Lubuk Racun
03/03/2026
Admin ada mau minta tolong kamu.
Yang ada TT, tolong admin cut price utk lapt0p ni.
Untuk kegunaan budak sambung study 😇
Link ada di komen ya.
Terima kasih orang baik.
Semoga dipermudah semua urusan.
Dalam hidup tidak selalu kita dapat apa yang kita mahu, kadang kita mau ini tapi Tuhan sudah sediakan yang lain.
All is well.
27/01/2026
LAMPU DI HUJUNG JALAN
Setiap malam, Amir akan melalui satu jalan kecil untuk pulang ke rumahnya. Jalan itu sunyi, hanya diterangi oleh sebatang lampu jalan lama yang sering berkelip-kelip.
Orang kampung selalu berpesan,
“Kalau lampu tu menyala terang tiba-tiba… jangan berhenti.”
Amir tidak pernah percaya.
Sehinggalah satu malam, ketika jam menunjukkan 11.45 malam, lampu itu menyala terang luar biasa, menerangi jalan kosong di hadapannya.
Amir memperlahankan motosikal.
Dalam cahaya lampu itu, dia nampak seorang berdiri membelakanginya. Pakaiannya biasa sahaja, berbaju gelap dan seluar panjang. Tidak bergerak, tidak menoleh.
Amir berdehem perlahan.
“Bang… nak tumpang?”
Tiada jawapan.
Angin malam tiba-tiba menjadi sejuk. Lampu jalan kembali berkelip-kelip. Amir berasa tidak sedap hati lalu meneruskan perjalanan tanpa menoleh lagi.
Keesokan paginya, dia bercerita kepada jiran.
Jiran itu terdiam lama sebelum berkata,
“Lampu tu dipasang sebab dulu ada kemalangan. Seorang tak sempat balik rumah.”
Sejak malam itu, Amir perasan sesuatu.
Setiap kali dia lalu di situ…
lampu jalan itu tidak pernah menyala lagi.
Tapi bila dia menoleh ke cermin sisi motosikal…
dia nampak cahaya samar-samar di belakangnya,
seolah-olah seseorang sedang berjalan pulang.
26/01/2026
Korang rasa kenapa ?
Click here to claim your Sponsored Listing.