Mi Bandung Terbang

Mi Bandung Terbang

Share

Photos from Mi Bandung Terbang's post 03/08/2024

Hai kesayangan busyuk2 masyam2 semua....

Hari ni kami scroll semula post2 Kak Mee sambil tunggu Bik Rome bershopping kat ecoshop..

Tak semena2 hiba betul hati Kak Mee..
KETUMBAR dalam cerita Kak Mee ni telah pun p**ang ke RAHMATULLAH pada Bulan Disember 2023 yang lalu.. semoga Allah swt mengampuni dosanya2 dan meletakkan Allahyarhamah di kalangan orang2 yang beriman, dikurniakan syurga dan keluarganya diberi keredhaan dan ketenangan hati dalam menghadapi kehilangan yang amat besar ini.

Amin ya Allah...

29/02/2024

Hello kesayangan busyuk busyuk masham masham semuaaaa

Sebenarnya, hari ni hari sedih Kak Mee… . Mananya tak sedih, sesuatu yang Kak Mee harap2kan, yang pada Kak Mee sudah mmg akan menjadi rezeki Kak Mee … tetapi sebab kecuaian Kak Mee maka……….. tskk tskkk tskk…😭😭😭
Ibaratnya seperti, nasi sudah di tangan, mulut sudah menganga, tiba-tiba tangan terlepas genggam, maka berderailah nasi di lantai. Haaa begitu.. sedih kan.. Tak tau lah mcm mana nak cakap sayunya tu… walaupun muka Kak Mee happy bila memandang Si Kentang, Keledek dan Kantan (a.k.a anak2 Kak Mee), tapi hatikew menangis tiada siapa yang tahuuuuuu…
And, mcm biasa..bila bersedih berduka lara begini, Kak Mee akan mengadu pada sape lagi kalau bukan pada Abg Begedel. And, sebab apa yang Kak Mee sedihkan ni ada ciri2 keduniaan, maka macam biasa jugalah Abg Del akan bacakan ayat favorite dia pada Kak Mee… pantang ada peluang memang dia ambik feel ala-ala Imam Surau Naib Kadir bagi ceramah…
وَإِذۡ تَأَذَّنَ رَبُّكُمۡ لَئِن شَكَرۡتُمۡ لَأَزِيدَنَّكُمۡۖ وَلَئِن كَفَرۡتُمۡ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٞ ( Surah Ibrahim, Ayat 7)
Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih"

Terusss zaaasss… Kak Mee tersedar… cuba untuk bangkit dari kesedihan semula.. tapi bila hati tak betul2 lega, maka Kak Mee call talian hayat yang kedua, siapa lagi kalau bukan, Cekton.

Bila Cekton dengar keluhan Kak Mee, maka Cekton mulakan tembakan sedas dua ;

‘Ko ni Meebandung, rezeki tu kan semua di tangan Allah swt. Kalau bukan tertulis untuk kita, cekodok dah dekat halkum pun boleh tersembur keluar juga’. Cekton sambung lagi..
‘Ni baru diduga sikit, ingatlah orang2 di Palestin, di Yaman, hatta di kampung kita ni pun, ramai yang ada dugaan hidup lebih besar lagi’.

‘Sudah! Jangan nak sedih2! Bangkit balik, kuatkan semangat!!! Ok, mak nak pegi surau, geng mak dah tunggu!’

Tuuuuttt…tuuuttt…tttutt

‘Eh makk..makkk… nanti ..nanti.. Mee tak habis mengadu lagi ni… makkk makkk…makkkk ‘… jerit Kak Mee di corong telefon bersendirian.
Begitu saja ye Cekton bagi kesimp**an pada kesedihan Kak Mee… Tak de bye, tak de wasalam, tak de penutup. Ibarat Jeneral menjatuhkan hukuman pada anak buah.

Kak Mee yang tadinya bercadang untuk cheat day hari ni sebab sedih, terus tak jadik sedih setelah ceramah Imam Del dan sedas tembakan dari Jeneral Eton. Kak Mee cuma sempat makan tauhu goyang , goreng pisang Bik Rome goreng, dengan cendol pulut Kg Jijan. Penutupnya, Kak Mee makan Soto Kak Mee sendiri. Buuurrrppp sedap.. cukup rasa cukup sedap semuanya…alhamdulillahhh..

Inilah bebelan ringkas Kak Mee. Saja Kak Mee post di sini, sebagai ingatan untuk diri Kak Mee apa yang berlaku pada Tarikh 26 Feb 2024 ini. Kejadian sebenar biarlah Kak Mee simpan kemas di dalam hati.

Untuk kesayangan2 semua, ramadhan dah nak dekat ni. Pegilah singgah dulu dekat Mi Bandung Terbang, Gerai No 6, Hentian Nilai Arah Utara, Lebuhraya PLUS. So nanti waktu puasa tak teringat2 hehhehehehe..

Tadi ada serombongan dari Alor Gajah, Melaka singgah nak makan mi bandung, tapi kuah dah habis (mintak mahap bnyk2 ye, datang lagi next time tau!) Ramai p**a yang serbu hari ni cari mee bandung terbang…. Tokojut!!

See you, tata t**i tutu

Mee Bandung Terbang
Dari Lidah Terbang ke Hati

With love,
Kak Mee

24/12/2022

Jom petang2 ni layan Mi Bandung Terbang Udang Galah di RESTORAN MI BANDUNG TERBANG UDANG GALAH DI BANDAR ENSTEK, NILAI.

MI Bandung paling suuurrrr kat Central Region .. bukan Kak Mee cakap ye, customer yang kabo mcm tu... 🤭🤭🤭

Kami buka hari2 dari jam 11am hingga 10pm.
Ye betul tu... kami telah beroperasi lebih 30 tahun dan kami berasal dari MUO.... so of coz la kan resepi Muo.. kedai makan yg pertama pun di Muo...gituuu...

Boleh waze 'Mi Bandung Terbang'... zasss terus sampai...

Want your restaurant to be the top-listed Restaurant in Kuala?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Website

Address

51, Jalan TIMUR ENSTEK 6/1B, BANDAR ENSTEK, KOTA SERIEMAS
Kuala
71

Opening Hours

Monday 11:45 - 21:30
Tuesday 11:45 - 21:35
Wednesday 11:45 - 21:30
Thursday 11:45 - 21:30
Friday 11:44 - 21:45
Saturday 11:45 - 21:30
Sunday 11:45 - 21:30