All Netizen

All Netizen

Share

06/06/2026

Penyatuan Puan Jariah, 66, dan Tuan Megat Abdul Malek, 72, dalam ikatan perkahwinan baru-baru ini telah menarik perhatian masyarakat serta mencetuskan pelbagai reaksi positif mengenai jodoh pada usia senja.

Tuan Megat merupakan bekas abang ipar kepada Puan Jariah setelah isterinya yang juga kakak kepada wanita berkenaan meninggal dunia akibat barah hati pada Mac 2025. Sementara itu, Puan Jariah telah bergelar balu sejak pemergian suaminya pada tahun 2020.

Hasil cadangan adik lelakinya, Puan Jariah mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga dengan bekas abang iparnya dan pasangan tersebut selamat disatukan pada 30 Mei lalu. Walaupun keputusan itu mengejutkan sesetengah ahli keluarga, ia mendapat restu sepenuhnya daripada anak-anak serta cucu mereka.

Menurut pasangan itu, perkahwinan pada usia emas lebih tertumpu kepada keperluan memiliki teman hidup yang dapat saling menemani, membantu dan mengambil berat antara satu sama lain, selain berkongsi kehidupan yang tenang, sihat dan bahagia bersama keluarga sehingga ke penghujung hayat.

05/06/2026

Sepasang suami isteri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan menganiaya seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun sehingga mengalami kecederaan fizikal di sebuah rumah pangsa kos rendah di Bandar Tasik Selatan pada 23 Mei lalu.

Tertuduh, Hamzi Amni Zamali, 40, dan isterinya, Nurazwani Ahmad Rosli, 29, didakwa melakukan perbuatan itu terhadap mangsa yang merupakan anak kandung Nurazwani serta anak tiri Hamzi. Mahkamah membenarkan jaminan RM20,000 bagi setiap tertuduh dengan syarat Hamzi melapor diri dua kali sebulan di balai polis dan kedua-duanya tidak dibenarkan mendekati mangsa. Kes akan disebut semula pada 13 Julai depan.

03/06/2026

Campak bayi dari tingkat 10 sebuah flat PPR di Skudai pada 20 Mei lalu, tindakan itu akhirnya membawa seorang wanita berusia 22 tahun, Nuran Batrisya Jamaludin, mengaku bersalah atas pertuduhan menyebabkan kematian bayi perempuan yang baru dilahirkannya di Mahkamah Sesyen.

Akibat perbuatan tersebut, dia kini didakwa mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman denda serta penjara sehingga 30 tahun.

Mahkamah bagaimanapun membenarkan tertuduh yang mempunyai seorang lagi bayi (kembar kepada mangsa) diikat jamin RM20,000 dengan dua penjamin berserta syarat tambahan, manakala 3 Julai ditetapkan untuk sebutan semula kes dan keputusan hukuman.

Want your business to be the top-listed Media Company in Kuala Lumpur?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Website

Address

Kuala Lumpur