Syed Azri Partnership

Syed Azri Partnership

Share

14/10/2022

[Jumaat, 14 Oktober 2022]

Kes yang melibatkan Seksyen 12(2) ADB 1952.

Sebelum ini, Mahkamah Majistret memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah gagal untuk membuktikan kes prima facie terhadap anak guam kami.

Susulan itu, pihak pendakwaan membuat rayuan di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Tinggi mengetepikan keputusan Majistret dan seterusnya memanggil anak guam kami untuk membela diri.

Harini adalah hari keputusan dan Alhamdulillah, Majistret memutuskan anak guam kami berjaya membangkitkan keraguan yang munasabah di akhir peringkat pembelaan.

Anak guam kami kini dilepaskan dan dibebaskan. Alhamdulillah, terima kasih kerana mempercayai Syed Azri Partnership.

Photos from Syed Azri Partnership's post 15/09/2022

[12 September 2022]

Satu lagi kejayaan berjaya diraih oleh firma kami apabila anak guam kami telah dilepaskan dan dibebaskan oleh mahkamah daripada pertuduhan di bawah Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967 dan Seksyen 74(1)(d) Akta Eksais 1976.

Bukan itu sahaja, mahkamah juga telah mengarahkan barang-barang kes termasuklah sebuah lori dipulangkan kepada pemilik asal dan bukan dilucuthak kepada kerajaan untuk proses pelupusan.

10/07/2022

Kami dari Syed Azri Partnership mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh muslimin dan muslimat tidak kira di mana jua anda berada.

Diharap agar segala pengorbanan yang telah kita lakukan selama ini mendapat keredhaan, keberkatan, kasih sayang serta amal ibadah yang diterima oleh Allah S.W.T.

09/07/2022

Mewakili anak guam kami di Mahkamah Klang tempoh hari.

Untuk makluman orang awam, jika ada ahli keluarga yang diketahui akan dituduh di Mahkamah dan anda bersedia untuk menjadi seorang penjamin, anda dinasihatkan untuk mendaftar perbankan dalam talian jika belum pernah berbuat demikian. Ini kerana Mahkamah menyediakan perkhidmatan eJamin bagi urusan membayar wang ikat jamin dan prosesnya jauh lebih mudah dan cepat.

Want your business to be the top-listed Food & Beverage Service in Kuala Lumpur?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Website

Address

Kuala Lumpur
50100