Power On

Power On

Share

19/06/2026

Macam tu je CLA45 ni kena tinggal dengan king Myvi 😆

📹

19/06/2026

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke semalam (18 Jun) berkata pemandu tidak akan dikenakan tindakan penguatkuasaan kerana menggunakan pelindung matahari (sunshade) boleh tanggal pada tingkap kenderaan, selagi mana aksesori itu tidak menghalang penglihatan ketika memandu.

"Kementerian tidak menguatkuasakan peraturan terhadap penggunaan pelindung matahari yang tidak menghalang penglihatan pemandu dan Kementerian Pengangkutan juga tidak pernah mengarahkan JPJ untuk menguatkuasakan peraturan tersebut," kata beliau.

Loke berkata keutamaan penguatkuasaan pada waktu ini lebih tertumpu kepada kesalahan jalan raya yang lebih serius sebagai contoh kegiatan lumba haram, mat rempit, memandu di bawah pengaruh alkohol dan pemanduan secara melulu.

✍🏻: Hazwani
🔎: Faez
🎨: Lutfil
⬆️: Naili

Baca di⬇️

https://buzzkini.my/news/2026/06/19/penggunaan-sunshade-dibenarkan-selagi-tak-halang-penglihatan-semasa-memandu-anthony-loke/

18/06/2026

Raja Camping Kereta Yang Terbaru! JETOUR T2 i-DM REVEAL KLIMS 2026
Camping dalam kereta memang selesa gila. Tapi kita kena jaga bateri kereta tak kong masa charging! Masuklah Jetour T2 i-DM baru ni, wireless charging ada, USB ports lengkap, air-cond parking 24 jam; semua keselesaan RV, dalam satu kereta.

15/06/2026

Perodua QV-E kini lebih mampu milik!

Perodua terus memperkukuh usaha menjadikan pemilikan EV lebih mampu milik untuk rakyat Malaysia apabila QV-E kini ditawarkan pada harga serendah RM69,999 menerusi pakej Battery-as-a-Service (BaaS) selama 9 tahun dengan kadar langganan bateri hanya RM215 sebulan. Bagi yang mahu memiliki kenderaan bersama bateri sepenuhnya tanpa langganan, QV-E ditawarkan pada harga RM93,999.

Lebih menarik, sehingga 30 September 2026, Perodua menawarkan promosi khas yang membolehkan QV-E dimiliki pada harga serendah RM63,499 dengan pakej BaaS atau RM87,449 untuk pembelian penuh termasuk bateri.

Want your business to be the top-listed Autos & Automotive Service in Kuala Lumpur?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Website

Address

Kuala Lumpur