PVC-Prime Venture Consultancy
19/04/2023
Bagus , Pembianyaan Peribadi dengan bank diluluskan sebelum Raya !
Tahniah Cik yang bekerja-sama dengan agency kami . Terima Kasih kerana percaya kepada service kami di PVC-Prime Venture Consultancy .
Anda perlukan bantuan ? Walk in kena reject ? Biar kami buatkan semula bank loan untuk anda .
11/04/2023
Berminat ? Boleh pm kami segera !
Peluang untuk anda jana income dgn mudah kini dibuka kepada SIAPA YG CEPAT‼️
💸💸💸💸💸
https://wapp.my/601126007676/PVConsultancy-Hubungi+Kami+
10/04/2023
Maybank perkukuh tahap keselamatan perbankan Internet .
H: Maybank perkukuh tahap keselamatan perbankan Internet
Oleh Hazwan Faisal Mohamad.
Maybank memperkenalkan ciri tambahan keselamatan baharu dalam penyelesaian Kill Switch, sebagai tambahan kepada ciri penyahaktifan akses Maybank2u yang dilancarkan pada akhir Januari lalu.
Ciri tambahan keselamatan baharu melalui web Maybank2u (M2U) dan aplikasi MAE akan membolehkan pelanggan menyekat penggunaan kad kredit dan kad caj mereka buat sementara waktu jika mengesyaki kad mereka telah terjejas.
Ketua Pegawai Eksekutif Kump**an, Perkhidmatan Kewangan Komuniti Maybank, Datuk John Chong, berkata tambahan keselamatan baharu itu adalah sebahagian daripada usaha berterusan Maybank untuk meningkatkan lagi keselamatan perbankan dalam talian.
Beliau berkata, ia juga komitmen yang tinggi untuk memerangi penipuan dalam talian dengan memberi kuasa kepada pelanggan untuk mengawal secara langsung kad kredit dan kad caj serta memastikan dana mereka selamat dan dilindungi.
Sebelum ciri baharu ini, Maybank katanya telah memberikan pelanggan peluang untuk membekukan kad MAE dan juga menyahaktifkan akses Maybank2u mereka buat sementara waktu.
"Untuk mengukuhkan lagi keselamatan perbankan dalam talian dan mewujudkan platform digital yang lebih selamat untuk pelanggannya, Secure2u Maybank telahpun dijadikan satu-satunya kaedah kebenaran untuk transaksi dalam talian (FPX) bagi semua jumlah sejak 5 April lalu.
"Agenda Maybank yang lebih besar adalah untuk mewujudkan ekosistem digital yang lebih selamat, yang akan meningkatkan keyakinan pengguna, perniagaan dan pelabur yang mempunyai keperluan yang sentiasa berkembang, serta memacu negara untuk lonjakan digital dan pada masa yang sama menaikkan pertumbuhan ekonomi negara.
"Sehubungan dengan itu, kami juga mahu berada di samping pelanggan kami pada waktu yang mencabar ini dan bersama-sama memenangi peperangan ini dengan memperkenalkan penyelesaian Kill Switch holistik dalam pasaran yang merangkumi pelbagai sudut keselamatan perbankan dalam talian. Lebih-lebih lagi, pada masa kini di mana penipu menjadi lebih berani dan lebih kreatif dengan mengunakkan cara baharu untuk mengatur taktik penipuan mereka," katanya dalam satu kenyataan.
Ciri baharu ini boleh diaktifkan melalui web Maybank2u atau aplikasi MAE dan setelah didayakan, semua transaksi keluar pada kad kredit dan caj yang disekat tidak akan diproses.
Atas sebab keselamatan, setelah disekat, pelanggan hanya boleh mengaktifkan semula kad mereka dengan mengesahkan diri di cawangan terdekat atau melalui Khidmat Pelanggan Kump**an Maybank di 1300 88 6688.
Ini juga akan menghalang penipu atau mana-mana pihak yang tidak dibenarkan daripada terus mengakses kad mereka.
Chong berkata, selaras dengan misi Maybank untuk Menginsankan Perkhidmatan Kewangan, kump**an sentiasa mencari jalan untuk menaik taraf dan menambah baik sistem perbankan dalam talian bagi memastikan pengalaman pelanggan yang terbaik untuk semua.
"Kami melaksanakan usaha ini kerana kami juga dianggap sebagai pelanggan dan memahami kesusahan yang dihadapi oleh pelanggan setiap kali penipuan berlaku.
"Tidak kira betapa teguhnya sesebuah sistem keselamatan, penipu akan sentiasa cuba menggunakan kaedah kejuruteraan sosial untuk menipu pelanggan dari simpanan mereka.
"Sehubungan itu, kami ingin menekankan bahawa pencegahan penipuan adalah tanggungjawab semua dan bersama-samalah berusaha untuk melindungi diri sendiri semasa berurus niaga dalam talian serta sentiasa beringat untuk tidak berkongsi ID pengguna dan kata laluan akaun serta jangan sekali-kali menekan mana-mana pautan secara umum," katanya.
Lebih banyak ciri Kill Switch akan diperkenalkan pada masa hadapan sebagai sebahagian daripada usaha berterusan Maybank untuk meningkatkan keselamatan perbankan dalam talian pelanggan.
Click here to claim your Sponsored Listing.