Global UNITY Network

Global UNITY Network

Share

Photos from Global UNITY Network's post 08/03/2026

Menyantuni rakan non-Muslim yang hadir ke masjid untuk merasai suasana berbuka puasa.

Ia bukan sahaja memberi peluang kepada mereka mengenali masjid dengan lebih dekat, malah menjadi ruang untuk memupuk rasa hormat, kefahaman dan perpaduan dalam masyarakat yang berbilang latar belakang.

Sebelum waktu berbuka, Bro Shah Kirit memberi penerangan ringkas tentang fungsi masjid sebagai tempat ibadah dan pusat komuniti umat Islam, serta berkongsi tentang makna puasa dalam Ramadan, iaitu menahan diri daripada makan dan minum dari terbit fajar hingga terbenam matahari, sambil melatih kesabaran, keikhlasan dan empati terhadap orang lain.

Program ini dianjurkan oleh Masjid At-Taqwa TTDI sebagai usaha mendekatkan masyarakat dengan masjid serta menggalakkan semangat saling memahami antara agama dan budaya.

Photos from Global UNITY Network's post 04/03/2026

Majlis Berbuka Puasa
Keharmonian Antara Agama

3 Mac 2026
Dewan Serbaguna, Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz, Petaling Jaya

Anjuran bersama Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz, UNITY dan PERKIM CAWANGAN DATUK KERAMAT KL

Dialog harmoni menghimpunkan ketua agama Kristian, Buddha, Taoist, Sikh, Hindu dan Bahai berkongsi pandangan tentang nilai sejagat, hormat dan persefahaman.

Selepas dialog, semua tetamu berbuka puasa bersama.

Ringkas, tapi penuh makna:
Harmoni.
Perpaduan.

Photos from Global UNITY Network's post 03/03/2026

Ramadan bersama Saudara Baru Al Kauthar berlangsung pada 28 Februari 2026 di Kolej Dar Al Hikmah, Kg Sg Ramal Dalam, dengan kerjasama WADAH, ABIM dan PKPIM.

Bro Shah Kirit, Presiden Unity, berkongsi tentang pentingnya ilmu dan memilih circle yang baik sebagai asas perjalanan saudara baru.

Majlis kemudian diteruskan dengan berbuka puasa bersama, mengeratkan ukhuwah, membina rasa kekeluargaan, dan saling menguatkan dalam langkah menuju kebaikan.

Want your organization to be the top-listed Non Profit Organization in Kuala Lumpur?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address

Kuala Lumpur