Moing_B
Melangkaui Stereotaip - Tidak Semua Sabahan "Pandai Minum"
Baru-baru ini saya telah melihat satu video yang diupload oleh “Bomics” di laman sosial Tik Tok dan ianya sangat menarik perhatian saya untuk membuat satu penulisan berkenaan dengan trend ini. Pertamanya, saya ingin berterima kasih kepada Bomics kerana memberi kebenaran untuk menggunakan video beliau sebagai satu daripada text penulisan ini. Saya telah berhubung terus dengan beliau melalui Tik Tok message berkenaan dengan penggunaan video beliau. Terima kasih Bomics.
Pesta Kaamatan adalah perayaan kesyukuran atas hasil tuaian yang melimpah, khususnya padi, yang disambut oleh masyarakat Kadazandusun Murut Rungus (KDMR) dan etnik lain di Sabah. Dalam konteks ini, minuman tradisional seperti tapai atau montoku (arak beras) memang merupakan sebahagian daripada adat dan budaya, juga terdapat beberapa pertambahan minuman alkohol yang lain yang menjadi suatu minuman sampingan semasa perayaan ini. Bagi minuman tradisional, ia selalunya disediakan secara “homemade” dan dinikmati secara sederhana sebagai lambang kesyukuran dan kemeriahan. Ini bukan sekadar minum, tetapi lebih kepada penghargaan warisan budaya dan kebersamaan.
Salah satu stereotaip yang kerap dilemparkan kepada masyarakat Sabah, terutamanya menjelang atau sepanjang bulan Mei, adalah tanggapan bahawa "semua orang Sabah pandai minum" atau sememangnya "pengambil minuman alkohol tegar." Tanggapan ini, walaupun mungkin berpunca daripada pemerhatian yang terhad atau kurang pemahaman tentang budaya Pesta Kaamatan, adalah satu generalisasi yang sangat tidak tepat dan mengabaikan realiti kepelbagaian yang luas di bumi Sabah.
Sabah adalah sebuah negeri yang sangat kaya dengan kepelbagaian etnik, budaya, dan agama. Setiap individu mempunyai latar belakang, kepercayaan, dan pilihan peribadi yang berbeza. Oleh itu, adalah tidak adil untuk melabelkan seluruh masyarakat Sabah berdasarkan segelintir stereotaip yang terbentuk.
Tanggapan bahawa keupayaan atau kecenderungan minum alkohol adalah sebahagian daripada identiti budaya orang Sabah, terutamanya pada bulan Mei sempena Pesta Kaamatan, adalah satu salah faham yang mendalam dan mengalihkan fokus daripada intipati budaya sebenar. Minum alkohol, sama ada secara tradisional atau moden, bukanlah penentu utama atau ciri yang mendefinisikan identiti keseluruhan masyarakat Sabah.
Oleh itu, stereotaip yang mengatakan "semua orang Sabah pandai minum" adalah generalisasi yang berbahaya. Ia mengaburkan realiti kepelbagaian yang wujud dalam masyarakat Sabah dan menafikan hak individu untuk membuat pilihan sendiri. Ia juga tidak memberi gambaran yang adil tentang tradisi Kaamatan yang sebenar, yang jauh lebih kaya dan bermakna daripada sekadar aspek minuman.
Memahami bahawa bukan semua orang Sabah minum alkohol, dan mereka yang minum pun melakukannya dengan alasan dan cara yang berbeza, adalah langkah pertama untuk menangkis stereotaip yang tidak benar dan menghargai kepelbagaian sebenar di negeri ini.
Om, iho noh montok dogo. Kotobian Tadau Tagazo do Kaamatan. Tabii Kaamatan kumaa diozu savi-avi.
Kaamatan montok toinsanan.
Video credit : Bomics
Juara Sugandoi Putrajaya | Separuh akhir Sugandoi Kaamatan Negeri 2025