Alamak Shoping Lagi
16/10/2024
Bihun Goreng Paling Sedap Di Dunia 😋
Rendam bihun dengan air biasa
(Jangan rendam dengan air suam/air panas. Nanti bihun lembik).
Bahan Tumis (blend)
Bawang Merah
Bawang Putih
Cili Kering (yang dah direbus/rendam air panas)
Udang kering
Tomato
Tumis bahan di atas ☝🏻sampai pecah minyak.
Masukkan
Perencah Bihun Goreng Adabi - ni saya s**a tambah. Lagi sedap.
Sos tiram
Kicap manis
Kicap masin
Masukkan rencah ikut citarasa masing2.
Suggestion :
Dada ayam
Sotong & udang
Fish ball & fish cake
Daging
Lepas masukkan semua ni tutup kuali.
Perlahan sikit api.
Bagi semua rencah ni keluarkan air.
Sebab tu saya tak letak air dlm bihun saya.
Semua air dari rencah je.
Make sure tutup kuali sbb kalau tak tutup takkan keluar air b*k sgt.
Bila semua rencah dah masak boleh masukkan sayur.
Saya s**a letak kobis, carrot & daun bawang je.
Carrot tu potong mancis utk nampak cantik.
Bila semua sayur dah lembut, Masukkan garam & gula
Akhir sekali masukkan bihun yg dah di tos.
Gaul semua sampai rata.
Masukkan tauhu yang dah digoreng.
Kalau rasa kurang masin boleh la tambah garam or kicap masin sikit.
Kalau rasa kering, or bihun keras baru tambah air panas sikit.
Utk hiasan : hirisan daun bawang, hirisan cili besar, telur dadar potong nipis & bawang goreng.
Sekian.
Selamat Mencuba 🤗
16/10/2024
Cool weh! Sony Pictures menggunakan batik Malaysia 🇲🇾 bagi mempromosikan filem terbaru mereka Venom: The Last Dance.
Sebelum ini pempengaruh antarabangsa iShowSpeed juga memilih batik Malaysia yang dianggap lebih berseni dan cantik berbanding batik negara lain.
📷 Sony Pictures
16/10/2024
Alamak, macam mana nak settle ni🤔🤔😭 Jam betul😌
16/10/2024
Resepi Pau Sambal
----------
S**a buh sambal n timun lebih....
---
Resepi
Tepung gandum
Yis
Susu pekat
Garam
Majerin
---
1) Sepeket yis.. Tuang dalam air suam yg berisi sedikit garam.. Masukkan dalam 4-5 sudu besar susu pekat.. Agak2 la ye.. Kacau biar sampai yis tu naik buih2..
2) Tepung gandum agak2 (sy guna 800 gram).. Masukkan majerin dalam 2 or 3 sudu besar... Gaul bahan2 tersebut sampai jd mcm serbuk roti..
3) Masukkan bancuhan yis td sedikit demi sedikit... Dan uli sampai doh td xmelekat kat tangan... Rehatkan sekejap.. Bila nmpk doh dah naik.. Uli sekali lg... Dan boleh bentukkan bulat2... (Sy letak dalam dulang yg disapu minyak masak.. Kalau letak tepung nnti doh akan jd keras..) Dan rehatkan sekejap..
4)Boleh digoreng bila nampak doh dah naik.. Jgn tggu smpai dia membesar sgt.. Nnti doh tu akan turun balik
---
Resepi sambal ;-
Ikan bilis
Cili kering
Bawang merah (blend)
Belacan (xnak letak pun xpe)
Asam jawa
Bawang holland hiris
---
1)Tumis bawang holland hiris.. Agak2 garing masukkan ikan bilis tumbuk dan sedikit belacan.. Kalau xnk buh belacan xyah letak pun xpe.. Masukkn bawang merah blend..
2) Agak2 dah garing masukkan cili kering yg di blend.. Masak sampai pecah minyak.. Masukkan air asam jawa.. Gula melaka.. Garam.. Gula pasir.. Perencah 3 rasa...
3) Masukkan ikan bilis .. Masukkan sedikit air.. Dan bawang holland hiris... Masak agak2 nmpk kering ckit leh tutup api...
kredit empunya resepi