FTV media
14/02/2026
Kenali warisan ulama ASWJ di Nusantara.
10/02/2026
Jaga adab, kerana adab itu cermin hati.
Bila hati tenang, lidah terpelihara.
Bila lidah terpelihara, maruah terjaga.
Kita tak perlu menang hujah,
cukup jangan kalah akhlak.
Diam bukan lemah,
sabar bukan kalah,
dan beradab itu tanda kuat.
Serahkan yang berat pada Allah,
kita jaga diri, jaga adab, jaga amanah.
27/12/2025
🔸"Sedekah Tapi Tak Telus?"
Bukan kami tolak sedekah. Kami sokong usaha bantu madrasah, anak yatim, asnaf dan pertubuhan kebajikan. Tapi satu benda yang ramai terlepas pandang — ketelusan.
Kalau setiap hari keluar iklan minta sumbangan, tapi tak pernah maklumkan jumlah terkumpul sebelum ni, tak pernah bentangkan laporan ke mana duit disalurkan — siapa tak ragu?
✔️ Mana fasa 1, fasa 2?
✔️ Mana laporan penerimaan atau penggunaan?
✔️ Ada bukti pengagihan bantuan?
Zaman sekarang, ramai ikhlas nak bantu — tapi nak tahu juga duit mereka amanah atau tidak. Kalau ikhlas minta, kena ikhlas tunjuk juga. Sedekah itu tanggungjawab, bukan lesen untuk manipulasi emosi.
FTV Media bukan nak serang sesiapa. Kita cuma nak lihat budaya bantu membina, bukan mengaburi.
---
🔸 Sedekah itu amanah. Bukan cukup dengan minta — kena telus dan lapor juga. Zaman makin celik, jangan jadikan ikhlas orang lain sebagai lesen ambil mudah. Fasa minta ada, fasa lapor ke mana duit tu pergi bila?*
---
09/12/2025
SYARAT IMAN ADA 6 :
1. KASIH KEPADA ALLAH DAN RASUL.
Mahabbah Allah dan Mahabbah Rasul. Itu kewajipan . Kasih Allah Wajib , kasih Rasul pun wajib .
Selagi tak timbul kasih pada Allah dan kasih pada rasul, maknanya kita masih di darjah orang AWAM , yang bergelumang dengan dosa . Kalau tidak ditolong Allah , kita tak akan naik iman .
2. BENCI SETERU ALLAH .
Apa dia seteru Allah ?
MUSUH ALLAH . Maka segala yang menjadi musuh Allah Wajib dibenci . Segala yang Allah murka itu namanya musuh Allah . Segala jenis maksiat , Segala jenis Fahsya' dan mungkar dan kemunafikan , itu semuanya adalah musuh Allah yang wajib dibenci .
HARAM MENGASIHI MAKSIAT.
Sepertimana haram kita mengasihi penyanyi-penyanyi yang melalaikan manusia dari mengingati Allah .
Mengasihi pelakon-pelakon filem
yang berlakon yang tidak dibenarkan oleh syara' .
Mengasihi ahli s**an ,
pemain bola sepak dunia yang jelas-jelas melanggar hukum Allah.
Mengasihi pemimpin-pemimpin yang tidak menghukum dengan hukum Allah .
Menjadikan seseorang orang yang bermaksiat kepada Allah sebagai idola , dan ikutan , dan tauladan .
Mengasihi muzik-muzik yang melalaikan hati dari mengingati Allah . Mengasihi apa jua yang dilarang oleh Allah, maka bermakna tidak akan dapat didalam hatinya kasih Allah .
Bila ada kasih kepada musuh Allah ,
maka hati tak akan kasih kepada Allah dan tak akan kasih kepada Rasul .
3. AL-KHAUF . Takut azab Allah .
Takut Azab Allah ni syarat iman .
Seseorang tak dikira beriman jika ia tidak takut pada Allah .
Siapa tak takut kepada murka Allah,
tak takut pada azab Allah,
maka bermakna dia tak beriman kepada Allah .
Bila tercabut dari hati rasa takut kepada azab , barangkali sudah tercabut iman dari dalam hati .
ORANG YANG BERBUAT MAKSIAT TETAPI MASIH RISAU KALAU-KALAU DIA MATI DALAM KETIADAAN IMAN , ITU BERMAKNA DIA MASIH ADA IMAN . CUMA IMANNYA LEMAH .
