Defect Inspection - Harshaw Malaysia

Defect Inspection - Harshaw Malaysia

Share

14/01/2021

One of our service is Advanced Defect Inspection.

We use Thermal Camera to inspect leakage inside wall and energy efficiency inside property.

Our Service for Defect Inspection :

1. Basic Defect Inspection
- Floor
- Internal/External Wall
- Ceiling
- Internal Fixtures
- Plumbing System
- M&E Services

2. Advanced Defect Inspection
- Floor
- Internal/External Wall
- Ceiling
- Internal Fixtures
- Plumbing System
- M&E Services
- +Thermal Inspection

Regards,
Harshaw Malaysia
www.harshaw.com
+6010 449 8918

Whatapps Us Now !
https://wa.me/message/3O2VPEM5T4C4I1

07/12/2020

Apa yang patut dilakukan jika siling rumah bocor?

Kebocoran pada siling rumah pasti tidak asing bagi kita. Terdapat undang-undang tentang “inter-floor leakage” (kebocoran antara tingkat) atau dengan kata lain air penyebab bocor pada siling. Dalam Peraturan Pengurusan Strata 2015, ia didefinisikan sebagai apa-apa keterangan mengenai kebasahan, kelembapan atau penembusan air pada siling atau apa-apa bahan yang diletakkan atau dipasang pada siling (Peraturan 55).

Apa yang patut dilakukan pertama sekali?

Buat aduan kepada pihak pengurusan (atau pemaju jika masih lagi dalam waranti). Pemeriksaan akan dijalankan di unit anda untuk mencari penyebab kebocoran dan siapa yang harus dipertanggungjawabkan. (Peraturan 57).

Peraturan 58 juga ada menyeneraikan perkara untuk dipertimbangkan dalam menentukan penyebab kebocoran. Anda boleh baca sendiri dalam Peratuan Pengurusan Strata 2015 nanti. Seksyen 142 Akta Pengurusan Strata merupakan ‘titik permulaan’ bagi setiap jenis pemeriksaan yang dilakukan. Jika kebocoran terdapat pada siling rumah anda, maka unit di atas yang harus dipertanggungjawabkan jika tiada bukti yang menunjukkan sebaliknya.



Seksyen 142 Akta Pengurusan Strata 2013:

“Dalam mana-mana prosiding di mahkamah atau Tribunal di bawah Akta ini berkenaan dengan apa-apa kecacatan yang dikatakan dalam suatu petak atau dalam mana-mana harta bersama atau harta bersama terhad yang terletak betul-betul, sama ada secara keseluruhan atau sebahagiannya, di atas petak atau mana-mana harta bersama atau harta bersama terhad yang lain, ia hendaklah dianggap, jika tidak ada bukti berlawanan, bahawa kecacatan itu adalah dalam petak atau harta bersama atau harta bersama terhad yang mula-mula disebut itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, jika terdapat apa-apa keterangan mengenai kebasahan, kelembapan atau penembusan air-“

Ini bukan bermakna automatik unit di atas yang mengakibatkan kebocoran. Justeru itu, pihak pengurusan boleh menjalankan pemeriksaan lanjut di unit tersebut demi mempercepatkan proses siasatan.

Bagaimana p**a jika pemilik rumah enggan unitnya diperiksa oleh pihak pengurusan?

Sekiranya pemilik unit di atas anda tidak memberi akses ke unitnya untuk pemeriksaan, maka pemilik berkenaan akan didapati bersalah dan dikenakan denda tidak melebihi RM50,000.00 atau penjara tidak melebihi tiga tahun menurut peraturan 63:

“(2) Mana-mana pembeli, pemunya petak, pemilik atau penghuni petak yang terlibat atau mana-mana petak lain yang gagal memberikan akses kepada petak yang terlibat atau petak lain kepada orang atau badan yang menjalankan pemeriksaan menurut subperaturan (1) melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali


Daripada siapa kita boleh tuntut kerugian?

Ini bergantung sama ada harta tersebut masih dalam tempoh liabiliti kecacatan atau tidak. Jika belum tamat tempoh, maka pemajulah yang bertanggungjawab ke atas kerosakan itu manakala sekiranya sudah tamat tempoh dan terbukti unit di atas anda yang menyebabkan kebocoran, pemilik unit tersebutlah yang bertanggungjawab. Kalau si pemilik gagal membaiki kebocoran itu, jadi pihak pengurusan harus membaikinya dan kosnya ditanggung oleh si pemilik unit itu.


Peraturan 61 dalam Peraturan-Peraturan Pengurusan Strata 2015:

“(1) Jika kebocoran antara tingkat disebabkan oleh atau dikenal pasti berpunca daripada suatu petak atau mana-mana bahagian daripadanya, pembeli, pemunya petak atau pemilik petak itu, tanpa prejudis kepada haknya untuk mendapatkan indemniti dari mana-mana pihak lain, hendaklah mengambil semua langkap perlu untuk membaiki kebocoran antara tingkat itu dalam masa tujuh hari dari penerimaan Borang 28.

“(2) Sekiranya langkah-langkah yang dinyatakan dalam subperaturan 61(1) tidak dilaksanakan, mana-mana pemaju, badan pengurusan bersama, perbadanan pengurusan atau perbadanan pengurusan subsidiary atau ejen pengurusan yang dilantik oleh Pesuruhjaya di bawah subseksyen 86(1) atau 91(3) Akta, mengikut mana-mana yang berkenaan dengan, hendaklah secepat yang dapat dilaksanakan mengambil semua langkap perlu untuk membaiki kebocoran antara tingkat itu dan hendaklah mengenakan caj dan mendapatkan semua kos dan perbelanjaan dari pihak yang bertanggungjawab untuk membaiki kebocoran itu”.

Kredit to AskLegal

Rujukan :
https://asklegal.my/p/apartmen-di-malaysia-tanggungjawab-siapa-kalau-terdapat-kerosakan-atau-kecacatan-hakmilik-strata%20.html

Want your business to be the top-listed Realtor/realty Service in Kuala Lumpur?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Address

EXCHANGE 106 , LINGKARAN TRX
Kuala Lumpur
55188

Opening Hours

Monday 08:00 - 04:00
Tuesday 08:00 - 04:00
Wednesday 08:00 - 04:00
Thursday 08:00 - 04:00
Friday 08:00 - 04:00
Saturday 08:00 - 01:15