Bufanda Scarf
28/11/2019
🥰new collection coming soon girls🥰
💞Wuuuu......excitednye girls💞
28/11/2019
Haiiii!!!!!🤩 Cuti cuti sekolah ni...buat apa tuh..
Pergi makan kenduri ke?banyak tak kenduri?
Ha meh sini kita share tips skit acenna nak pilih tudung yang matching dengan baju...😍
Baru la ala ala pengantin gituh 🙀
28/11/2019
{TIPS PENJAGAAN TUDUNG BAWAL}
1. Basuh dengan cucian tangan. Jangan gunakan berus atau mesin basuh.
2. Rendam seketika dengan sesdikit serbuk pencuci yang lembut.
3. Jangan gunakan peluntur. Gosok-gosokkan saja dengan tangan secara lembut. Kemudian bilas dan sidai tudung.
4. Kalau boleh elak menggunakan softener sebab ia akan menyebabkan tudung tersebut lembik dan s**ar untuk dibentuk.
5. Elakkan 'direct sunlight' supaya ia tahan lebih lama dan warnanya tidak pudar.
6. Untuk memastikan batu-batu kristal atau manik kekal melekat, gosok dari sebelah dalam tudung. Lapikkan dengan kain lain pada belakang tudung itu bagi mengelakkan gam batu-batu cair dan melekat pada seterika.
7 Simpan tudung dengan menggantung di tempat gantung tudung, atau mengikat di hujung tudung bawal di penyangkut baju.
8. Semasa memakai tudung, gunakan kerongsang yang mempunyai pin atau jarum yang masih tajam bagi mengelakkan tudung tersebut berlubang-lubang dan rosak, akibat tersangkut.
24/11/2019
CARA NAK TUDUNG 'PERFECT' ikut BENTUK MUKA
Bila cakap pasal pemakaian tudung ni, korang mesti nak nampak perfect. Salah satu benda yang orang perempuan fikir bila pakai tudung mesti taknak muka korang nampak bulat dan p**i nampak chubby. Stress je bila korang ikut tutorial kat Youtube, tapi tak sama dengan Youtuber tu buat walaupun dah follow step by step.
Haa..bentuk muka orang semua berlainan tau. Tapi takpe, lepas ni korang bolehlah gayakan stail tudung yang korang s**a sebab admin nak kongsikan tips pemakaian tudung yang sesuai ikut bentuk muka.
1. Bentuk muka bujur
Orang yang bermuka bujur ni boleh dikatakan beruntung juga lah sebab apa-apa stail pun korang boleh gayakan dan masih nampak lawa. Tak kira lah pakai bawal ke, shawl ke pasti nampak sesuai dipakai dan terletak.
Jadi korang boleh lah cuba fesyen-fesyen dan stail terkini tanpa rasa bimbang!
2. Bentuk muka bulat
Biasanya orang yang bermuka bulat ni panjang dan lebar muka hampir sama. Salah pilih tudung, muka korang akan nampak tembam. Admin cadangkan korang pakai anak tudung yang nipis sedikit.
Kalau korang pakai shawl, lagi better buat stail loose kalau tudung bawal, bentukkan awningnya panjang sedikit. Lilitan shawl pun jangan terlalu ketat ye sis. Tudung bawal pulak korang cuma perlu lipat sedikit je kat tepi.
Cara ni boleh bagi effect yang membuatkan muka korang less chubby.
3. Bentuk muka panjang
Sama macam bentuk muka bujur, bentuk muka panjang pun jadi idaman ramai tau. Sebabnya kalau korang pandai stailkan tudung, muka korang akan kelihatan bujur. Pastikan tudung korang tidak menutup bahagian p**i supaya muka korang tidak nampak terlalu panjang.
Pemakaian anak tudung pastikan ditarik ke bawah sedikit untuk menutup dahi dan memberi kesan wajah yang bujur.
4. Bentuk muka petak
Bertuahnya orang yang bermuka petak ni sebab korang ada jawline panjang. Tetapi bila bab pemakaian dan stail tudung, korang boleh menutup sedikit rahang yang terlalu menonjol tu. Caranya sama macam stail tudung untuk si muka bulat, korang pakai stail shawl yang loose.
Kalau korang nak lilit shawl sekeliling leher, pastikan korang tidak memakai pin atau kerongsang di bawah dagu. Biar je shawl tu flowy okiess! Nak pakai tudung bawal pun okay je takde masalah hehe.
5. Bentuk muka heart
Korang yang mempunyai wajah berbentuk heart boleh menggayakan apa sahaja stail tak kira tudung bawal mahupun shawl. Pastikan awning tudung korang biar tajam sedikit untuk mengelakkan dahi nampak luas.
Elakkan awning yang terlalu bulat tau.
Tak kisah lah bentuk muka macam mana pun yang korang ada, bagi admin semua ada kecantikan masing-masing. Yang penting kena kenal bentuk muka korang, kreatif dan confident ye sis! Barulah nampak bergaya dan stailo bila berhijab.
Harap-harap tips admin berguna untuk sisters semua ye.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
Unisza Kampus Gong Badak
Kuala Terengganu