Tapi, kalau sudah tidak ada lagi ketakutan didalam hati kepada azab Allah, itu bermakna imannya sudah keluar dari hatinya , sudah gugur .
Wal’iyadzubillah min zalik .
Jadi,
sejauh manapun dosa kita dengan Allah ,
jangan sampai rasa tidak takut dengan azab Allah .
Mintak tolonglah dengan Allah agar dapat tinggalkan segala jenis maksiat , Fahsya' dan mungkar . Mintak tolonglah dengan Allah agar dijauhi dari bersifat dengan sifat munafik .
Jangan rasa seronok dengan kemaksiatan , kemungkaran yang kita buat .
Bila rasa seronok , jaga-jaga .
Harini kita seronok dengan maksiat,
satu hari kita akan menghalalkannya .
Bila kita sudah menghalalkannya ,
jaga-jaga itu tanda iman sudah gugur dari hati kita .
Menghalalkan yang haram,
mengharamkan yang halal hukumnya murtad
Wal 'iyazubillah .
4. Al-RAJA' .
Harap rahmat Allah , harap pertolongan Allah , harap bantuan Allah , harap keampunan Allah , harap keredhaan Allah , harap Allah kasih kepada kita , harap Allah masukkan kita kedalam syurga , harap Allah jauhi kita daripada neraka , harap mati syahid Akhbar , itu namanya Al-RAJA' .
kita buat dosa banyak,
harap Allah ampun dosa kita .
kita solat tak pernah khusyuk ,
Harap Allah ampuni dosa kita .
Jangan rasa puas
dengan solat yang tak pernah khusyuk ,
itu namanya GHARAR , tipu daya dalam solat .
Itulah tipu daya dalam solat, Solat tak khusyuk tapi rasa lega . itulah namanya solat beserta dengan keUJUban .
UJUB ni maknanya apa ?
perasan diri dah baik sebab dah solat . Rasa lega dengan ibadah yang tidak khusyuk , yang tidak seberapa , yang banyak cacat , itu nama dia tipu daya dalam beribadah .
“ Moga -moga Allah jaga kita daripada terkena tipudaya itu . kalau kita dah duduk dalam tipudaya itu , cari jalan macam mana nak keluar . jangan seronok dalam tipu daya . Takut mati su'ul khatimah "
5. BESARKAN PERINTAH ALLAH.
Utamakan suruhan Allah,
contohnya seperti menuntut ilmu .
Utamakan dulu ilmu Fardhu Ain . Yang fardhu kifayah tu belakang-belakang sikit pon tak apa .
Imam Ghazali kata ,
Mendahulukan Fardhu kifayah sebelum Fardhu Ain adalah HARAM ,Kata Imam Ghazali
dalam Ihya' Ulumuddin .
Boleh jumpa juga dalam kitab Siyarussalikin , karangan Syeikh Abdul Somad Al-Falimbani .
Boleh jumpa juga dalam kitab HidayatulSalikin karangan Imam Al-Ghazali , dan beberapa kitab-kitab lagi yang dinyatakan HARAM mendahulukan yang fardhu kifayah sebelum fardhu ain .
6. TAUBAT NASUHA .
Apa dia taubat nasuha ?
Taubat maknanya Kembali mentaati perintah Allah .
TAUBAT ADA 3 PERINGKAT :
1. BERTAUBAT DARI SEGALA JENIS DOSA Maksiat , Fahsya' Mungkar dan kemunafikan . Itu namanya taubat darjah orang AWWAM yang dinamakan taubat darjah Muttaqin .
2. BERTAUBAT DARIPADA KELUPAAN DAN KELALAIAN . Ini taubat darjah orang KHAWWAS . Darjah orang pilihan tuhan . Dia terlupa, dia taubat . Lupa kepada Allah , dia taubat .
3. BERTAUBAT ATAS DASAR MAHABBAH ALLAH . Taubat darjah KHAWWASUL KHAWWAS . Orang pilihan yang terpilih . Taubat darjah AL-inabah . Mereka bertaubat bukan kerana melakukan dosa, tetapi bertaubat atas dasar mempersembahkan rasa cinta mereka kepada tuhan .
Nabi bertaubat bukan kerana dosa, bukan kerana lalai , tapi bertaubat kerana MAHABBAH ALLAH .
Inilah dia 6 syarat iman yang wajib diketahui,
Wajib kita ingat sampai mati .
TUAN GURU USTAZ ANWAR HELMY
Syarah kitab MINHAJUL ABIDIN .
Click here to claim your Sponsored Listing.