANI
π’ HEBAHAN RASMI PELAJAR APB - Certified AI β Agenda UTAMA PLUS UiTM (AI)
Semua pelajar APB yang telah mendaftar dan berminat program Certified AI β UTAMA PLUS UiTM (AI) adalah dijemput untuk menyertai WhatsApp Group rasmi:
π https://chat.whatsapp.com/IWC8GimKZ9XH1kRRYh6x9D
Penubuhan kumpulan WhatsApp ini bertujuan untuk memudahkan penyampaian maklumat rasmi berkaitan pelaksanaan Program UTAMA PLUS UiTM (AI) 2026, termasuk hebahan, dan makluman penting kepada pelajar APB.
Program ini merupakan inisiatif strategik UiTM bagi memperkasa pelajar melalui:
π€ Penguasaan teknologi Kecerdasan Buatan (AI)
π Pembelajaran digital berimpak tinggi
π
Pensijilan profesional Certified AI for Career Readiness: Workplace Productivity Skills
Sehubungan itu, semua pelajar APB yang telah mendaftar dan berminat WAJIB menyertai kumpulan WhatsApp ini bagi memastikan tiada maklumat penting terlepas.
Terima kasih atas kerjasama anda dan sama-sama kita menyokong aspirasi UiTM Digital 2027 π
Sekian, terima kasih.
Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP)
Akademi Pengajian Bahasa
Universiti Teknologi MARA
Shah Alam
17/12/2025
Assalamualaikum W.B.T.
Salam Sejahtera
Salam Malaysia MADANI
*14 Disember 2025 β Makluman Kemenangan Festival of Talent (FOT) 2025*
Alhamdulillah, Festival of Talent (FOT) 2025 anjuran Pusat Kebudayaan UiTM telah melabuhkan tirainya dan majlis penyampaian hadiah telah berlangsung di Budisiswa. Daripada empat (4) kategori yang berjaya mara ke peringkat akhir, Akademi Pengajian Bahasa (APB) berjaya membawa pulang kemenangan dalam tiga (3) kategori. ππ
Keputusan Kemenangan adalah seperti berikut:
*1. Filem Pendek*
β’ Juara π
β’ Anugerah Pengarah Terbaik
β’ Anugerah Videografi Terbaik
*2. Dokumentari Budaya*
β’ Tempat Ketiga
*3. Puisi*
β’ Tempat Ketiga
Walaupun kategori Band tidak berjaya memperoleh kemenangan, Alhamdulillah APB tetap tidak pulang dengan tangan kosong. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pelajar dan pihak yang terlibat atas komitmen serta pencapaian yang membanggakan ini. πͺβ¨
Sekian, terima kasih.
*Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP)*
Akademi Pengajian Bahasa
Universiti Teknologi MARA
Shah Alam
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the university
Website
Address
Selangor
40450
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 17:00 |
| Tuesday | 08:00 - 17:00 |
| Wednesday | 08:00 - 17:00 |
| Thursday | 08:00 - 17:00 |
| Friday | 08:00 - 17:00 |