Don

Don

Share

20/10/2021

TOPENG TERAKHIR

Lagu ini mungkin yang terakhir saya hasilkan untuk tahun ini. Idea dan gaya penulisan berbeza dengan lagu-lagu yang telah saya hasilkan sebelumnya. Tema lagu adalah tentang kesihatan mental dengan penulisan lirik menggunakan gaya bahasa sedikit klasik (melayu Baku org bilang)😁😁

Apa yang menariknya, lagu ini saya selitkan konsep dan adaptasi daripada mitos atau pun kepercayaan budaya JEPUN tentang 'TOPENG' dan aktiviti 'JUAL-BELI MIMPI' dalam budaya KOREA. Kedua- dua kepercayaan ini saya gabungkan bersama untuk disesuaikan dengan tema yang sudah saya disebutkan tadi.

Apa jalan ceritanya?

Saya lebih s**a menerangkan maksud lagu ini berdasarkan situasi seperti di bawah.
_____________________________________________
Situasi 1
Kehidupan di dunia ni sangat mencabar dan adakala menyakitkan. Sepertinya hanya aku yang salah walaupun hakikatnya aku betul. Presepsi orang sekeliling p**a selalu menolak aku ke pinggir kehidupan normal menjadikan aku selalu tertekan.

Situasi 2
Tekanan besar yang sentiasa ada membuatkan aku semakin negatif dan adakala berfikir yang bukan-bukan. Selalu mengasingkan diri dengan dunia luar. Tenaga pun semakin hilang entah ke mana. Padahal banyak juga sudah aku isi perutku kalau diikutkan. Entahlah..

Situasi 3
Beberapa hari lalu aku secara tidak sengaja berjumpa dengan seorang kenalan baharu. Orangnya terlihat baik dan mungkin saja dia melihat keadaan diri aku yg tidak terurus dan sempat mencermati bahawa emosi aku sedang bercelaru. Melalui perbualan denganya - yang bermula dengan sebatang rokok-, daripada yang remeh sehingga yang lebih 'personal'. Semuanya terungkap satu- persatu - penyebab segala malapetaka ku alami.

Dihujung perbualan sempat dia katakan kepada ku "hidup tanpa panduan itu umpama kapal tanpa nahkodanya - akan tersesat sekiranya tidak punyai tujuan. Dan pilihan lain itu selalu ada. Diri sendirilah yang harus bijak membuat keputusan dan pilihan terbaik apabila keputusan kita lakukan berlandaskan ajaran daripada 'Yang Maha-Satu' nescaya hidup akan lebih bahagia " sambil tersenyum dan berlalu meninggalkan aku yang berusaha menghadam kata-katanya.
_____________________________________________

Cerita di atas tiada kaitan dengan individu yg hidup dan yang telah mati ya. Rekaan semata- mata mengikut imaginasi saya semasa penghasilan lirik lagu Topeng Terakhir. (Tapi mcm boleh buat drama sudah p**a ni tau!) πŸ˜‚πŸ˜‚

Jadi mau kmu dengar lagu tu? 😁😁
Boooleh baa.. Nanti kita akan umumkan kalau sampai masanya😊😊

Kita masih dalam proses perancangan untuk launching bagi lagu yang Yang Satu & Topeng Terakhir dan berharap boleh dilaksanakan dlm masa terdekat. So stay tune~

Apapun, terima kasih pada kmu yg terus menyokong hasil dan kreativiti karya saya dan rakan-rakan kolaborasi yang secara langsung dan tidak langsung terlibat dalam penghasilan lagu ini. High five sama kmu satu-satu! Makasehhhh! 🀟🀟🀟😊😊😊

production

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Kota Kinabalu?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Website

Address

Kota Kinabalu