TeamHeal

TeamHeal

Share

Photos from TeamHeal's post 13/11/2025

Alhamdulillah, Bengkel Sains & Khusyuk Solat telah berlangsung dengan jayanya pada 13 November 2025 (Khamis) bertempat di Dewan Seminar 1, CenTTM UniSZA.

Program bertemakan “Integrasi Sains dan Khusyuk Dalam Solat: Menyantuni Jasmani, Rohani dan Intelektual” ini telah menampilkan barisan penceramah hebat:

📌 Prof. Madya To’ Puan Dr. Nizaita Omar
Felo Pemyelidikan, Pusat Kecemerlangan Halal Research Center UniSZA Kampus Gong Badak

📌 Dr. Mohd Khairuddin Mohd Safee
Pensyarah Universiti, Fakulti Sains Kesihatan (FSK) UniSZA

📌 Ust. Dr. Fauzi Bin Yusoh
Pensyarah Universiti, Fakulti Pengajian Kontemporari Islam (FKI) UniSZA

Semoga perkongsian ilmu dan pengalaman sepanjang bengkel ini membuka ruang kefahaman yang lebih luas tentang hubungan sains dan hikmah di sebalik ibadah solat, serta membantu memperkukuh keseimbangan jasmani, rohani dan intelektual dalam kehidupan seharian.

Program ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Induk Flexible Education with Soul (FlexS), Pusat Pengurusan Kecemerlangan dan Inovasi Akademik (CoMAE-i) UniSZA dan Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental, Hospital Sultan Zainal Abidin dan Fakulti Perubatan (Penggerak Utama) dengan kerjasama:

📍 Persatuan Advokasi Kesihatan Mental Terengganu (TEAMHEAL)
📍 Persatuan Kakitangan Hospital Sultan Zainal Abidin (PEKA).

Photos from TeamHeal's post 15/10/2025

Alhamdulillah

Sedang berlangsung Bengkel Training of Trainers (ToT) For Be NICE

"Kecekapan Kesihatan Mental & Kemahiran Pengurusan Kemarahan"

Di selaraskan oleh Jabatan Psikiatri & Kesihatan Mental HoSZA

Want your organization to be the top-listed Non Profit Organization in Kuala Terengganu?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Website

Address


Hospital Pengajar Universiti Sultan Zainal Abidin
Kuala Terengganu
21300