Bella.Properties

Bella.Properties

Share

31/12/2024

GRATEFUL FOR 2024✨

Tahun 2024 menjadi tahun yang penuh makna dalam menjalani fasa hidup luar biasa Bella!

Pasang surut 12 bulan disulami s**a, duka membantu client mencari rumah impian dan rumah pelaburan client Bella. Alhamdulillah!

Setiap transaksi punyai kisah tersendiri penuh memori—senyuman keluarga@ anak muda pegang kunci rumah, juga Investors duk tambah aset.

Namun, kemuncak tahun ini ialah pengalaman paling mendalam—berpeluang menunaikan Ibadah Haji.

Di tanah suci, Bella belajar tentang sabar, syukur, dan kebergantungan penuh kepada Yang Maha Kuasa.

Ia bukan hanya perjalanan spiritual, tetapi juga mengubah cara melihat kehidupan dan pekerjaan. Alhamdulillah, pengalaman hidup yg takkan dilupakan💝

Kini, melangkah ke tahun 2025, Bella bawa bersama pengalaman itu, dengan tekad untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik dan membantu lebih ramai orang mencapai impian hartanah mereka.

Terima kasih atas kepercayaan dan sokongan anda semua sepanjang tahun ini. Semoga tahun baru membawa keberkatan dan kejayaan untuk kita semua.

Want your business to be the top-listed Realtor/realty Service in Kuala Lumpur?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Website

Address

Great Casa Realty Sdn. Bhd, No. 45-1, Jalan Dwitasik 1, Dataran Dwitasik, Bandar Sri Permaisuri, Cheras, Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur
56000